Tuesday 16 November 2010

Eid Mubarak

0 comments

Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulanZulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

§ Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

§ Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

§ Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

§ Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Semoga Aidil Adha kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita sebagai umat Islam yang sejati. Amin..

Tuesday 9 November 2010

Kisah Ibu Yg Menyusui Anaknya Dlm Keadaan Berwudhuk

1 comments

Alhamdulillah...

Fuhh... selesai juga tugasan untuk sem ini. Presentation pun dah selesai semalam. Lega rasanya apabila tugasan kajian penyelidikan yang diamanahkan dah disiapkan dengan harapan yang tinggi. Tinggal lagi tugasan yang satu lagi iaitu ” EXAM ”. So, entry ana kali ini ingin nak berkongsi ilmu yang ana perolehi semasa presentation di adakan semalam.

Ketika giliran seorang kawan yang akan membentang tajuk kajiannya. Ana tertarik dengan satu cerita yang dia persembahkan untuk kami. Sebuah cerita contoh (cerita benar) yang sangat indah yang menyentuh hati dan iman ana sendiri.

Dikisahkan, seorang perempuan di Turki yang mempunyai seorang anak dan dia mempunyai impian terhadap anaknya. Inginkan anaknya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Untuk mencapai impiannya, perempuan tersebut menghantar anaknya ke sebuah Sekolah Tahfiz di Turki dengan berpesan kepada anaknya bahawa dia tidak dibenarkan untuk balik ke rumah selagi tidak menghabiskan hafazannya sebanyak 30 juzuk dalam Al-Quran. Ustaz yang mentasmi’ (menyemak) bacaan anak ini amat terkejut dengan kecerdasan dan kekuatan hafalannya. Anak itu hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk menghafaz satu juzuk dan menghabiskan masanya di sekolah tersebut hanya 30 hari. Selepas 30 hari, anak itu pun pulang ke rumah. Kepulangan anak tersebut telah disambut dengan muka terkejut siibu dengan sangkaan yang tidak baik terhadap anaknya.

”Kenapa kamu balik? adakah ustaz memberhentikan kamu? Apa kesalahan yang telah kamu lakukan sehingga diberhentikan dari Sekolah Tahfiz itu?, ” bertanya si ibu kepada anaknya.

” Ibu kata, selepas menghabiskan hafazan 30 juzuk. Saya boleh balik. Saya dah habiskan 30 juzuk Al-Quran itu ibu. Dan sekarang saya balik, ” kata anak itu kepada ibunya.

Berita tentang anak ini terus tersebar. Ramai wartawan ingin menemui perempuan itu di rumahnya. Kerana situasi begitu, ramai wartawan sehingga berdesak-desakan tidaklah mudah mereka untuk mengetahui rahsia si ibu sehingga anak itu boleh menghafal 30 juzuk dengan masa 30 hari sahaja. Selama 5 hari wartawan berkampung di rumah perempuan itu, mereka tidak mendapat apa-apa rahsia pun kerana keengganannya untuk memberitahu. Kerana itu, semua wartawan berputus asa dan balik dengan perasaan hampa. Tetapi hanya seorang wartawan Islam yang tidak berputus asa untuk memujuk perempuan itu. Hanya dia yang masih berada di rumah tersebut dan mencuba nasib dengan bertanya kepada perempuan tersebut untuk kali terakhir sebelum dia beredar.

” Mak cik, saya ingin bertanya untuk kali terakhir. Apakah rahsianya sehingga anak mak cik menjadi sebegini berjaya menghafaz 30 juzuk dengan masa 30 hari sahaja? Saya tidak memaksa dan mendesak untuk mak cik menjawab soalan saya. Tetapi, saya memang mengharap jawapannya.”

Akhirnya, perempuan itu pun menceritakan kepada wartawan Islam tersebut bagaimana dia boleh mendapat anak yang begitu bersih hatinya.

”Semasa anak ini masih bayi. Sebelum aku menyusuinya, aku mesti berwudhuk. Dan aku tidak akan memberi susuku kepadanya sekiranya tidak dalam keadaan berwudhuk, ” kata perempuan itu kepada wartawan Islam tersebut.

Sebelum ana teruskan penulisan ini, ingin ana bertanya kepada kawan2. Apa kesimpulan yang kalian dapat rumuskan daripada cerita yang indah ini?

"Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengajarkan, mohonlah kepada Allah ampunan dan kesehatan karena tidak ada kebaikan yang lebih besar setelah iman, selain kesehatan. ”

Apa yang ana ingin sampaikan dalam entry ini adalah mengajak kalian dan ana sendiri untuk memberi perhatian yang sangat2 bahkan mengutamakan jiwa dan roh. Roh adalah prinsip kehidupan manusia. Roh adalah nafas yang dihembuskan oleh Allah ke dalam manusia dan kembali kepada Allah, kesatuan spiritual dalam manusia. Roh adalah sifat alami manusia yang 'immaterial' yang memungkinkan manusia berkomunikasi dengan Allah, yang juga adalah Roh.

Roh (hati) jadi rosak (jahat) disebabkan oleh pemakanannya. Sama ada berpunca dari makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih atau makanan roh itu terdedah kepada maksiat dan mungkar. Kesannya, roh yang jahat akan mendorong anggota-anggota lahir turut menjadi jahat.

Firman Tuhan mengajar kita bahawa manusia terdiri dari roh, jiwa dan tubuh jasmani. Lebih jauh kita telah diajar bahawa kesihatan tubuh rohani seseorang sangat mempengaruhi kondisi tubuh jasmani, sehingga dengan menjaga tubuh rohani yang sihat akan memperoleh tubuh jasmani yang sihat.

Dengan konsep pemikiran yang sama, tubuh rohani manusia juga sangat memerlukankan nutrisi-nutrisi rohani berupa makanan-makanan dan minuman-minuman rohani yang sihat dengan jumlah tertentu harus dikonsumsi (diambil) jiwa manusia.

So, daripada cerita di atas. Nak katanya, susu ibu amat penting. Selain itu makanan yang halal thoibah elemen utama untuk membentuk jiwa dan keperibadian kita serta membentuk jati diri muslim itu sendiri. Dari makanan lah yang akan memberi kecergasan otak dan akal. Ada golongan yang berkata, “Saya sudah sembahyang, puasa, zikir, selawat, baca Quran, berkorban, berjihad, berdakwah dan buat lain-lain kebaikan tetapi hati tetap tidak terhibur atau jiwa masih tidak tenang.” Semua ibadah kita dah buat tapi makanan yang halal atau haram adakah kita ambil tahu? Kalau kita makan makanan haram, adakah kita tenang?

Untuk kawan2 sama ada yang dah berkahwin atau yang dah mempunyai anak. Hati-hati terhadap pemakanan anak2 kita dan keluarga kita. Bagi ibu2 yang ingin menyusukan anak2 yang masih bayi susuilah (susu ibu) mereka dalam keadaan berwudhuk. Sedangkan air yang kita baca dengan ayat al-Quran akan membentuk corak yang sangat indah dan cantik berbanding dengan air yang tidak dibaca dengan ayat suci al-Quran akan membentuk corak yang bertaburan tampak berserabut. Bayangkan anak yang disusui dalam keadaan berwudhuk dan dimulakan dengan basmallah. Apakah air susu yang diminum itu akan berbentuk corak yang menarik dan bagaimana tingkah laku dan kecerdasan akal anak2 yang meminum susu ibunya yang dalam keadaan suci dan bersih yang membentuk corak yang sangat cantik? Insya Allah, akan mendapat anak yang berkualiti dengan akhlak dan sakhsiah yang menarik. Renung-renungkanlah...

Sekian, Wallahu ’alam..



 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template