Assalamualaikum
sahabat2 yang sentiasa berkunjung My blog “Dzatun Nithaqaini”
Bismillahirrahmannirrahim, ana mulakan..
Alhamdulillah, ana diberi peluang lagi untuk update blog
kesayangan ana ini.. semoga entry kali ini sebagai perkongsian yang bermanfaat
kepada kita semua. Semoga Allah SWT memberkati usaha penulisan ini..
sweetkan gambar ni... (^_^)
Perkahwinan adalah sebuah kehidupan yang menarik dan menggembirakan yang ditunggu oleh setiap insan. Yela, siapa yang tidak inginkan seorang teman yang sentiasa menemani di sisinya 24 jam setiap hari. Daripada teman ketika makan sehinggalah teman semasa bertahajud. Sungguh indah alam perkahwinan yang dibayangkan oleh setiap insan yang terbuka hatinya untuk menyempurnakan sunnah ini.
Perkahwinan adalah sebuah kehidupan yang menarik dan menggembirakan yang ditunggu oleh setiap insan. Yela, siapa yang tidak inginkan seorang teman yang sentiasa menemani di sisinya 24 jam setiap hari. Daripada teman ketika makan sehinggalah teman semasa bertahajud. Sungguh indah alam perkahwinan yang dibayangkan oleh setiap insan yang terbuka hatinya untuk menyempurnakan sunnah ini.
Perkahwinan
yang bahagia dan diredhai bukanlah senang untuk diperoleh. Ada syarat-syarat
yang perlu kita lakukan. Tapi bukanlah susah dan tidak logik seperti syarat
untuk meminang Putri Gunung Ledang. Namun , ia memerlukan mujahadah yang tinggi
dan pengorbanan yang tulus. Untuk mendapatkan kebahagiaan dan keredhaan
memerlukan satu lagi elemen yang berkait rapat iaitu KEBERKATAN.
Keberkatan adalah anugerah dari Allah kepada hambaNya yang sentiasa mengikuti
garis panduan yang ditetapkan. Yang menjaga dosa dan pahala, halal dan
haram.
Persoalannya
bagaimanakah caranya untuk mendapatkan keberkatan ini?
Keberkatan
ialah satu benda yang suci dan tidak akan sesekali diperoleh dengan cara yang
kotor. Cuba kita
lihat berapa banyakkah kes cerai di negara kita terutama di kalangan
artis-artis terkenal. Bercinta bertahun-tahun bagai nak rak, berkahwin secara
besar-besaran tapi akhirnya tidak sampai berapa bulan bercerai. Ya, mungkin
kita kata tiada jodoh. Tapi faktor sebenarnya ialah tiadanya keberkatan.
Kenapakah saya mengatakan tiada keberkatan? Lihatlah bagaimana proses sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.
Kenapakah saya mengatakan tiada keberkatan? Lihatlah bagaimana proses sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.
Kapel/Bercinta
Kapel pada
masa ini sudah menjadi kebiasaan yang terlampau biasa. Dari budak sekolah
hinggalah budak U. Majoriti berkapel. Kehidupan mereka yang berkapel ini
seolah-olah seperti suami isteri yang sah. Bergayut, pawagam, shopping,
bertukar-tukar hadiah dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan saat
berkapel ini. Dan kadang-kadang terlanjur sedikit ‘beringan-ringan’(nauzubillah).
Indah sangat saat ini dirasakan. Dunia ini seolah-olah milik mereka.
Tetapi kalian tidak sedar yang keseronokan ini hanyalah berdasarkan nafsu
semata. Kalian ditipu bulat-bulat oleh Iblis laknatullah. Beginikah
perjalanan kalian untuk menjadi sah? Perjalanan yang penuh dengan dosa dan
maksiat. Mengetepikan halal dan haram. Kenikmatan yang sepatutnya halal hanya
ketika bergelar suami isteri sudah dikecapi. Cuba fikirkan bagaimana KEBERKATAN akan diperoleh jika
perjalanan sebelum perkahwinan seumpama ini.
Pertunangan/Bait
Muslim(BM)
Syabas bagi
mereka yang bertunang atau telah melalui proses BM ini. Namun saya agak
terkilan segelintir mereka yang menyalahgunakan kaedah pertunangan atau
BM ini. Walhal mereka adalah orang yang faqih atau faham pengertian ikhtilat.
Kebanyakan mereka digoda secara halus oleh syaitan, sedikit demi sedikit
akhirnya tewas. Mungkin mereka tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang
berkapel yang saya sebutkan di atas seperti tidak bertemu secara bedua-duaan.
Tapi syaitan adalah seekor makhluk yang bijak memperdayakan manusia.
Dibisikkan di telinga berhubung atas dasar keperluan. Padahal perkara itu
jika tidak dilakukan tidak mendatangkan mudarat pun terhadap hubungan. Lama
kelamaan bila dah terbiasa perasaan bersalah akan hilang dan bermulalah dosa
dan maksiat dalam pertunangan/BM. Mulalah episod yang tidak diredhai dalam pertunangan/BM.
Bersms dengan panggilan-panggilan yang manja, bergayut kerana kerinduan.
Bila ini terjadi apakah bezanya dengan kapel yang kalian sendiri ingin tegah?
Kadang-kadang
perkara ini terlampau kecil untuk dilihat dengan pandangan yang dikaburi nafsu.
Lihatlah dengan mata hati. Duduk sejenak dan muhasabah dengan ilmu dan iman
untuk melihat. Maksiat-maksiat ini lah yang nanti akan menutup pintu KEBERKATAN di alam perkahwinan nanti. Simpanlah
kemanisan dan kenikmatan itu untuk dikecapi semasa bergelar suami isteri yang
mana mendatangkan pahala kepada kita bukannya dinikmati sekarang yang
menumpahkan dosa kepada kita.
“Sesungguhnya
orang mukmin melihat dosa itu seperti gunung yang akan menghempapnya bila-bila
masa. Sedangkan orang munafik melihat dosa seperti lalat yang hinggap di
hidungnya, ditepisnya begini dan begitu” -Hadis
Ana doakan kalian dan ana sendiri dihindari dari maksiat-maksiat seumpama ini.. (^_^)
--Perkongsian
dari sahabat ana kpd shabat2 perjuangan,insyAllah—
0 comments:
Post a Comment