Sunday 24 April 2011

Persiapan Sebelum Berumahtangga



Assalamualaikum WBT..

Kebelakangan ini, banyak dapat undangan ke majlis perkahwinan dan pertunangan dari sahabat2 ana. Sahabat2 terdekat lagi tu..tak tahu dapat datang ke tak majlis diorang. Sedihkan kawan rapat tak dapat datang. Tapi nak wat cmne, ana kene balik Sarawak untuk tunaikan amanah sebagai student. Walaupun tak dapat datang ke majlis mereka, ana persembahkan entry kali ini tentang persiapan sebelum berumahtangga. Diharap sahabat2 ana yang akan melangsungkan perkahwinan dan pertunangan pada bulan mei dan jun 2011 ini membaca entry ini sebagai pengganti diri yang tidak dapat datang ke majlis kalian. InsyaAllah (^_^)

So, ana kongsikan penulisan ini..

Apa seharusnya yg harus kita persiapkan dalam menghadapi perkahwinan? Dan apa pula yg harus kita fikirkan sebelum pernikahan? Banyak diantara kita masih mempunyai fikiran keliru dalam menunggu masa pernikahan dilangsungkan dan kadang kala pemikiran-pemikiran yg ada pada waktu itu tidak mendukung keberhasilan dalam berumah tangga.

Cubalah kita bertanya kepada seorang anak gadis menjelang pernikahannya akan dilangsungkan, “Apa yg anda siapkan menjelang nikah?” Maka dia akan menjawab, persiapan-persiapan saya adalah mencatat siapa-siapa sahaja yg akan diundang, baju pengantin yg bagaimana yg akan saya pakai dan sbgnya. Hal yg seperti ini termasuk juga pemikiran bakal suami yg menunggu hari pernikahannya.

Padahal pemikiran yg seperti itu tidak ada hubungannya dengan kebahagiaan dalam perkahwinan. Para calon isteri mahupun suami hanya memikirkan atau terpaku pada suasana hari kenduri nikah kahwin dilangsungkan , namun tidak pernah memikirkan sejauhmana mereka mempersiapkan perkara-perkara yg akan dihadapi setelah upacara doa selamat pernikahan tersebut dilangsungkan. Setelah itu, yg akan dihadapi ialah hakikat dari perkahwinan itu sendiri, bagaimana caranya mendidik isteri dan bagaimana menghadapi masaalah yg mungkin terjadi. Demikian pula bagi si isteri kadang-kala tidak pernah memikirkan bagaimana cara melayani suami dan lain-lain baginya.

Sebenarnya yg harus kita siapkan atau kita fikirkan dalam menghadapi hari pernikahan ialah bagaimana caranya kita menyelesaikan apabila terjadi kemungkinannya yg tidak diinginkan dalam pergaulan suami isteri. Oleh kerana itu kita harus memperhatikan hal-hal sebagai berikut:

1) BELAJAR UNTUK TIDAK BERSIKAP EGO

Yang menjadi masalah, mengapa seseorang itu masih terus memburu dan mencari di dalam cinta dan pilihannya, dan kerana terlalu memilih-milih, akhirnya tidak seorang pun yg berhasil dipilihnya. Seorang yg membujang kerana ia begitu idealis dan terlalu memilih dalam mencari seorang pasangan hidupnya. Hal yg demikian inilah yg menjadi beban mereka sendiri sehingga tetap sahaja membujang. Kerana tidak menemukan pasangan yg sesuai untuk dijadikan suami atau isteri, akhirnya mereka tidak sedar bahawa usianya telah bertambah juga.

Dalam menentukan jodoh, hendaknya jgn terlalu bersifat egois, dan menuntut sesuatu secara sempurna, serta kalau dapat tidak ada kekurangannya, hal yg demikian ini mustahil akan kita temukan, sebab selagi yg namanya manusia pasti ia bersifat kekurangan, kerana adanya sifat kekurangan inilah, dalam kehidupan berumahtangga kita harus saling memperbaiki antara satu dengan yg lain.

Seandainya kita mendapatkan pasangan hidup, maka kita harus menerima kenyataan dan berfikir bahawa pasangan kita itu adalah memang diciptakan Tuhan untuk diri kita. Apa pun kenyataannya kita harus terima. Dengan demikian, maka tidak banyak yg harus kita tuntut dari pasangan hidup kita. Yg penting ialah akhlaq dan budi pekerti yg mulia, kerana akhlaq atau budi pekerti akan mempengaruhi kebahagiaan suatu rumah tangga.

Sikap yg terlalu memilih atau angan-angan yg begitu tinggi terhadap pasangan hidup kita menjelang perkahwinan hanya akan menimbulkan masaalah pada bulan-bulan pertama atau ketiga dalam pernikahan. Mengapa demikian? Sebab biasanya apa yg kita bayangkan kadangkala tidak sesuai sepenuhnya dengan kenyataan yg kita hadapi. Hendaknya kita jangan membayangkan secara berlebih-lebihan terhadap sesuatu tentang calon pasangan kita itu. Sebab bayangan yg terlalu memuncak tinggi akan mengakibatkan suatu kekecewaan yg mendalam. Serta akan menimbulkan sesuatu penyakit hati dalam membina rumah tangga.

2) MENGHADAPI PERKAHWINAN DENGAN SIKAP DEWASA

Apabila kita telah meminang dan menentukan bila hari pernikahan, maka fikiran yg harus dipersiapkan seawal mungkin ialah kita belajar untuk bersikap dewasa. Sebab masaalah yg dihadapi dalam suatu perkahwinan, harus dihadapi secara dewasa. Perkahwinan yg masing-masing pihak (suami dan isteri) yang masih bersikap kanak-kanak, maka rumah tangga akan lama sekali menjadi dewasa, baik dewasa dalam berfikir, dalam masalah kewangan, bergaul dengan jiran tetangga, mendidik anak dan sebagainya.

Bagi seorang bakal suami, lebih dituntut untuk bersikap dewasa, sebab nanti dalam membina rumahtangga maka suamilah yg berkewajipan dan bertanggung-jawab untuk mendidik isterinya. Bagaimana cara mendewasakan seorang isteri bergantung kepada kedewasaan suaminya. Banyak perkahwinan yg gagal disebabkan kurang adanya suatu pengertian antara suami dan isteri. Hal ini disebabkan sikap mereka keduanya yg masih belum dewasa dalam menghadapi suatu masaalah.

3) BERSIAP SEDIA DALAM MENGHADAPI MASALAH YG TIMBUL PADA BULAN-BULAN PERTAMA

Masalah yg agak berat dihadapi ialah pada waktu bulan pertama atau ketiga dalam pernikahan. Inilah yg mengharuskan kita berfikir. Namun fikiran tidak hanya sekadar memikirkannya sahaja melainkan kita harus siap dalam menghadapi dan siap pula dalam mencari jalan keluarnya, dan ini apabila nanti benar-benar terjadi, masalah yg bakal timbul itu adalah pertengkaran-pertengkaran kecil dan salah faham.

Masalah itu timbul biasanya kerana adanya kekecewaan, dan yg paling sering mengalami kekecewaan pada masa pengantin baru ialah di pihak isteri. Mengapa wanit atau isteri merasa kecewa dengan kenyataan yg dihadapinya? Sebab biasana bagi wanita yg menunggu perkahwinan atau antara meminang dengan akad nikah, maka mereka selalu mengkhayalkan sesuatu yg berkaitan dengan perkahwinan dan keluarga. Mereka membayangkan hal-hal yg aneh untuk calon suaminya, termasuk tentang sikap dan tingkah laku suaminya, rumah yg hendak didiaminya dan sebagainya.

Khayalan-khayalan yg sifatnya kebendaan ini setengah dari permulaan adanya sebab timbulnya masaalah pada bulan pertama dalam perkahwinan. Lebih-lebih lagi bagi wanita yg suka mengkhayal, maka setelah memasuki alam perkahwinan sangatlah susah baginya untuk menerima dengan mudah kenyataan-kenyataan hidup yg dialaminya.

Perlulah kita sadari bahawa sebenarnya pada waktu pinangan atau bertunangan, kita tidak semuanya mengetahui baik secara lahiriah mahupun batiniyah sikap dari calon pasangan kita. Baharu setelah menginjak tiga bulan akad nikah, semuanya baru kita sadari kenyataan yg ada pada dirinya. Apabila seorang gadis yg sebelum menikah telah bercita-cita hidup yg lebih baik bila ia menjadi kenyataan, hal ini akan mengakibatkan suatu kekecewaan. Oleh kerana itu bersabarlah dan belajar menerima apa yg ada, serta berdoa dan berusaha, semoga segala impian selama ini akan menjadi kenyataan. Dan yakinilah dengan janji Allah.

Disamping itu, persoalan lain yg harus kita persiapkan utk kita hadapi ialah kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan pasangan hidup kita. Mahu tidak mahu kita harus berusaha sedaya upaya dalam menyesuaikan diri ini. Jika kita tidak belajar untuk menyesuaikan diri ini maka perjalanan rumahtangga kan pincang. Sebab pada hakikatnya, perkahwinan adalah penyatuan segala-galanya dalam hidup suami dan isteri. Apabila setiap hari terjadi pertengkaran karena perbedaan-perbedaan pendapat dan pandangan hidup, maka selamanya rumah tangga tidak akan menemukan suatu ketenangan dalam mencapai kebahagiaan. Itulah sebabnya mengapa agama Islam melarang perkahwinan yg berlainan agama. Sebab dibimbangkan nanti jika sudah berumah tangga dan berkumpul, akan terjadi suatu pertentangan dalam pandangan hidup mereka berdua.

Kemudian masaalah lain yg timbul pada bulan pertama atau ketiga dalam perkahwinan ialah masing-masing pihak mengalami kegoncangan jiwa kerana takut memikul beban dan tanggung jawab dalam berumah tangga. Hal ini timbul mungkin disebabkan kerana isteri memandang bahwa perkahwinan hanya sekadar pertualangan cinta atau percubaan baru tanpa adanya jaminan.

Takut semacam ini menjadikan perkahwinan menjadi suatu kegelisahan dan tidak ada ketenangan. Semua masaalah ini akan dapat kita selesaikan apabila kita betul-betul memahami tujuan dari perkahwinan menurut Islam, iaitu supaya kita menemukan ketenangan dan kedamaian, untuk tercapainya semua ini, sikap percaya pada diri sendiri perlulah ditanamkan.

Wanita Sholihah adalah qonitat (Taat) Hafidzat (Menjaga Diri), Karena Allah telah memelihara (Kehormatan) dirinya. (An Nisa:34)

sumber :http://evisyari.wordpress.com

1 comments:

MBS - Ku Musafir on 28 April 2011 at 16:35 said...

Salam..

terima kasih kerna sharing..
tapi saya pelik la dgn entry kali ni..
kenapa terlalu tekankan bulan 1&3?
kenapa tidak dinyatakan sekali bln kedua?

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template