Wednesday 25 February 2009

Segenggam Tabah

0 comments
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah pun setitis
gugur berderai di pipi


Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian


Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan diperjalanan
kau beban luka yang berdarah
kau balut hati yang calar


Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu


Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya..

Saturday 21 February 2009

TAZKIRAH

0 comments
Assalamualaikum...

Hari jumaat malam sabtu, saya diminta utk memberi tazkirah selepas isyak kepada adik2 JUST dan yarmouk di sakan th0libat, Irbid, Jordan. Tajuk yang saya bawa masa tu ialah Khauf dan Raja' (takut dan harap). Jadi di sini saya ingin berkongsi ckit apa yang berlaku dan pengisian tazkirah ini dengan yang lain.
Mula2 saya bagitau la ngan adik2 ni. konsep khauf yang akk nak bawa malam ni ialah "tidak akan rasa takut kalo tidak ada ilmu"...bising...
"Akak, knpe pula tidak ada ilmu? ke sebenarnya ada ilmu baru kta tak rasa takut," bagitau seorang adik ni. Masa tu semua diorang pelik la tgk saya buat memek muka senyum je. Saya pun bagitau la diorang yang saya tak salah cakap..Saya tgk la muka diorang semua dgn memek muka confius. Saya pun terangkan ngan mereka..
Ada dua yang boleh diterangkan dgn konsep ni iaitu:
1) Bila kita ada ilmu, akan timbul rasa takut tu dalam diri kita kerana takut ilmu yang kita ada tidak boleh membawa kepada jalan yang betul dan ilmu tidak mendapat keberkatan Allah SWT.
2) Kita tahu Allah yang mengatur segala gerak geri hambaNya dan tidak perlu untuk rasa takut dengan apa yang menimpa diri kita kerana Allah adalah tempat kita takut dan bergantung.
* Bukannya bermaksud untuk galakkn adik2 tak perlu menuntut ilmu. jgn salah maksud..
Saya teruskan dengan apa maksud khauf pula. Khauf ni bermaksud takut dan pengharapan kita kpd Allah dengan usaha. Saya bagi la contoh utk fahamkan mereka: Nak menjelang minggu imtihan, apa perlu kita buat?semua jawab, kami belajar la..saya sambung la, betull...kadang2 ada yang belajar sampai tak tido malam. Bila tiba hari imtihan ni, semua akan berada dlam dewan peperiksaan ni sehingga la habis masa. Saya soal lagi ngan diorang. Apa perasaan korang bl dh hbs pekse? semua kata legaaa....betul.
Saya bagitau la kt diorang sebenarnya kita akan ada 2 perasaan yang berlegar dalam diri kita iaitu takut dan berharap. Takut jawapan kita betul ke tak ha.. dan dalam masa yang sama kita berharap sangat kita akan lulus dgn cemerlang. Jadi kat sini la terbuktinya, fitrah kita sebagai manusia kena ada perasaan takut dan pengharapan kita kpd Allah. Berdoa kepada Allah supaya kita diluluskan dalam pekse..Saya tgk la reaksi diorang. Semua angguk mengiakan..senyum:)
Saya teruskan pengisian...
Tahap takut ni terbahagi kepada 2 jenis orang iaitu takut kepada azab Allah adalah takut tahap orang awam(biasa). Takut kepada Allah adalah tahap orang alim. Takut terbahagi kepada 3 iaitu:
1) Takut kepada Allah:
takut dengan zat Allah. contoh, Allah melihat stiap perbuatan kita.
2) Takut kepada Akhirat:
-takut berhadapan dengan Allah
-takut terhijab dari Allah
-takut catatan amalan kurang
3) Takut kepada dunia:
-takut mati sebelum bertaubat
-takut dalam kenikmatan
-takut dalam ketaatan
-takut berbuat maksiat
-takut dalam usul khatimah
Seterusnya saya terangkan sikit apa maksud Raja'. Raja' ini bermaksud pengharapan kita kepada Allah dengan usaha. Doa kita kepada Allah. Raja' perlukan keyakinan dan tidak was-was. Perlu istiqamah dalam kehidupan kita. Jangan bersangka buruk terhadap Allah. Saya tgk la diorang semua, masing2 tgh sibuk mencatat apa yang saya terangkan. Saya senyum la kt diorang semua...
terfikir sekejap, best tgk diorang amik perhatian n catat apa yg perlu. Rasa cikgu la pula. Sebab tu saya senyum:)
Senyap je..... terus saya nk rosakkan kesepian yang melanda mjlis kami dengn bertanya kepada adik2 ni. Apa yang paling diutamakan dalam kehidupan kita di antara Khauf dan Raja'?
"Mestilah pengharapan kak, kata seorang adik yarmouk ni. Saya tanya la kenape? Adik tu jawab la. Hidup kita ni mestilah sentiasa berdoa dan berharap kepada Allah. Saya senyum kat dia, lepas tu saya bagitau la kat adik2 semua sebenarnya dalam kehidupan kita, kne utamakan takut tu daripada pengharapan kerana bila kita takut kita akan tercegah dri melakukan perbuatan maksiat dan yang tidak baik. Dan kita sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT..
Tazkirah pun berakhir dengan sedikit peringatan dari saya iaitu ada 6 rahsia ketenangan jiwa dan sesi soal jawab dengan adik2..Moga majlis kami mendapat keberkatan dari Allah SWT pada malam tu..
Wallahua'lam.....

Wednesday 18 February 2009

Wahai Umat Islam, SEDARLAH KALIAN.....

0 comments
Di sini saya akan mengajak kalian semua mengimbas kembali sirah Nabi Muhammad SAW dalam mu'jizat baginda iaitu isra' dan mi'raj secara ringkas dan apa pengajaran dan renungan yang dapat kita simpulkan.
Tentang kisah pengembaraan baginda, di mana pada malam yang bersejarah ini Rasulullah telah menunggang "Buraq". Binatang ini melangkah kakinya sejauh mata memandang. Setelah baginda sampai dan masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa serta menunaikan sembahyang dua rakaat, Jibril membawa baginda dua biji gelas, satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. Rasulullah memilih susu, lalu Jibril pun berkata: "Engkau telah memilih yang fitrah dan semulajadi" . Setelah itu barulah Rasulullah naik ke langit pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya dibawa ke "Sidratul Muntaha" dan di situlah Allah menyampaikan kepada baginda segala apa yang telah disampaikan. Antaranya Allah menyampaikan kewajipan sembahyang lima waktu sehari semalam ke atas tiap2 Muslim lelaki dan perempuan yang mana pada mulanya diwajipkan 50 rakaat sehari semalam.
Pada keesokan pagi baginda menceritakan segala-segalanya dan apa yang ternampak oleh mata kepalanya kepada umum. Cerita dari baginda menyebabkan orang musyrikin semuanya bergelak ketawa dan membawa berita yang pelik dan mengetawakan ini, kepada yang lain utk diketawakan. Di samping itu terdapat di antara mereka yang mencabar Rasulullah dengan meminta supaya menceritakan dan membuat gambaran tentang "Baitul Muqaddis" yang telah dilihat oleh baginda kalaulah betul baginda telah pergi dan sembahyang di dalamnya. Sebenarnya untuk membuat gambaran atau laporan memang sukar kerana di masa itu tidak terlintas di ruangan mata kepala dan ingatan baginda SAW utk meneliti. Walaupun begitu Allah SWT telah menampakkan di mata kasar Rasulullah gambar dan pemandangan Baitul Muqaddis secara terperinci. Ini membawa Rasulullah dapat menjawab pertanyaan yang dihadapkan kepada baginda dan dengan ini juga baginda dapat menjawab cabaran mereka tadi dengan menjawab selengkapnya segala pertanyaan mereka.
Sayyidina Abu bakar juga terperanjat dan kebingungan dengan apa yang berlaku tetapi Sayyidina mempercayai Nabi Muhammad SAW dan juga mempercayai tentang perkara2 lain yang lebih dari itu.
Pada subuh pagi hari Isra' itu Jibril telah datang dan mengajar Nabi Muhammad cara-cara, rukun-rukun dan segala sesutu mengenai fardhu sembahyang dan waktu-waktunya. Adapun Rasulullah sebelum diturunkan sembahyang itu padanya, baginda sembahyang 2 rakaat pagi dan petang. Segala-galanya adalah mengikut sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina Ibrahim 'alaihissalam.
Di sini saya ingin mengulas sedikit mengenai Rasulullah dan mu'jizat:-
Setengah2 pengaji sejarah Rasulullah begitu gemar memperbesar-besarkan tentang penghidupan Nabi Muhammad sebagai manusia biasa. Mereka mengatakan bahawa kehidupan seharian baginda sebagai tidak berpaut dan bertaut dengan perkara luar biasa iaitu mu'jizat. Mereka mengatakan bahawa baginda pernah menegaskan bahawa ia tidak ada kena-mengena dengan mu'jizat. Pengulasan mereka itu bersandarkan kepada sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi:-
قل انما الايت عند الله
surah Al-An'am 6:109
"katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya perkara2 mu'jizat itu berada di sisi Allah"
Gambaran ini menyebabkan sipembaca sejarah Nabi Muhammad akan mendapat gambaran di kepalanya bahawa penghidupan seharian Nabi Muhammad itu memang jauh dan tidak berbau langsung dengan perkara 2 mu'jizat yang selalunya dikurniakan Oleh Allah kepada para anbiya'Nya yg terdahulu utk menyokong dan memperkuatkan risalah dan pengutusan mereka.
Timbulnya pendapat dan teori ini adalah disebabkan oleh ketiadaan iman dan kepercayaan mereka terhadap pencipta mu'jizat tadi iaitu Allah SWT kerana apabila keimanan dengan Allah tidak menetap di sanubari seseorang itu maka persoalan dan perkara yang lain menjadi keliru.
Malangnya pendapat ini telah disambut baik oleh setengah2 orang Islam dan memang malang nasib dunia Islam di mana kalangan orang Islam sendiri telah berusaha dan bertungkus lumus utk menyebarkan hasil pemikiran asing ini. Sedihkan? Usaha penyebaran yg merosakkan ini dilakukan kerana mereka tertawan dan tertipu dengan keindahan putar belit barat, terpesona dengan godaan kemajuan sains dan teknologi barat.
Dan bila berlaku seperti ini, maka semakin bertambah luas lagi jalan dan peluang baru kepada penyerang ideologi ini utk memasukkan dengan lebih banyak lagi racun-racun berbisa ke dalam masyarakat ummat Islam dan tidak perlu lagi taktik yang tradisional utk melancar serangan terang-terangan terhadap aqidah Islam dan menanam fahaman athies di otak kepala orang Islam.
Dan dari kisah td juga, mengapa Rasulullah memilih susu? Ianya adalah sebagai simbolik kepada Islam, agama fitrah dan semulajadi. Jelasnya aqidah dan hukum2 agama ini sesuai dan seiring dengan kehendak semulajadi manusia seluruhnya, tanpa ada suatu apapun di dalam Islam bercanggah dengan sifat2 semulajadi manusia. Andai kata alam ini dan tabiat semulajadi diibaratkan dengan sesuatu badan dengan dimensinya maka Islam pula ialah baju yang terpotong mengikut ukuran yang benar2 menepati ukuran badan tadi.
Dan banyak lagi kesimpulan yg kita dapat dari peristiwa isra' dan mi'raj yang kita boleh fikir dan keluarkan dari penjara otak kita yang serba canggih yang telah dicipta oleh Allah SWT.
Jadi, Di sini saya ingin mengajak kawan2 berfikir dan renung balik sirah nabi dan kaitkan balik apa yang berlaku dengan umat Islam zaman sekarang..
Moga kita semua dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu.
Walallahua'lam...

Monday 16 February 2009

PINTU2 KEBAIKAN DAN JALAN2 KE ARAH ALHUDA

0 comments
suatu hari tu, dok sembang2 ngan kawan2 ni. kawan2 kte yang ni lain ckit. kalo sembang ngan diorgkn, kte rasa seronok sgt sbb kami akan sembang pasal ilmu la. xkira, hadith ke aqidah ke n byk lg. hari tu ktrg sembang psal hadith. ada kawan kte ni dia terangkan pasal hadith 29 dr hadith arbain. jd nk kongsi ngan korang semua apa isi hadith tu.

dalam hadith tu ada 4 point :
1. jalan utk ke syurga :
- hendak menyembah Allah dan jgn syirik
- tunaikan zakat
- puasa di bulan ramadhan
- haji bg yg mampu

2. pintu2 kepada kebaikn :
- puasa bagaikan perisai ( جُنه )
- sedekah umpama air yg memadamkan api
- solat ditgh malam (qiamulail)

3. tunjang segala amal ibadat:
- Islam adalah tunggak
- Solat adalah tiang
- Jihad adalah puncak

4. kunci segala amal:
- jagalah lidah

Jadi sebagai hamba. kta msti la selalu melakukan amal ibadat dan sentiasa merasa bersyukur kepada Allah yang telah banyk memberi nikmat di dunia ini.

Di sini, kte ingin mengingatkan kekawan semua dengan dua perkara:
1. ingatlah, Allah yang memudah sesuatu perkara yang susah
2. dan ingat juga, bahawa semua yang berlaku adalah semua utk akhirat.

Thursday 12 February 2009

mengasingkan diri utk beribadat kepada ALLAH

0 comments
Amalan ini membuktikan bahawa setiap muslim itu, tidak akan sempurna sifat keislamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlaq yang tinggi serta peribadatan yang tidak putus-putus terhadap Allah tanpa ia cuba mengasingkan dirinya untk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkan ia sampai kepada hakikat keagungan ILAHI.


Semuanya ini merupakan jalan bg setiap muslim yg mahu menempatkan dirinya sebagai seorang muslim sejati terutamanya kepada mereka yang mahu menjadi penda'wah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.


Sebenarnya keluhan dan mengangkat tangan ke langit mengadu hal kepada Allah adalah satu-satunya ibadat dan sembahyang, mengadu hal kepada Allah ketika kesempitan adalah mentaati dan bertaqarrab kpd Allah SWT

Monday 9 February 2009

selamat datang ke jamiah lagi

0 comments
hari ini adalah hari kedua utk fasal thani 2008/2009.fasal ni adalah fasal yg terakhir kami di jamiah yarmouk. kte amik 7 madah fasal ni, jadual muhadrah penuh sgt. utk hari ahad,selasa n khms ada 4 kelas dan hri isnin n rabu 3 kelas. dah la dri pagi smpai petang kuliah kte, huuu..,penatttt.....
mmg fasal ni mencabar ckit dr sblum ni. apa2 pun, chayokkkk....buat yg terbaik utk fasal ni sbb fasal last. moga dpt hirij buln 6 ni..
fightinggg...fasal ni kte rasa sgt semangat n I'Allah kami smua dpt yg terbaik fasal terakhir ni...
Doakan kami semua.......

Monday 2 February 2009

tuhan berikanlah aku cinta

0 comments
masa tgh duduk2 depan laptop, kita pasang lagu indon "Tuhan berikanlah aku cinta, ketika cinta bertasbih..tu la bunyi tajuk lagu tu.mula2 dgr tajuk lagu tu, cam jiwang je. kite dgr lah lirik lagu tu.best n cuba wat kesimpulan dan kongsi dalam blog kte ni....
kite petik ckit liriknya:

'Tuhan, berikanlah aku cinta. Utk temaniku dalam sepi. Tangkap aku dalam terangMu. Biar aku punya cinta.....'

Apakah maksudnya?
Adakah kita nk bercinta?
Atau nak bercouple?

Sebenarnya yang dimaksud "Tuhan, berikanlah aku cinta" ialah....
Kita mohon n berdoa moga kita sentiasa mendapat cinta drpd Ilahi dan tetapkan hati kita utk mencintai Tuhan kita yang satu, moga cinta kita tak pernah berpaling.
Sekiranya kita sudah mendapat 'cinta itu', kita tidak akan ketinggalan dari rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Kenapa kita mesti mendapat cinta Ilahi? 'untuk temaniku dalam sepi' maksudnya?
Bila kita cintakan Ilahi, kita tak akan pernah untuk tahu apa itu merintih dan megeluh.....
Allah akan sentiasa memberi hidayah kepada hambaNya yang ingin meminta cintaNya.
Sentiasa dalam cahayaNya dan sentiasa dalam cintaNya...

Kita tak perlu menagih cinta yang memang kita tahu cinta tu tidak membawa kepada keredhaan Ilahi. Tetapi muda mudi zaman sekarang, cnth:yang perempuannya sanggup bergaduh dengan kawan baik sendiri kerana menyukai seorang lelaki yang sama. Yang lelakinya pula, sanggup bertaruh untuk dapatkan sapa yang akan dapat awek yang paling cun...
Adakah perlu kita sebagai hambaNya untuk semua itu?

Sebagai hambaNya yang sangat lemah, kita hanya perlu menagih cintaNya yang tiada tandingannya. kalo bab cintan cinton ni, rasanya tidak perlu. Kalo anda percaya 'jodoh ditentukan oleh Allah SWT'
"Lelaki yang baik utk perempuan yang baik, perempuan yang baik utk lelaki yang baik, lelaki yang jahat utk perempuan yang jahat, perempuan yang jahat utk perempuan yang jahat"
nak dengar cita x?
ada seorg perempuan ni, namanya Nina (bukan nm sebenar). Nina ni seorang yang banyak melakukan maksiat..
suatu hari dia mendapat hidayah drpd Allah dan terus bertaubat..
Nina ni pun berkahwin dengan seorang yang sgt suka beribadah kepada Allah..
Pada suatu hari dia bersembang dengan suaminya dan dia menceritakan semua keadaan dia yang dulu banyak melakukan maksiat sehingga macam mane dia bertaubat kepada suaminya..
si suami pun mula bercerita juga...............................
Nina menunjukkan muka yang sangat terkejut setalah suaminya menhabiskan ceritanya..

Sebenarnya si suami Nina adalah seorang yang banyak melakukan maksiat juga sebelum dia mendapat hidayah daripada Allah sama seperti yang berlaku dengan diri Nina...
Itu la yang dikatakan perempuan yang baik pasti utk lelaki yang baik, perempuan yang jahat pasti utk lelaki yang jahat...

Selepas baca cita kite ni kn, bagi la komen anda......

Sunday 1 February 2009

Oh Allah, Engkau tempat kami bergantung..

1 comments
Masa orang kecik2 dulu, apak selalu pesan. kalo nk sesuatu yang susah sangat org nk dapat. minta je kt Allah. Org selalu wat camtu sampai org berumur skrg...semenjak dri tu org sntiasa terdidik bhawa ALLAH TU ADALAH TEMPAT SEMUA HAMBANYA BERGANTUNG.
Apak juga ada pesan, sebagai manusia dalam diri kita perlu ingat perkataan 'Aa'. Kemana-mana shaja kita pergi just perlu ingat 'Aa'..lps tu org tnye la apa maksud perkataan tu. Apak bgtau maksudnya adalah
A = ALLAH SWT
a = aku seorang hambaNya
So, slps dgr pesanan apak, org jd sgt best n tenang bila ada something yg berlaku dlam diri org. Blh hadapi apa jua masalah dengan jalan penyelesaian dimana Allah adalah tempat kita meminta penyelesaian n tempat kita mengadu masalah sambil menangis.
Percaya lah ALLAH adalah satu2nya yang berkuasa mengatur segala gerak geri manusia dan setiap apa yg terjadi di alam ini. Jadi sebagai manusia perlu ada kesabaran atas apa dugaan yang Allah kenakan kepada hambaNya...sebab Allah tahu apa yang baik dan buruk untuk HambaNya.
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template