Saturday 10 September 2011

Kaedah Mengekalkan Perpaduan Dalam Islam

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Isu Perpaduan Dunia Islam.

Isu perpaduan dunia Islam merupakan isu lama yang berulang. Bermula sejak kewafatan Sayidina Uthman bin ‘Affan dan Sayidina Ali bin Abi Talib. Ekoran peristiwa itu muncullah kumpulan Sunni dan Syi’ah yang membawa perpecahan besar masyarakat Islam, terutama pada zaman peralihan Kerajaan Bani Umaiyah kepada Kerajaan ‘Abbasiyah. Rentetan daripada itu muncullah kerajaan-kerajaan kecil yang berselerakan di seluruh dunia Islam. Bagaimanapun usaha ke arah perpaduan mestilah diusahakan, terutama pada peringkat Negara bangsa yang boleh dianggap sebagai tahap awal yang perlu dilakukan umat Islam.

Firman Allah SWT bermaksud:

“ Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam) edan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan antara hati-hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmat Allah (Islam) itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu daripadanya…”

(Ali ‘Imran: 103).

Demikian juga sabda Rasulullah SAW:

“ Hampir masanya di mana seluruh bangsa (kuffar) bertungkus lumus ingin menguasai kamu (umat Islam) bagaikan orang yang lapar menyantap hidangan yang sedang terhidang. “ Para sahabat bertanya: “ Adakah kami sedikit bilangannya wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW: “Bahkan (tidak)! Kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu (bagaikan) buih banjir…”

(H.R. Dawud, Sunan, Kitab al-malahim, bab 5).

Dalil ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan itu sangat penting di kalangan umat Islam. Disimpulkan sebagai berikut:

  • Selamat daripada kemurkaan Allah
  • Umat Islam akan sentiasa kuat
  • Selamat daripada ancaman musuh
  • Perpaduan membawa keberkatan

Kaedah Mengekalkan Perpaduan Dalam Islam.

Antara kaedah mengekalkan perpaduan itu sendiri harus diusahakan oleh mereka yang menyedari tanggungjawab ini, antara lain ialah:

  • Menghayati Tuntutan Jihad Dan Dakwah

Menurut Ibn Taimiyah: Jihad ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dikasihi Allah dari segi meningkatkan keimanan dan amal salih dan bersungguh-sungguh juga berusaha untuk membasmi segala bentuk kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan dalam masyarakat.”Dakwah pula ialah menyeru atau mengajak kea rah kebenaran dan kebaikan sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Mengajak masyarakat ke arah perpaduan adalah sebahagian daripada kerja dakwah yang dituntut oleh Islam. Oleh itu bersungguh-sungguh melakukannya adalah sebahagian daripada jihad.

  1. Kepentingan jihad dan dakwah dalam Islam

Jihad dan dakwah adalah ibarat pagar kepada tanaman atau pengawal kepada barangan berharga. Oleh kerana agama merupakan asas dan dasar dalam kehidupan. Sekiranya ia tidak dikawal dan dipagar nescaya ianya mudah rosak dan hilang. Antaranya kepentingannya dapat digariskan seperti berikut:

a) Membendung hawa nafsu yang sentiasa cintakan sesuatu yang dilarang Allah dan RasulNya SAW.

b) Menentang syaitan yang menyesatkan umat manusia daripada landasan sirat al-mustaqim (jalan yang benar dan lurus menuju keredhaan Allah SWT).

c) Menentang kafir yang memusuhi dan memerangi agama Islam dan umat Islam.

d) Menentang golongan munafiq yang sentiasa berhasrat melaga-lagakan umat Islam dan anggota masyarakat, kerana sifat dengki yang menyelubungi jiwanya.

e) Menyekat kezaliman dan kefasikan yang berlaku dalam masyarakat agar keamanan dapat ditegakkan dan penganiayaan dihapuskan.

  1. Uslub (Kaedah dan Pendekatan) Jihad dan Dakwah

a) Dengan cara berhikmah dan bijaksana (dengan ilmu dan pengalaman) bukan secara bernafsu.

b) Dengan pengajaran yang terbaik selaras dengan tuntutan wahyu iaitu, berasaskan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

c) Mujahadah (perdebatan) secara harmoni tidak dalam bentuk pertengkaran yang bertujuan mencari menang atau menegak benang basah.

Firman Allah SWT: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…

(al-nahl 125)

  1. Pendekatan Teknikal

a) Kerjasama Ulama dan Pemimpin

Para ulama dan para pemimpin adalah dua kumpulan yang berpengaruh dalam masyarakat. Kebaikan dan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat merekalah yang akan dipertanggungjawab. Rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana ulama. Oleh itu dua golongan ini mesti wujudkan meja rundingan dan muzakarah secara ikhlas dan terbuka bagi mencari jalan penyelesaian dam mengembalikan semula umat Islam ke titik pertemuan yang boleh dipersetuui bersama, iaitu kembali kepada perpaduan yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

b) Menyekat pintu-pintu kerosakan

Kebejatan social ibarat penyakit pada fizikal. Tidak ada gunanya berubat jika terus terlibat dengan pembawa kuman penyakit tanpa inisiatif untuk berpantang. Demikian juga penyakit social tidak ada gunanya ceramah, nasihat dan motivasi tanpa untuk menyekat pintu-pintu yang membawa kerosakan tersebut. Contoh, gagalnya membasmi penagih dadah jika tidak dihukum pengedarnya. Pengedar tidak mungkin disekat tanpa dibasmi segala sarang-sarang maksiat dan pusat-pusat hibuuran dan media-massa yang menjurus kea rah kegiatan tersebut. Demikian juga soal perpaduan dalam masyarakat. Kiranya tidak disekat segala punca yang boleh membawa kea rah permusuhan bermakna mendedahkan masyarakat kea rah kehancuran.

c) Mempelbagaikan program kesedaran

Program yang boleh memantapkan jati diri khususnya para remaja, terutama di peringkat kolej dan universiti haruslah diperbanyakan. Sebagai contoh; ceramah, motivasi, kursus dan sebagainya termasuk kegiatan sukan, rekreasi dan aktiviti bermanfaat lainnya yang dilaksanakan secara betul dan diawasi oleh para fasilitator yang berpegalaman. Program-program seperti ini sebagai usaha tambahan bagi memantapkan kualiti diri, sekaligus sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit minda, jiwa dan akhlak yang menjadi punca terancamnya ketamadunan manusia.

d) Mata pelajaran pendidikan agama sivik dan adab

Perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah, kursus-kursus kesedaran kekeluargaan dan penjagaan anak-anak perlu dipertingkatkan. Termasuk juga mata pelajaran ko-kurikulum yang boleh membina kecergasan minda dan semangat patriotic di kalangan rakyat.

e) Media massa mestilah diwujudkan kerjasama erat dengan kerajaan dan rakyat

Agar berita dan rencana yang dimuatkan boleh membantu kea rah membudayakan ilmu dalam masyarakat, membina nilai-nilai murni dam memupuk perpaduan. Selain itu juga elemen hiburan yang melampaui batas syarak dan gambar-gambar selebriti yang mendedahkan aurat yang membangkitkan kemarahan di kalangan ulama dan umat Islam perlu ditapis dan disekat.

  1. Wasilah (Media) Jihad dan Dakwah

a) Melalui bahasa badan seperti menunjukkan memek muka, senyum yang menyenangkan hati orang yang didekati, menunjukkan sifat penyayang, marah dan seumpamanya.

b) Melalui lisan pengajaran dan nasihat yang berguna dan boleh meyakinkan org yang didekati. Boleh dilakukan melalui ceramah, tazkirah, forum dan lain-lain.

c) Melalui kuasa politik yang boleh membuat pengarahan dan seumpamanya.

d) Melalui pendidikan dan pengajaran di sekolah dan di institute pendidikan.

e) Melalui kegiatan penulisan, seperti majalah, akhbar, buku dan lain-lain.

Wednesday 7 September 2011

10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri

0 comments

Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini saya berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri.

1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri anda, anda baikinya.

3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.

4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu.

7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.

9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

10. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.

Insya-Allah anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda.

Sesungguhnya anda ialah insan yang mulia dan cemerlang.

Insan yang mulia dan cemerlang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya!

- Artikel iluvislam.com

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template