Wednesday 16 September 2009

Sepanjang Kaki Melangkah


Tanpa disedari waktu berlalu begitu pantas. Sepantas kilat yang menyambar. Islam mengajar kita agar menghargai waktu kerana setiap detik waktu adalah bernilai ibadah. Tidak perlu menunggu waktu tertentu utk membuat pahala kerana apa jua kerja yg kita lakukan asalkan baik dan diniatkan kerana Allah SWT akan diberi pahala. Namun tidak dinafikan kesibukan telah menjadikan kita lupa arah dan tujuan hidup. Cuba kita berhenti seketika utk merenung di mana kita sedang berada dan ke mana akhirnya kehidupan kita dan apa pula persiapan kita utk semua itu.

Sesuai dgn sifat zaman; masa yg berganti zaman juga berubah. Umat Islam terpaksa menghadapi realiti hidup yang terpisah-pisah dgn undang2 yg tidak lagi menyatukan mereka dgn umat Islam lain di negara yang berbeza. Perang di sana sini masih panjang dan masih berdarah. Bukankah ketenangan itu seharusnya menjadi milik kita? tetapi kenapa pula suasana hari ini berlawanan daripada hakikat itu semua; lahirnya pemuda pemudi dgn jiwa kosong dan sebagainya. Dimana silapnya? Bukankah manusia itu tidak hanya pada fizikalnya semata-mata. Tetapi sebaliknya memiliki jiwa utk diisi dgn keimanan dan ketakwaan yg akan menjadikan jiwa kita kuat dan kental, pasrah dan sabar seterusnya membangkitkan keazaman dan ketinggian jiwa? Berapa kali kita meneliti hati kita di depan cermin keimanan agar kita dapat melihat kecacatan jiwa kita dan berapa kali kita hiaskan jiwa kita dan mengemaskinikan akhlak kita?

Hakikatnya masa terus berlalu meninggalkan kita dan ketenangan akan tetap bersemadi kukuh menjadi lipatan sejarah. Jadilah semalam sebagai pengajaran, esok sebagai harapan dan hari ini sebagai medan beramal. Mukmin yg sedar akan hakikat ini akan tersungkur sujud kepada Yang Maha Pencipta dan menguruskan alam yang hebat ini dgn penuh keinsafan dan rendah diri lalu terlerailah keegoan yg menjadi benteng antara kebatilan dan kebenaran semasa kita semua akan terus bersatu sesama Islam . Apa jua pembaharuan dalam apa jua bentuk pastikan dapat mencerminkan imej yang positif terhadap Islam dari semasa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template