Thursday 13 January 2011

Airmata Ayah???


Betapa pedihnya hati ini bagaikan dicucuk pisau yang tajam bila terkenangkan ayah menitiskan airmata kerana anak-anaknya. Tanggungjawab seorang ayah sebagai ketua rumah sangat berat. Cuma Dia sahaja yang mengetahui apa yang ada di dalam fikiran seorang ayah dan hanya Dia sahaja yang dapat membaca kotak fikiran seorang ayah.

Gembira, sedih dan menangis semua perasaan itu ayah simpan seorang diri.
Tapi, hari ini suara tangisan dan airmata ayah akhirnya jatuh jua. Apa harus aku lakukan sebagai seorang anak?? Adakah ayah menangis kerana anaknya??atau adakah ini tangisan gembira atau sedih?? aku tidak tahuuu...

Seorang anak, adakah mereka mengetahui sejauh mana tingkah laku dan percakapan mereka itu tidak pernah menyakiti hatinya? terguriskah ayah dengan sikap, satu perkataan atau dengan kalimah yang pendek sahaja daripada anaknya??

Adakah tangisan ayah kerana kehidupan keluarganya?? Ayah tidak pernah mengeluh dengan kehidupan ini. Tapi kenapa dengan hari ini??? Wahai ayah, kenapa ayah menangis??

Seungkap kemaafan dari anak-anakmu. Ucapan terima kasih atas pengorbananmu yang tak terhingga..

Tapi, sampai kini aku tidak tahu kenapa titisan airmata seorang ayah tumpah jua pada hari itu. Akan ku cari penyebabnya kelak..

Ayah, sejuta kemaafan dari anak-anakmu hulurkan kerana titisan airmata mu. Akanku keringkan airmata mu dengan 'sapu tangan kegembiranmu' di kemudian hari. Akan ku cari penyebab airmata mu tumpah ke bumi pada hari itu. Supaya deritamu dapatku selami dan akanku lupuskan penyebab airmata mu tumpah ke bumi ketika itu..


0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template