Sunday 2 January 2011

Prinsip Se usiaku


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun lepas 2010 baru je 2 hari berlalu. Hari ni dengan tarikh 03/01/2011 mulakan dengan azam dan prinsip yang baru. Mungkin ada kawan-kawan yang merasa seronok ingin memulakan azam yang baru dan membuka lembaran baru bagi 2011. Try untuk melupakan memori yang pahit dan masih segar di kotak minda dengan memori manis 2010. So, buka cerita baru, azam baru dan yang paling penting mempunyai prinsip hidup yang baru. Tapi, mungkin ada kawan2 yang hendak kekalkan prinsip hidupnya yang lama dan terus dengan perjalanannya dengan prinsipnya tersebut.

Pada entry kali ini, ingin berkongsi dengan kalian dengan prinsip diriku dari kecik sampai usiaku kini. Dengan sepotong ayat dari ayat 40 dalam surah at-taubah, ku amik dan ku selit dalam kotak prinsip hidupku. " La tahzan innaAllah ma'ana ". Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita. Ayat ini diturunkan kepada nabi Muhammad ketika dia dan sahabatnya Abu Bakar di dalam gua di mana ketika itu orang Quraisy ingin membunuh nabi Muhammad. Bayangkan bagaimana perasaan Abu Bakar yang sangat sedih dan takut sekiranya dia tidak dapat menyelamatkan sahabatnya Nabi Muhammad dan pada masa yang sama orang Quraisy sudah berada di depan pintu gua sejurus mereka sudah masuk, hampir sahaja mereka ditemui oleh Quraisy dan pasti Nabi akan dibunuh. Abu Bakar sangat takut dan sedih sehingga turunnya ayat ini. Bagaimana Allah bersama mereka dan bagaimana mereka diselamatkan dari pandangan Quraisy.. Kawan2 pasti tahu cerita seterusnya kan? (tak yah kite citer :p )

Ingat, setiap detik dan masa kita sentiasa dalam perhatian Allah. Jangan ada rasa sedih, putus asa, dan lebih2 lagi rasa kecewa terhadap kegagalan dalam detik hidup kita. Kerana semua itu pasti ada hikmahnya dan setiap yang berlaku pasti Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita atau pengajaran kepada hambaNya.

Setiap detik kehidupan yang kita tempuh rasailah ia dengan kemanisan Iman, Islam dan Ihsan..
Setiap langkah kita, sentiasa dalam perhatian Allah. Setiap pergerakan dalam akhlak dan adab,
Semuanya dalam pengawasan Allah..

Kadang-kadang, kita tak sedar yang selalu meniti dibibir kita adalah kalimah OMG (oh My God..). Tidak kah kita berfikir kenapa kalimah ini yang mesti diungkapkan tetapi jom, mulai sekarang, tahun 2011 dengan azam dan prinsip baru. Kita biasakan dengan kalimah Ya Allah, aku bermohon... ya Allah, ampunkan hambaMu.. ya Allah, tolong hambaMu selesaikan masalah ini...ya Allah ya Allah ya Allah ya Allah.. SubahanaAllah, betapa cantiknya dan manisnya bibir ini yang sentiasa menyebut dan mengingati nama Tuhannya iaitu Allah Maha Agung..

Jom kawan-kawan sekalian, kita sama2 berdoa semoga sentiasa dalam keredhaan Nya..
Ya Allah, kami bermohon denganMu. Jadikan kami salah seorang hamba yang sentiasa di bawah didikanMu yang sempurna. Bentukkan hati kami yang sentiasa merinduiMu, kotak minda ini yang sentiasa mengingatiMu, bibir ini yang sentiasa menyebut namaMu. Ya Allah, berilah kami petunjuk taufiq dan hidayahMu. Jadikan kami hamba yang soleh dan solehah dan tunjukan jalan ke arahnya. Amin..

So, jangan abaikan hidup kita dengan perkara-perkara yang sia-sia yang boleh membawa kepada kecewa dan sedih. Ingat, Allah sentiasa bersama kita. Jangan lupa untuk meluahkan segalanya kepada Allah dan simpankan impian kita untuk berjumpa dengan Allah..

Selamat tahun baru semua. semoga sentiasa dalam keimanan yang tinggi, amin..

walahua'lam..sekian




0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template