Saturday 21 February 2009

TAZKIRAH


Assalamualaikum...

Hari jumaat malam sabtu, saya diminta utk memberi tazkirah selepas isyak kepada adik2 JUST dan yarmouk di sakan th0libat, Irbid, Jordan. Tajuk yang saya bawa masa tu ialah Khauf dan Raja' (takut dan harap). Jadi di sini saya ingin berkongsi ckit apa yang berlaku dan pengisian tazkirah ini dengan yang lain.
Mula2 saya bagitau la ngan adik2 ni. konsep khauf yang akk nak bawa malam ni ialah "tidak akan rasa takut kalo tidak ada ilmu"...bising...
"Akak, knpe pula tidak ada ilmu? ke sebenarnya ada ilmu baru kta tak rasa takut," bagitau seorang adik ni. Masa tu semua diorang pelik la tgk saya buat memek muka senyum je. Saya pun bagitau la diorang yang saya tak salah cakap..Saya tgk la muka diorang semua dgn memek muka confius. Saya pun terangkan ngan mereka..
Ada dua yang boleh diterangkan dgn konsep ni iaitu:
1) Bila kita ada ilmu, akan timbul rasa takut tu dalam diri kita kerana takut ilmu yang kita ada tidak boleh membawa kepada jalan yang betul dan ilmu tidak mendapat keberkatan Allah SWT.
2) Kita tahu Allah yang mengatur segala gerak geri hambaNya dan tidak perlu untuk rasa takut dengan apa yang menimpa diri kita kerana Allah adalah tempat kita takut dan bergantung.
* Bukannya bermaksud untuk galakkn adik2 tak perlu menuntut ilmu. jgn salah maksud..
Saya teruskan dengan apa maksud khauf pula. Khauf ni bermaksud takut dan pengharapan kita kpd Allah dengan usaha. Saya bagi la contoh utk fahamkan mereka: Nak menjelang minggu imtihan, apa perlu kita buat?semua jawab, kami belajar la..saya sambung la, betull...kadang2 ada yang belajar sampai tak tido malam. Bila tiba hari imtihan ni, semua akan berada dlam dewan peperiksaan ni sehingga la habis masa. Saya soal lagi ngan diorang. Apa perasaan korang bl dh hbs pekse? semua kata legaaa....betul.
Saya bagitau la kt diorang sebenarnya kita akan ada 2 perasaan yang berlegar dalam diri kita iaitu takut dan berharap. Takut jawapan kita betul ke tak ha.. dan dalam masa yang sama kita berharap sangat kita akan lulus dgn cemerlang. Jadi kat sini la terbuktinya, fitrah kita sebagai manusia kena ada perasaan takut dan pengharapan kita kpd Allah. Berdoa kepada Allah supaya kita diluluskan dalam pekse..Saya tgk la reaksi diorang. Semua angguk mengiakan..senyum:)
Saya teruskan pengisian...
Tahap takut ni terbahagi kepada 2 jenis orang iaitu takut kepada azab Allah adalah takut tahap orang awam(biasa). Takut kepada Allah adalah tahap orang alim. Takut terbahagi kepada 3 iaitu:
1) Takut kepada Allah:
takut dengan zat Allah. contoh, Allah melihat stiap perbuatan kita.
2) Takut kepada Akhirat:
-takut berhadapan dengan Allah
-takut terhijab dari Allah
-takut catatan amalan kurang
3) Takut kepada dunia:
-takut mati sebelum bertaubat
-takut dalam kenikmatan
-takut dalam ketaatan
-takut berbuat maksiat
-takut dalam usul khatimah
Seterusnya saya terangkan sikit apa maksud Raja'. Raja' ini bermaksud pengharapan kita kepada Allah dengan usaha. Doa kita kepada Allah. Raja' perlukan keyakinan dan tidak was-was. Perlu istiqamah dalam kehidupan kita. Jangan bersangka buruk terhadap Allah. Saya tgk la diorang semua, masing2 tgh sibuk mencatat apa yang saya terangkan. Saya senyum la kt diorang semua...
terfikir sekejap, best tgk diorang amik perhatian n catat apa yg perlu. Rasa cikgu la pula. Sebab tu saya senyum:)
Senyap je..... terus saya nk rosakkan kesepian yang melanda mjlis kami dengn bertanya kepada adik2 ni. Apa yang paling diutamakan dalam kehidupan kita di antara Khauf dan Raja'?
"Mestilah pengharapan kak, kata seorang adik yarmouk ni. Saya tanya la kenape? Adik tu jawab la. Hidup kita ni mestilah sentiasa berdoa dan berharap kepada Allah. Saya senyum kat dia, lepas tu saya bagitau la kat adik2 semua sebenarnya dalam kehidupan kita, kne utamakan takut tu daripada pengharapan kerana bila kita takut kita akan tercegah dri melakukan perbuatan maksiat dan yang tidak baik. Dan kita sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT..
Tazkirah pun berakhir dengan sedikit peringatan dari saya iaitu ada 6 rahsia ketenangan jiwa dan sesi soal jawab dengan adik2..Moga majlis kami mendapat keberkatan dari Allah SWT pada malam tu..
Wallahua'lam.....

0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template