Sunday 26 December 2010

Jangan Berkata ' KALAULAH '

0 comments

Hadith Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda :

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu" ; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.


" Ya Allah,
Limpahkanlah rahmatMu dan sejahterakan olehMu ke atas
Penghulu kami Nabi Muhammad saw. pembawa cahaya
awal dan rahsia yang terpendam pada sekalian
nama-nama dan sifat-sifat ".

AMIN...


Friday 10 December 2010

HIJRAHKU - KHALBU + MANTAPKAN KEPUTUSAN (Muharam 1432H)

0 comments
Meskipun saban tahun kita menyambut Maal Hijrah, namun hasil daripada sambutan itu tidak banyak memberi kesan kepada semua umat Islam. Walaupun pada hari itu kebanyakan umat Islam bercuti, sebahagiannya tidak ambil tahu langsung tentang sambutan itu..

Bagaimana dengan kalian? Masih adakah sifat ambil tahu kalian terhadap sambutan tersebut? Dan bukan hanya sekadar sambutan tetapi apakah azam kita untuk tahun baru Islam kali ini? Adakah sama seperti tahun lepas atau lebih baik dari sebelumnya atau berhijrahkah kita?

Entry ana kali ini sebenarnya ingin mengajak kalian untuk menyentuh atau menggapai tentang hati (khalbu) kita dan apakah kita sudah
mantap dengan keputusan kita.

"Mulut saya terkumat-kamit melafazkan tasbih, tahmid dan takbir. Terasa terang dan damai di hati ini kala kalimah-kalimah tayyibah itu dibaca bertali-tali."

"Kemanisan dan kelazatan beribadat tidak lagi dapat dirasakan. Tembok pengadang terbina, menghalang kepada masuknya cahaya ilmu dan iman. Walaupun pengetahuan setinggi langit dunia, tetap saja ia tidak meresap ke dalam jiwa, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Inilah impak dari hati yang hitam dengan dosa."

" Salah satu untuk dapatkan hati yang bersih adalah ZIKIR..

BANTULAH KAMI YA ALLAH UNTUK BERSIHKAN HATI. MENYISIH SEGALA MAZMUMAH YANG BERSARANG DALAMNYA SEHINGGA MAMPU KAMI BERTEMU MU KELAK DENGAN KEIMANAN YANG SEMPURNA, AMIN.

MENCARI DAN TERUS MENCARI CINTA ILAHI..

Wahai sahabat Sekalian, jadikan ia sebagai azam kita untuk tahun baru ini dan jadikan ia satu perancangan yang ingin kita capaikan.

What you see is what you get. Who you are determines how you see..

"andai badai dan gelora meninpa setelah kita mantap dalam keputusan kita, hadapilah ia dengan jiwa yang tenang kerana Allah cinta pada orang yang BERTAWAKAL padaNYA." (ali-Imran : 159)

Sahabat sekalian, peganglah ayat ini supaya kita menjadi hamba yang Allah cintai. Setiap keputusan yang kita buat, perlu percaya dan yakin bahawa keputusan itu betul dan hadapi dengan tenang. Berusaha untuk mencapai keputusan yang telah kita tetapkan atas diri kita. Jangan jadi seorang yang berputus asa..

wallahu 'alam..




Friday 3 December 2010

Ada Satu Benda Yg Perlu Kita Tahu, APA??

0 comments
Assalamualaikum..

Tersentuh sangat hati ini bila seorang ustaz (imam muda Asyraf) menuturkan kata-kata hikmat yang begitu indah sekali bila didengar..

Ustaz kata (lbh kurang maksud dia camni la) :

Ada satu benda, boleh jadi ubat dan boleh jadi penyakit..
Kalo dijaga dan dikawal dengan rapi, pasti ia menjadi ubat kepada kita..
Kalo sikit je kita hiris, pasti jadi penyakit..
Benda tu adalah HATI IBU BAPA..

Hati ana sangat tersentuh dan ana menangis bila mendengar ungkapan ustaz. Betul kata ustaz!
Setitik je airmata ibu kita jatuh kerana kita, kita dah menjadi anak yang derhaka. Apatah lagi mengatakan OH! ..
Sedarlah wahai sahabat2 sekalian..

Ingat! tidak ada pengganti kepada ibu bapa kita. So, jaga ibu bapa dan jaga hati mereka. Jaga gerak geri dan pertuturan kita kepada mereka supaya hati mereka tidak akan terguris sedikit pun. Dan ingat keredhaan Allah terletak kepada keredhaan mereka.

Rasai lah sentuhan kasih sayang mereka kerana sentuhan itu adalah segala-segalanya untuk mendapat keberkatan dalam hidup.

Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah. sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT. amin.

Wallahu 'Alam..

Tuesday 16 November 2010

Eid Mubarak

0 comments

Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulanZulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

§ Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

§ Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

§ Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

§ Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Semoga Aidil Adha kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita sebagai umat Islam yang sejati. Amin..

Tuesday 9 November 2010

Kisah Ibu Yg Menyusui Anaknya Dlm Keadaan Berwudhuk

1 comments

Alhamdulillah...

Fuhh... selesai juga tugasan untuk sem ini. Presentation pun dah selesai semalam. Lega rasanya apabila tugasan kajian penyelidikan yang diamanahkan dah disiapkan dengan harapan yang tinggi. Tinggal lagi tugasan yang satu lagi iaitu ” EXAM ”. So, entry ana kali ini ingin nak berkongsi ilmu yang ana perolehi semasa presentation di adakan semalam.

Ketika giliran seorang kawan yang akan membentang tajuk kajiannya. Ana tertarik dengan satu cerita yang dia persembahkan untuk kami. Sebuah cerita contoh (cerita benar) yang sangat indah yang menyentuh hati dan iman ana sendiri.

Dikisahkan, seorang perempuan di Turki yang mempunyai seorang anak dan dia mempunyai impian terhadap anaknya. Inginkan anaknya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Untuk mencapai impiannya, perempuan tersebut menghantar anaknya ke sebuah Sekolah Tahfiz di Turki dengan berpesan kepada anaknya bahawa dia tidak dibenarkan untuk balik ke rumah selagi tidak menghabiskan hafazannya sebanyak 30 juzuk dalam Al-Quran. Ustaz yang mentasmi’ (menyemak) bacaan anak ini amat terkejut dengan kecerdasan dan kekuatan hafalannya. Anak itu hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk menghafaz satu juzuk dan menghabiskan masanya di sekolah tersebut hanya 30 hari. Selepas 30 hari, anak itu pun pulang ke rumah. Kepulangan anak tersebut telah disambut dengan muka terkejut siibu dengan sangkaan yang tidak baik terhadap anaknya.

”Kenapa kamu balik? adakah ustaz memberhentikan kamu? Apa kesalahan yang telah kamu lakukan sehingga diberhentikan dari Sekolah Tahfiz itu?, ” bertanya si ibu kepada anaknya.

” Ibu kata, selepas menghabiskan hafazan 30 juzuk. Saya boleh balik. Saya dah habiskan 30 juzuk Al-Quran itu ibu. Dan sekarang saya balik, ” kata anak itu kepada ibunya.

Berita tentang anak ini terus tersebar. Ramai wartawan ingin menemui perempuan itu di rumahnya. Kerana situasi begitu, ramai wartawan sehingga berdesak-desakan tidaklah mudah mereka untuk mengetahui rahsia si ibu sehingga anak itu boleh menghafal 30 juzuk dengan masa 30 hari sahaja. Selama 5 hari wartawan berkampung di rumah perempuan itu, mereka tidak mendapat apa-apa rahsia pun kerana keengganannya untuk memberitahu. Kerana itu, semua wartawan berputus asa dan balik dengan perasaan hampa. Tetapi hanya seorang wartawan Islam yang tidak berputus asa untuk memujuk perempuan itu. Hanya dia yang masih berada di rumah tersebut dan mencuba nasib dengan bertanya kepada perempuan tersebut untuk kali terakhir sebelum dia beredar.

” Mak cik, saya ingin bertanya untuk kali terakhir. Apakah rahsianya sehingga anak mak cik menjadi sebegini berjaya menghafaz 30 juzuk dengan masa 30 hari sahaja? Saya tidak memaksa dan mendesak untuk mak cik menjawab soalan saya. Tetapi, saya memang mengharap jawapannya.”

Akhirnya, perempuan itu pun menceritakan kepada wartawan Islam tersebut bagaimana dia boleh mendapat anak yang begitu bersih hatinya.

”Semasa anak ini masih bayi. Sebelum aku menyusuinya, aku mesti berwudhuk. Dan aku tidak akan memberi susuku kepadanya sekiranya tidak dalam keadaan berwudhuk, ” kata perempuan itu kepada wartawan Islam tersebut.

Sebelum ana teruskan penulisan ini, ingin ana bertanya kepada kawan2. Apa kesimpulan yang kalian dapat rumuskan daripada cerita yang indah ini?

"Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengajarkan, mohonlah kepada Allah ampunan dan kesehatan karena tidak ada kebaikan yang lebih besar setelah iman, selain kesehatan. ”

Apa yang ana ingin sampaikan dalam entry ini adalah mengajak kalian dan ana sendiri untuk memberi perhatian yang sangat2 bahkan mengutamakan jiwa dan roh. Roh adalah prinsip kehidupan manusia. Roh adalah nafas yang dihembuskan oleh Allah ke dalam manusia dan kembali kepada Allah, kesatuan spiritual dalam manusia. Roh adalah sifat alami manusia yang 'immaterial' yang memungkinkan manusia berkomunikasi dengan Allah, yang juga adalah Roh.

Roh (hati) jadi rosak (jahat) disebabkan oleh pemakanannya. Sama ada berpunca dari makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih atau makanan roh itu terdedah kepada maksiat dan mungkar. Kesannya, roh yang jahat akan mendorong anggota-anggota lahir turut menjadi jahat.

Firman Tuhan mengajar kita bahawa manusia terdiri dari roh, jiwa dan tubuh jasmani. Lebih jauh kita telah diajar bahawa kesihatan tubuh rohani seseorang sangat mempengaruhi kondisi tubuh jasmani, sehingga dengan menjaga tubuh rohani yang sihat akan memperoleh tubuh jasmani yang sihat.

Dengan konsep pemikiran yang sama, tubuh rohani manusia juga sangat memerlukankan nutrisi-nutrisi rohani berupa makanan-makanan dan minuman-minuman rohani yang sihat dengan jumlah tertentu harus dikonsumsi (diambil) jiwa manusia.

So, daripada cerita di atas. Nak katanya, susu ibu amat penting. Selain itu makanan yang halal thoibah elemen utama untuk membentuk jiwa dan keperibadian kita serta membentuk jati diri muslim itu sendiri. Dari makanan lah yang akan memberi kecergasan otak dan akal. Ada golongan yang berkata, “Saya sudah sembahyang, puasa, zikir, selawat, baca Quran, berkorban, berjihad, berdakwah dan buat lain-lain kebaikan tetapi hati tetap tidak terhibur atau jiwa masih tidak tenang.” Semua ibadah kita dah buat tapi makanan yang halal atau haram adakah kita ambil tahu? Kalau kita makan makanan haram, adakah kita tenang?

Untuk kawan2 sama ada yang dah berkahwin atau yang dah mempunyai anak. Hati-hati terhadap pemakanan anak2 kita dan keluarga kita. Bagi ibu2 yang ingin menyusukan anak2 yang masih bayi susuilah (susu ibu) mereka dalam keadaan berwudhuk. Sedangkan air yang kita baca dengan ayat al-Quran akan membentuk corak yang sangat indah dan cantik berbanding dengan air yang tidak dibaca dengan ayat suci al-Quran akan membentuk corak yang bertaburan tampak berserabut. Bayangkan anak yang disusui dalam keadaan berwudhuk dan dimulakan dengan basmallah. Apakah air susu yang diminum itu akan berbentuk corak yang menarik dan bagaimana tingkah laku dan kecerdasan akal anak2 yang meminum susu ibunya yang dalam keadaan suci dan bersih yang membentuk corak yang sangat cantik? Insya Allah, akan mendapat anak yang berkualiti dengan akhlak dan sakhsiah yang menarik. Renung-renungkanlah...

Sekian, Wallahu ’alam..



Monday 4 October 2010

Epilog Sebuah Kehidupan ....

2 comments

doa seorang anak yang solehah

" sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku."
(hadith riwayat al-tarmizi)

Itulah harga sebuah naluri seorang anak yang ingin menyerah seluruh kudratnya terhadap ayah dan ibu serta adik beradiknya. Dan harga sebuah kekeluargaan, tempatnya dibentuk menjadi seorang insan yang berguna. Titik mula pada sebuah kasih sayangnya yang dilayarkan dengan cinta, ilmu agama dan akademik, pendidikan yang menjadikannya seorang yang banyak mempunyai peluang untuk membalas jasa kedua orang tuanya. Dia akan menggunakan seluruh kudratnya untuk keluarganya yang sentiasa menyokong cita-citanya walaupun dalam kepayahan dan keperitan..

Sebagai seorang anak yang sentiasa dalam linangan airmata dengan kehidupan yang begitu payah dan perit untuk mencari erti sebuah kehidupan supaya dia menjadi seorang insan yang mempunyai harga diri dengan pendidikan. Dimana dia ingin kejayaannya dapat berjumpa dengan linangan airmata ayah dan ibu yang penuh dengan kebanggaan kedua-duanya..

Kejayaan anaknya disambut dengan airmata kegembiraan... (satu angan-angan yang ingin dicapai sekali lagi!)

Seorang anak yang begitu diharapkan oleh keluarganya untuk mengubah kehidupan mereka yang penuh dengan kepayahan dan keperitan untuk mencari erti kehidupan.

Adakah dia boleh mencapai harapan keluarganya?
Adakah boleh menempuh cabaran kehidupan yang sering datang menjelma untuk dia mencapai harapan keluarganya?
Adakah dia mampu untuk membawa kudratnya untuk ayah ibu dan adik beradiknya?

Seluruh kehidupannya hanya untuk keluarganya tanpa memikirkan kebahagiaan dirinya sendiri. Tanpa memikir sedikit pun tentang kehidupannya, hanya pentingkan keluarga yang dulunya tidak pernah tahu erti kegembiraan kehidupan seperti orang lain..

Kini, anak itu sentiasa dalam linangan airmata yang mengembirakan dan sentiasa dalam senyuman yang begitu manis kerana harapan keluarga dapat dia capai dengan kepahitan dan keperitan sekali sehingga menemui kemanisan madu lebah yang asli.

Perlukah sekarang dia memikirkan cinta dan bahagia untuk dirinya?

Sentiasa bermain di mindanya; 'aku tak perlukan semua itu, aku adalah makhluk Allah yang perlu menyaksikan kebahagiaan ayah ibu, kakak-kakaknya dan adiknya. Aku hanya perlukan kasih sayang dan cintaMu ya Ilahi.'

sedih + gembira ....


Wednesday 1 September 2010

Kesucian Ramadhan

0 comments
Assalamualaikum..

Hari ini dah masuk ke 22 ramadhan, tak terasa cepatnya masa berlalu. Kejap pelik, raya pulak. Tapi, adakah puasa kita sempurna? dah khatam ke Al-Quran nyer? Ibadat kita cmne?

Entry kali ni, ana nak ajak semua berfikir, adakah puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni?ke sama je macam tahun2 lepas? ke lebih teruk dari tahun sebelumnya?nauzubillah.
Fikirkan!!

Ingat ye, bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin dan papa..

Dan ingat, jangan salah ertikan Ramadhan. Kebanyakan penduduk di bumi dunia yang sementara ini mengertikan bulan ramadhan adalah bulan kuih muih, seronok tiap2 petang pergi bazaar ramadhan. Fikirkan, kenapa pada bulan ramadhan itu ada bazaar? sedih kerana bulan ramadhan itu adalah bulan untuk beribadah, bukan untuk mengadakan bazaar ramadhan. Kenapa kita tidak namakan bazaar ifthor sahaja?kan lebih padan.

Jangan salah ertikan dengan kesucian ramadhan itu sendiri. Ramadhan berasal daripada bahasa arab yang bermaksud panas terik, yang bererti panas menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Daripada kata tersebut, kata ramadhan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Kenapa kata ramadhan digunakan kerana pada bulan itu, dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan di bulan ramadhan untuk serius menghapuskan dosa, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan sesuatu bahan.

So, kita ada beberapa hari lagi untuk habiskan puasa kita. Sempurnakan erti ramadhan itu dalam kamus hidup anda semua termasuk peringatan bagi diri ana sendiri. Kita cuba hargai kesucian ramadhan itu dengan sempurnakan ibadat di bulan ini. Sekurang-kurangnya khatamkan bacaan Al-Quran kita. Cuba cari Lailatul Qadar yang belum pernah atau tak sempat kita jumpai.

InsyaAllah kita sama-sama berdoa agar kita bertemu jodoh dengan lailatul Qadar pada tahun ini. Aminnn....

Wallahu 'Alam..

Friday 6 August 2010

Aduhai bertudung Labuh..

0 comments


“Kak Imah, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh adik bongsu kepadaku. Adik bongsuku, Fatimah yang sedang mekar meniti usia remaja, bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Satu soalan yang sentiasa hinggap di telingaku, kenapa tak pakai tudung trend sekarang? kan lebih cantik. Soalan itulah yang sering dilontarkan oleh kawan-kawan sekerjaku kepadaku. Setiap kali ditanya dengan soalan itu, aku hanya mampu berdiam diri.

Salahkah aku bertudung labuh? tidak cantikkah seorang muslimah yang bertudung labuh?kenapa???
Tapi aku tetap dengan tudung labuhku, imej yang ku pilih dari ketika usia remajaku. Pandangan pertamaku dengan tudung labuh masih tersemat dalam kotak mindaku. Tudung labuh mempunyai keistimewaannya tersendiri. Yang tertutup itu Indah. ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, "Yang tertutup itu indah". jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59. Sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada tersampul? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Kepada Kawan-kawan yang masih dengan imejnya yang bertudung labuh, janganlah merasa diri kita adalah kolot. tapi, bukan yang tak bertudung labuh itu tidak menutup aurat. Tidak! aku cuma nak berkongsi rasa dengan sahabat-sahabat apa yang kami rasa istimewanya bertudung labuh..

Wallahu 'Alam





Sunday 27 June 2010

Pasti Enjoy...

0 comments
Sekadar hiburan..

Saturday 26 June 2010

Hidayah itu datang daripada Allah..

0 comments
Orang itu mencaci ayah Amei berkali-kali. Saat dia bertanya kepada ayahnya tentang alasan tentang alasan kenapa ayahnya memutuskan untuk keluar daripada pekerjaannya, dia berkata kepada gadis kecil itu,"Amei, ayah melihat sesuatu di dalam mimpi. Sebuah tulisan yang terukir sangat indah dan begitu menggetarkan jiwa," ujar ayahnya sambil terkagum-kagum.

Kemudian anak itu bertanya,"Tulisan apa, ayah?"

"Sebuah tulisan yang ayah pun tak dapat memahaminya, dan ayah pun tidak tahu membacanya, tulisan nama Tuhan, kamu mengerti?"

Gadis kecil itu semakin tak mengerti,"Tulisan nama Tuhan?"

"Ya."

"Siapa nama Tuhan kita, ayah?" tanya gadis kecil yang baru berusia lapan tahun itu semakin ingin tahu.

**********

"bolehkah kamu memberitahu saya, bagaimana saya dapat membaca tulisan ini?" Amei menghulurkan buku itu. Ustaz Gufron melihatnya sekilas kemudian tersenyum lebar.

"Itu ialah nama Allah."

"Allah? Benarkah itu?"

"kenalilah dirimu agar dapat mengenal Tuhan," ujar ustaz gufron tiba-tiba berkata pada gadis kecil itu.

___________________________________

Amei memakai kain telekung dan berjilbab, setelah mendapat bimbingan. Dia belajar untuk berwuduk dan bersujud kepada Allah. Wajahnya berubah menjadi segar dan berseri-seri dan gadis kecil ini sudah pandai mengucap kalimat "ALLAHUAKBAR"


Subhanallah, kisah yang ana bawakan ini adalah kisah seorang gadis Cina ateis di mana ayahnya yang ingin mencari siapakah sebenarnya Tuhan dan mengajak anaknya yang masih kecil untuk turut serta dalam misinya iaitu pencarian Tuhan. Setelah ayahnya meninggal dunia, misi itu diterus oleh anaknya Amei. Sehingga dia berjaya menemui Tuhannya kini iaitu Allah.

Dapat ana simpulkan di sini, Seseorang yang sudah mendapat hidayah daripada Allah pasti akan mendapatkannya. tapi ingat!kita tak akan mendapat petunjuk itu dengan jelas sehingga kita sendiri yang berusaha mengetahui apa maksud sebenarnya dengan jelas..

Kalam terakhir ana, ingat kepada muslim wa muslimah di luar sana. Didik lah anak2 kita dari kecil lagi untuk mengenal Tuhan kita iaitu ALLAH SWT..
Wassalam..

Thursday 20 May 2010

Nilai Sebuah Kesabaran

0 comments
Assalamualaikum…
Entri kali ini mengisahkan kehidupan yang boleh menjadi pedoman hidup..
Erti sebuah kehidupan=)...semoga kite memahami erti kesabaran yang sebenar…



Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam- dalamya. Kubelai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya...Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. "Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku.

Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu;

"Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah- mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."

Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk ku ketahui suatu ketika kelak....Pasti!

"Huda....bangun.,...jom kita solat."

Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia menggeliat.... Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya....Ahh.aku sayang padamu Huda..Akhirnya,aku bangun sendiri.. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah..(al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur..

Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada dibelakangku.. Wajahnya masam,..merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.

"Kenapa ni.? Muncungya mulut.."

usikku dalam nada separuh berbisik... Semakin menjadilah rajuknya.

"Kenapa abang tak kejutkan Huda.?"

Protesnya...Aku tersenyum cuma.

"Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.."

Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.

"Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah."

Usikku lagi.Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudiannya berlalu dengan wajah yang melucukan.

Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan:

"Abang.....nikah jelah satu lagi"

Dengan nada yang bersahaja..Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan, kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini,sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?

"Hai tak takut cemburu ke..?"

Umpanku pula.

"Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia bang.. takkan Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..?"

hujahnya panjang lebar.

"Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..?"

"Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang."

"Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?"

umpanku lagi..

"Kahwin satu lagi.."

"Kalau tak dapat anak juga,..?"

Usikku terus.

"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!"

Jawab Huda dalam nada semakin kendur.

"Huss..Huda ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi ibrahim bapa ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.."

Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Huda,...ada titisan panas yg membasahi dadaku..

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh...umurku sudah merangkak 33 tahun...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya...Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku.. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki,seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar.

Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ....Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..

"Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita ..."

Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya.

"Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.."

Protes Huda separuh merajuk.

"Oklah sayang."

Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan..

"Bismillahir rahmanir rahimm.."

ku potong kek istimewa itu. kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..

"Subhanallah..Maha suci Allah,.. Tuhan sekelian alam..!! "Huda hamill..!! Masya Allah,..setelah sekian lama penantian ini.!"

Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah- olah tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..!

"kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?"

Tanya ku seperti memprotes..

"Kalau beritahu tak surprise lahhh."

Jawab Huda selamba..Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'. Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar- benar rasa bersalah..

Sejak berita itu diterima. kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya.Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang.

"Abang sayangg...abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya.. Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,... Abang..,..kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,. kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya.. Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga."

Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..! Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,.. Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Ku rasa badannya,.. panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 mei,..hari ni baru 26 april,..Aku panik.. Aku segera membawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir..

Ya Allah!!! selamatkanlah isteri dan anakku..

bisikku berulang kali..

"Encik Saifuddin..?"

Dr Khadijah,.. pakar sakit puan rujukan isteriku,..

"Ya,..saya doktor!!"

sahutku cepat. Ku hampiri DrKhadijah.

"Boleh kita berbincang sebentar,,.."

Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,..

"Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah.. Puan Huda perlu dibedah segera.."

"Bedah..?"

"Buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi isteri saya bagaimana doktor..?"

Tanyaku dgn nada separuh ketar dan bimbang.

"saya akan cuba sedaya upaya,..utk menyelamatkan kedua-duanya,.. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .."

Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..

Ya Allah!! selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,..

Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku.. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,.. tiba2 ayahku memanggilku dan mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan..

Ketika sampai di pintu bilik ,..aku terdengar suara tangisan bayi,,.. alangkah lunaknya.

"Encik saifudin..?"

"Ya..saya.."

"Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya."

kata Dr Khadijah tenang,..

"Alhamdulillah.... isteri saya bagaimana doktor.?"

Dr, Khadijah terdiam .. tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,.. Ku tenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,...

Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk..Mulutku ternganga seketika,..

"Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.. "

Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan.. Ku rasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring,.. Perlahan aku membuka kain penutup..

Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn..

DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,..

Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa disedari ku dakap Huda seerat eratnya.. tangisku perlahan, tapi tak tertahan..!

"Sabar encik Saifudin,..sabar.."

Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,..

"Nurse,..tolong bawakan anak encik Saifudin.."

katanya lagi,..

Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,...perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,. Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya,..hidungnya,.. mulutnya,..

Allahuakbar..!!!

Dadaku bertambah senak.. tangisanku semakin menjadi-jadi,..

Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,..

"Iqamahkan anakmu Saifuddin,.. sambutlah yang hadir,.. doakanlah yang kembali..".

Huda!!

rupanya inilah hikmah Allah,.. Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah swt,.. Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun,.. utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakn gantinya.

Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak,..Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb.... Tuhan yang Maha Mengetahui,.. Lagi Maha Pengasih,... Selamat tinggal Huda.....

************************* Ketetapan adalah tetap ketetapan ALlah. Manusia dengan ikhtiarnya. Inilah tarbiyah ALlah buat orang- orang yang menyerahkan sepenuh penggantunganNya kepada ALlah. Kita berdoa. Kita merayu agar disampaikan hajat. Kita menangis, bermunajat. Harus juga kita ingat akan doa Nabi, "Janganlah Ya ALlah Kau berikan aku sesuatu yang aku pinta hanya kerana belas kasihan dan simpatiMu sedangkan ia hanya membawa kerugian kepada diriku." Berdoalah. berdoa dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah... redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya ..redha ketika diuji itulah sabar namanya.

dan sahabat... bertajahud lah lagi di malam hari dan berdampinglah dengan AL-Quran .. InsyaALlah itulah ubat mengistiqamahkan iman ....Hakikat Sebuah Kehidupan..betapa penting kesabaran dan ketenangan menghadapi sesuatu musibah yg melanda...

"was bir ma asobak"..

Bersabarlah kamu dengan apa yg ditimpakan kepada kamu"..Betapa besar peranan antara suami isteri dan sifat sayang menyanyangi disamping menjadikan Quran dan SUnnah sebagai amalan Harian...Kepada Muslimat.. amat besar nilainya andai Muslimah Sanggup mengorbankan kebahagiaannya demi suaminya..Subhanallah...Semoga sama2 kita dapat mengambil istifadah dari ini semua..

Saturday 8 May 2010

SEDIH...

0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Memang hari ni ada sedikit beremosi.. Ada perasaan sedih yang tertanam dalam diri ini. Untuk entri kali ini ana ingin berbincang mengenai perasaan yang terdapat dalam hati manusia ini. Bercerita mengenai perasaan sedih, pasti setiap orang mengalaminya. Walaubagaimanapun terdapat juga manusia yang mempunyai hati sekeras batu dan tidak memiliki perasaan sedih.

Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Perasaan ini berlaku tatkala berlaku sesuatu peristiwa / keadaan yang menyedihkan. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesedihan wujud dalam naluri kita. Antaranya ialah :-


  1. Kehilangan. Kebiasaannya apabila mengalami kehilangan sesuatu yang amat disayangi (samada manusia, binatang, barang) akan menimbulkan perasaan sayu. Memori bersama akan timbul sedikit demi sedikit yang menyebabkan timbul perasaan sedih..
  2. Dikecewakan. Apabila ditipu, dipermainkan akan menimbulkan perasaan sedih. Terutama apabila terlalu dikecewakan oleh orang yang dipercayai, disayangi.
  3. Melihat kesengsaraan orang lain. Bila memandang orang lain yang mengalami masalah-masalah yang tak sanggup dipikul. Ianya mampu mengundang kesedihan.
  4. Kesedihan buat-buat. Percaya atau tidak terdapat perasaan sedih yang dibuat-buat. Mungkin untuk mendapatkan simpati dari orang lain. Ini bahaya kerana manusia yang mudah percaya akan dijerat oleh manusia tidak bertanggungjawab ini.
  5. Tiba-tiba. Ini juga boleh dan pernah berlaku. Tanpa sebarang sebab tiba-tiba terasa hiba. Mungkin ianya disebabkan tindakan otak kita..
  6. Mengenang nasib diri. Ianya berlaku jika terlalu asyik memikirkan keadaan diri yang mungkin tidak sebaik orang lain. Ianya mampu memberikan kesedihan yang melampau.
  7. Menonton drama/filem. Biasalah tengok cerita yang sedih memanglah airmata bertakung. Kalau tengok cerita yang boleh memberikan keinsafan takpelah juga.


Saya yakin situasi di atas mungkin pernah berlaku pada diri anda. Kadangkala ianya mampu memberikan impak yang tidak baik terhadap emosi kalau tidak dikawal. Mungkin beberapa cara ini sesuai untuk anda

1. Luahkan masalah tersebut kepada rakan dipercayai atau pakar. Ia bukan perkara mudah sebab bukan semua orang boleh dipercayai. Kesilapan meluahkan mampu menambahkan lebih masalah.

2. Menangis.. Biasanya kaum hawa akan menangis kalau perasaan sedih datang. Dengan tangisan mampu meredakan emosi yang bersarang dalam hati.

3. MengingatiNya.. Melakukan solat, membaca Al-Quran mampu memberikan ketenangan dalam hati..

4. Elakkan melayan perasaan dan lakukan aktiviti lain. Ini sekaligus dapat mengurangkan situasi keseorangan yang mana perasaan sedih mudah wujud dalam diri.

Okey cukuplah setakat itu untuk entri kali ini. Semoga entri ini mampu meredakan hati yang sedih ini dn sesiapa saje yang ada perasaan sedih..HUhuhuhuhuhuuhuhu..

Semoga semua sahabat2 sentiasa dalam keredhaan dan rahmat Illahi..



Monday 3 May 2010

Hayati kulluha Lillah....

0 comments

Sunday 2 May 2010

Ibadah Membentuk Keperibadian Insan

0 comments

Assalamualaikum…

Ibadah adalah bertakarub kepada Allah dengan mentaati segala perintah Allah dan berusaha menjauhi larangan Allah serta mengamalkan segala yang dibenarkan oleh Allah.

Ibadah merupakan bukti kepatuhan manusia kepada Allah yang didorong dan digerakkan oleh akidah tauhid. Ibadah dalam Islam bukan bermakna menjauhi pekerjaan yang bersifat duniawi tetapi seimbang antara dunia dan akhirat.

Apabila kita bersembahyang, sembahyang itu dapat mendekati diri kepada Allah. Orang yang bersembahyang, hatinya akan sentiasa ingat kepada Allah. Hatinya akan tenang dan batinnya akan merasa puas kerana dekat dengan Allah. Secara tidak langsung, ia akan mencegah nafsu daripada kemungkaran dan maksiat.

Kalau kita mendalami ibadah yang digariskan oleh Islam, ia akan dapat meningkatkan kualiti manusia sama ada secara zahir ataupun batin. Secara zahiriah, ibadah yang digariskan Islam akan meningkatkan kecerdasan badan, manakala dari segi batiniah, ibadah dalam Islam akan membawa ketenangan dan kebahagian hidup manusia.

Ibadah yang kita lakukan adalah kepatuhan kita sebagai hamba kepada penciptanya. Setelah kita mengetahui hikmah di sebalik ibadah yang kita lakukan, jiwa kita akan mengalami ketenangan.

Semoga ibadah yang kita lakukan akan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Semoga dengan penulisan ana kali ini akan membuka pintu hati umat Islam untuk sentiasa beribadah bagi meningkatkan keimanan di dalam diri di dunia dan di akhirat..

Saturday 10 April 2010

Epilog Permusafiranku dulu..

0 comments
ketika aku dalam tahun kedua (bermonolog sendirian ketika itu..)

Permusafiran di bumi Urdun ini nikmatnya masih terasa walaupun peritnya sesekali turut melanda.

Mata semakin kuyu untuk bertentang mata dengan si kitab...sesekali terhenti...hilanglah rasa untuk membaca..ya, saat ini. Ketika inilah terasa sesuatu kehilangan...sebuah semangat baru yang dulu aku gemakan. Mungkin bukan aku seorang yang mengalaminya juga bukan kamu seorang. Malah mungkin semua teman seperjuangan turut merasainya. Semangat yang hilang di mana akan dicari lagi????

Semangat aku kian luntur kini mengenangkan tanah arab ini yang aku bayangkan sebelum menjejak kaki ke sini. Sebuah negara yang bakal mengubah sikap dan pendirianku juga keperibadian yang belum mampu mengikut segala peraturan Ilahi.

Aku bayangkan, sebuah negeri yang bakal menemukan aku dan sahabat kepada satu sahsiah muslim dan muslimah yang sebenar.
Tetapi sehingga ke hari ini, aku masih tertanya-tanya apakah perubahan yang aku lakukan ??? Apakah aku, lalaikah aku, atas tanggungjawab aku terhadapNya.. masih mencari-cari di manakah sinar yang diredhai Ilahi...
Berjayakah negeri ini memuslimahkan aku sebagai sebenar-benarnya muslimah sebagaimana yang kita cita-citakan??? Bila mana disebut tanah berkat sebagai Dataran Syam ianya seketika menyenangkan hatiku.
Namun bila terbayang kehidupan dan budaya mereka yang menakutkan jiwaku dan juga turut meresahkan aku, aku gelisah, masih adakah sinar untuk umat arab membetulkan diri mereka.

Segalanya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Kita sebagai pendatang bukanlah ingin mencari satu budaya yang sebegitu di sebuah negara Islam yang di diami oleh penduduk arab ini. (sapa yg pernah g jordan mengetahui bi'ah mereka).
Semuanya bergantung kepada keimanan yang tersimpan di lubuk hati. Tepuk dada, tanyalah iman...

Kepada sahabat2 yang masih meneruskan pengajian kalian di Bumi Urdun semua semoga kita tabah dalam meneruskan perjuangan ini.
Wallahu'alam...



Thursday 8 April 2010

sambungan kisah pemuda malas solat

0 comments
Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

Sahabat2 sekalian, kita cuba ajak kawan2 kita yang tak solat dengan pendekatan seperti ini. kita berusaha untuk sesaudara muslim memperbaiki diri dalam masa yang sama kita berdakwah untuk Islam kepada non muslim.

Perlu ada sikap persaingan yang tinggi untuk ajak orang bukan Islam ke agama kita. jangan kita biarkan sahaja telinga kita mendengar mereka iaitu mubaliqh kristian memperjuangkan untuk memurtadkan orang2 Islam.

Akhir sekali, kita sama2 berdoa untuk kemenangan ISLAM. Semoga kita semua dalam RAHMAT dan REDHA ILAHI.

Waalahu 'Alam..
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template