Monday 11 April 2011

Penulisan Ku Dalam Bab 2


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari isnin lepas selesai juga draf bab 2 dalam disertasi ana. Tak boleh bayangkan betapa seronoknya bila kita telah menghabiskan satu tugasan yang diamanahkan kepada kita. Dengan keringat 4 kerat, usaha yang gigih dan tidak pernah kenal penat lelah, ia adalah satu kepuasan bagi kita bila sudah siap.

Baru 2 bab ana siapkan, dah macam2 penyakit yang ana dapat. Terutama penyakit emosi, kadang2 rasa nak nanggis juga siapkan satu bab, bila penat, mulalah bermonolog dengan diri. "malasnya, rehat jap la. penat la!, esok sambung lagi la."

Beristighfar sekejap.... kesedaran mula datang menerpa diri. " Tak boleh, kene kuat, tak boleh tangguh. Chayok2.., "memberi semangat untuk diri sendiri.

Belum lagi bercerita tentang penyakit lain, kalo ana sendiri ni. kalo dah menaip berjam-jam memang sakit bahu. Lagi2 sakit pinggang duduk lama. Bayangkan duduk sambil menaip berjam-jam dari pagi sampai petang dalam maktabah. huh!!.. Dengan sakit kepala berfikir dan bermain dengan ayat-ayat untuk memperindahkan lagi ayat penulisan kita. Satu lagi masalah mata, duduk berhadapan dengan pc lagi sakit..huhu

Tapi, apa pun semua itu adalah satu amanah dan tugasan seorang pelajar MA. Keseronokan dalam membuat kajian dan menyiapkan disertasi adalah mengajar kita erti kesabaran dan keikhlasan. Disamping itu, menambah pengetahuan kita. Ini kerana pembacaan yang banyak daripada kitab2 dan kajian2 sebelum ini.

Alhamdulillah, draf bab 1 dan 2 dah hantar kat penyelia untuk disemak pagi semalam. lega, huh..
Takut juga, takut banyak pula kene edit balik. So, sekarang boleh la mula cari maklumat tentang Urusetia Saudara Kita (USK) Bahagian Kuching untuk draf bab 3 pula. Tapi maklumat untuk bab ni kene balik Sarawak, cari kat Sarawak library. Best, balik kampungg... Eh, lupa nak bagitau. Ana sedang buat kajian untuk MASTER tentang Kefahaman Dan Pelaksanaan Ibadat Khusus Di Kalangan Saudara Kita di Urusetia Saudara Kita (USK) Bahagian Kuching, Sarawak.

Doakan ana semoga dipermudahkan dalam urusan ini. Amin..
Wassalam..

0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template