Wednesday 16 March 2011

Motivasikan Diri Anda.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih dikurniakan Islam dan Iman kepada semua dan termasuk diri ana sendiri masih diberi kesempatan untuk menulis entry kali ini. Semoga ia memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kehidupan ini penuh dengan perkara-perkara yang baik dan buruk. Oleh dengan demikian, motivasikan diri dan perasaan kita dengan perkara-perkara positif. Perlulah setiap diri kita ini menentukan perkara-perkara yang perlu kita lakukan pada hari-hari yang kita lalui dengan suatu yang berfaedah. Maksudnya, "jadikanlah hari anda dengan penuh keberkatan".

Cubalah ketika kita mendirikan solat subuh, untuk duduk dengan khusyuk dan menghadapkan diri ke arah kiblat 10 minit, lanjutkan dengan perbanyakkan zikir dan berdoa. Mintalah kepada Allah hari yang indah, hari yang baik dan penuh keberkatan, hari yang bahagia, serta hari yang berisi kejayaan, kesolehan, dan keberuntungan. Mintalah kepadaNya hari tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari yang rezekinya berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungannya luas, atau, hari yang iada kekeruhan di dalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan.

Semua itu datangnya dari Allah. Dari Allahlah kebahagiaan dipinta. Dari Allahlah rezeki diharapkan. Dari Allahlah kebaikan diharapkan. Duduk seperti ini - isya Allah - akan menjadi jaminan bagimu dalam menghadapi hari yang penuh berkah dan bermanfaat.

Janganlah anda hiraukan segala sesuatu yang
tidak mampu anda selesaikan, sebagai
penggantinya, curahkanlah waktu anda
untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu
yang mampu anda perbaiki.

0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template