Friday 27 March 2009

Gubahanku

0 comments
Assalamualaikum.....

Leganyerrrrrrr....dah habis ulang tajuk yang masuk exam esokkkk:) "eh,dah tahun terakhir rupanye aku ni. Tinggal 2 bulan lagi utk berjihad dalam ilmu Allah di bumi anbia ni," aku bermonolog sendirian. Terasa nak posting sesuatu kat blog la pula.

Teringat semalam, kte tido pkul 1.30pagi sebab nak habiskan gubahan hantaran kawin untuk Ma'rad Yarmouk. Untuk tahun ni kami pelajar malaysia memilih tema perkahwinan.
Tahun ni kte wat gubahan lagi utk ma'rad. Tahun 1+3 dulu kte wat gubahan sejadah : payung dan kipas, gubahan telekung : baju kebaya, gubahan tuala: buah anggur dan gubahan cincin.

Apa pula gubahan kte tahun ni?



Nampak takkk?

gubahan telekung: BUNGA


(pandangan dari depan..)

gubahan sejadah: KERUSI
kegunaan utk letak Al-Quran


(pandangan dari tepi..)




TENGKOLOK

ni pula bunga telur....

yang ni bukan kte gubah, adik2 yang gubah sndiri..

lepas kte ajar diorag mlm tu. sampai2 je kt umah, siap dah bunga telurnyer.....

pandai diorang, xsia2 kte turunkan ilmu kat diorag..hehehe


Ni la salah satu kenangan yang paling best yang hampir 4 tahun kte kat jordan bersama-sama dgn kekawan. Sampai sini la kte paling banyak curahkan ilmu seni kite ni...

"Terima kasih mak....darimu ku belajar semua ini dan keranamu ku punyai bakat keseniaan yang ku amik dari minatmu......"

Sayang makkkkkk...arkkkkk,rindunyer kat mak..

Thursday 19 March 2009

JADILAH HARI ANDA PENUH DENGAN KEBERKATAN

0 comments
Assalamualaikum...

Bersabarlah bila bencana datang menimpa
nescaya Tuhan akan mendatangkan jalan keluarnya.

Cubalah ketika anda mendirikan solat subuh, untk duduk dengan khusyuk dan menghadapkan diri anda ke arah kiblat sepuluh minit atau seperempat jam, kemudian lanjutkan dengan memperbanyakkan zikir dan berdoa. Mintalah kepada Allah hari yang indah, hari yang baik penuh keberkatan, hari yang berbahagia, serta hari yang berisi kejayaan, kesolehan, dan keberuntungan. Mintalah kepadaNya hari tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari yang rezekinya berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungannya luas, atau hari yang tiada kekeruhan di dalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan.

Dari Allahlah kebahagiaan dipinta. Dari Allahlah rezeki diharapkan. Dari Allahlah kebaikan diharapkan. Duduk seperti, InsyaAllah akan menjadi jaminan bagimu dalam menghadapi hari yang penuh berkah dan bermanfaat.

Dan ingatlah, bila anda melakukan pekerjaan atau sedang duduk adalah hendaklah anda mendengar sesuatu daru Kitabullah, baik dari kaset mahupun dari radio yang bacaannya dilakukan oleh seorang qari' yang patuh khusyuk', lagi merdu suaranya.
Dia memperdengarkan kepada anda sebahagian dari ayat-ayat Allah SWT yang ada dalam kitabnya dan anda mendengarkannya dengan penuh perhatian dan khusyuk. Maka akan menjadi bersihlah hati anda dari kekeruhan, keraguan dan kecurigaan yang mencemarinya, lalu anda akan kembali menjadi baik keadaannya dan lebih lapang dadanya daripada sebslumnya.

Pesanan saya ngan kekawan, jangan lupa untuk sentiasa membuka lembaran kitab Allah dan membaca dan bertadabbur untuk beberapa minit dalam sehari. paling kurang pun, selepas solat 5 waktu..Renung balik dengan zaman kita sekarang, xyah jauh2. tgk je negara kita malaysia atau negeri atau kampung kita sendiri. Ada berapa orang Islam yang nak membaca dan bertadabbur dengan ayat Quran? Sedangkan org kristian sekarang, memandang agama dan orang islam itu adalah sangat buruk dan teruk di mata mereka. Dengan perbuatan orang Islam,cth kes2 rogol, mencuri, dadah dn sebagainya. semua palakunya dari org Islam. Macamaner tak nya islam itu dipandang buruk oleh mereka. lebih2 lagi memang tujuan mereka utk hapuskan Islam. Yang paling saya nak tekankan, bukannya agama Islam yang teruk tetapi ' PENGANUT ISLAM ' nya yang tidak tahu menilai betapa CANTIK DAN INDAHNYA ISLAM itu.

Kita ubah la diri kita dahulu untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Matlamat kita adalah ALLAH SWT.. Mulai hari ini kita berhijrah dan bantu diri kita dan kawan2 utuk bangkit balik Islam di mata semua orang bahawa ISLAM ITU SANGAT CANTIK.
Wallahu'alam...
Luahan dari hatiku..

Tag dari Ahiasah

2 comments
Assalamualaikum....

Sekian lama dah tak jenguk my blog, pagi ini baru ada kesempatan,huhuhu. Sibuk dengan imtihan dalam minggu ni... Bila buka je, saya dapat tag dari cik Alhanin. Jadi dengan kesempatan ni, saya nk jawab tag ni, ye cik alhanin..


1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenape anda memilih nama itu?

Nama blog saya "Dzatun Nithaqaini". Saya memilih nama ini kerana saya teringat kisah kehidupan Asma' iaitu anak kepada saiyidina Abu Bakar yang dijuluki Dzatuun Nithaqaini (Wanita yang memiliki 2 ikat pinggang). Kisah Asma' ni boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita. Dia melalui hidupnya penuh dengan kesabaran dalam menghadapi kesulitan hidup kemiskinan. Selain itu, ia juga selalu berkeinginan kuat untuk taat kepada suaminya dan mencari keredhaan Allah SWT. Kalo nk tahu kisah dia lebih lanjut, cari n baca sendiri:)


2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

(Http://dzatunnithaqaini.blogspot.com). Nama ni sedap je bila didengar, jadi saya amik je terus dari nama blog saya tu, simple jee.. Senanggg.. tak payah la nak cari banyak nama tok blog lain link pun lain..hehehe


3. Apakah metod penulisan dalam blog anda?

Berkongsi yang bermanfaat. Sabda Rasulullah SAW :
بلغوا عني ولو اية


4. Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar(dakwah)?

Alhamdulillah. Kira tengah2 la. Setakat ni, tak ada la sampai tak pernah aktif kat luar(dakwah). Sebagai hamba Allah kita perlu ada berdakwah, sekurang2nya dakwah fardiyah la yang penting kita lakukan terlebih dahulu. Kalo ikutkan, penulisan ni pun tak la aktif sgt, Sebab malas juga nk duduk depan tenet 24jam...


5.Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Setakat ni, tak terasa pun nak wat camtu. Blog ini, bagi saya adalah salah satu cara kita hendak menyampaikan dakwah dari segi penulisan dan berkongsi yang bermanfaat..


6. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Soalan yang sgt best, hehehe. Blog cik Alhanin ini saya suka buka dan baca penulisannya. sebab ilmu pengetahuan bertambah. Yang paling best, bila kita baca blog cik Alhanin ni. Saya rasa dengar dia bercakap je. hahahahaha


Apa-apa pun, terima kasih bebanyak tag saya. Dengan soalan yang diajukan, menyebabkan kita ingat balik apa tujuan kita menulis blog dan yang paling penting. Kenape kita pilih nama n link blog kite seperti itu dan ini? Nama yang kita pilih itu melambangkan identiti blog dan empunyer blog itu tersendiri...

Jadi, dikesempatan ini. Saya nak tag kawan saya yang mempunyai blog juga. Saya tag yang ada nama di bawah ini:

-encik hafizul
-musafir di bumi Syam
-ukthie hajar (just)

Tuesday 10 March 2009

Sejarah Maulidur Rasul

1 comments
Assalamualaikum...

SEJARAH MAULIDUR RASUL

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.
Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

P/S :
Kepada semua kekawan...
Setiap kali menjelang 12 rabiulawal, pasti ramai umat Islam tidak akan lupa utk menyambut maulidur Rasul..
Dengan ini saya ingin mengetahui apa hukum sebenarnya kita menyambut perayaan Maulidur Rasul ini. Adakah ia wajib, sunat atau haram?
Saya akan cuba mencari hukum maulid ini atau ada sesiapa yang boleh membantu saya di dalam pencarian ini...
Syukran...

Sunday 1 March 2009

BERSOLAT GANTI BERYOGA UTK KESIHATAN

0 comments
Assalamualaikum....
Kepada semua kekawan, di sini saya ingin berkongsi ilmu dengan kalian daripada apa yang saya dapat di laman web (www.pkpim.net/v2/orga).
Bersolat ganti beryoga utk kesihatan.....
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman berkenaan. Kalau masih ada pihak yang mempertikaikan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa amalan senaman berkenaan haram, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa yang mempertikainya sedang terlena dalam kejahilan yang teramat sangat. Cuba perhatikan kenapa alim ulama kebanyakannya lebih lanjut usianya. Jarang benar guru-guru sekolah pondok umpamanya mati pada usia masih muda gara-gara diserang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Kebanyakan mereka mati kerana sakit tua.

Antara rahsianya adalah kerana mereka banyak sembahyang sunat selain daripada sembahyang wajib lima waktu sehari semalam. Alim ulama akan tidur selepas Isyak dan akan bangun selepas pukul 12.00 tengah malam melakukan sembahyang malam.
Mereka akan tidur sekejap sebelum masuk waktu Subuh. Sebaik-baik sahaja bangun dari tidur, mereka akan sembahyang sunat Fajar, sunat Subuh dan tidur sekejap untuk kemudiannya akan bangun dan menunaikan sembahyang sunat Dhuha.

Rukun sembahyang yang rata-rata melibatkan kegunaan anggota badan itu sendiri lebih bersifat kepada gerakan senaman sama ada rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, bersimpuh ketika membaca tahyat, malah ketika berpaling kanan kiri ketika memberi salam.
Semalas-malas umat Islam menunaikan sembahyang yakni dengan hanya menunaikan sembahyang fardu sahaja pun, mereka akan melakukan 17 rukuk, 17 iktidal, 68 kali sujud, 32 bersimpuh dan 10 paling muka ke kanan dan 10 paling muka ke kiri.
Kebanyakan alim ulama akan memastikan jumlah sembahyang yang dilakukan adalah 50 rakaat sehari semalam bila dicampur jumlah sembahyang sunat dan fardu. Lazimnya sembahyang sunat dilakukan sebanyak dua rakaat.

Maknanya setiap hari mereka melakukan 50 rukuk, 50 iktidal, 318 sujud 164 kali bersimpuh, 76 memalingkan muka ke kanan dan 76 lagi memalingkan muka ke kiri.
Dengan sebanyak itu pergerakan anggota badan dilakukan, maka ia sudah lebih daripada cukup bagi tujuan senaman untuk kesihatan badan.
Lagi pun dengan memperbanyakan sembahyang, bukan sahaja badan akan sihat tetapi akan mendapat pahala berganda di samping otak dan dada akan menjadi lapang.
Antara tujuan direnggangkan waktu-waktu sembahyang juga adalah untuk mengingatkan kita bahawa pemikiran dan badan perlukan rehat.
Kebanyakan alim ulama juga suka berkebun, memancing dan pelbagai aktiviti berbentuk riadah, seperti menunggang kuda, menembak dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sedemikian juga ada kaitan dengan penjagaan kesihatan, kerehatan mental dan fizikal serta kawalan perbelanjaan harian.

Kenapa kita mesti ikut tatacara untuk kesihatan badan yang bertentangan dengan Islam? Kenapa kita tidak 'fotostat' kehidupan alim ulama ke dalam kehidupan kita. Bukankah alim ulama juga mencontohi kehidupan Rasulullah SAW ke dalam kehidupan mereka. Memilih kehidupan yang bercanggah dengan sunnah bermakna kita memilih kecelakaan.
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template