Thursday, 6 February 2014

1 comments
Tengah menunggu untuk masuk kelas...
 
Fuhh, fuhh, fuhhhh...
Tebalnya debu kat my blog. lamer dah tak buka, rasanya dah setahun. Sekarang lebih kepada mode sibuk dengan students. Cepat masa berlalu, dah ke alam pekerjaan.. bila duduk dalam alam ini berbeza pada alam persekolahan menengah dan universiti. cantiknya dan bijaknya Allah mencorak dan mengatur kehidupan setiap hambaNya.
 
Macam-macam pengalaman yang kiter tempuh. Manis, pahit dan tawar pun ade.. Tapi semuanya menjadi pengajaran kepada kehidupan yang akan mendatang. Kawan pun semakin ramai, bermacam rakam dan kerenah, tapi Allah akan tetap bersama hambaNya..
 
Nanti sambung lagi.. InsyaAllah, akan sentiasa update semula my blog.

Saturday, 1 December 2012

Peringatan !!

0 comments
Assalamualaikum WBT...

Rasanya sudah lama ana tak 'update' blog.. Tibe2 teringat dengan blog, my blog adalah salah satu cara ana mengajak sahabat2 merenung dan berfikir sejenak dan yang paling penting kita sama2 muhasabah diri..

Terasa kosong minda dan hati bila tidak diisi dengan ilmu. Terasa jauh dari dunia bila satu hari apatah lagi seminggu, 2 minggu atau sebulan tidak membaca atau mengorek ilmu baru. Asyik sibuk dengan kerja, ana rasa ada 'something' yang kosong di dada yang tidak diisi.. Oh, patut la rasa kosong, 2 hari dah tak buka ilmu (buku/kitab) untuk dibaca.. Tambahan juga, 2 minggu dah tak buat usrah dengan adik-adik, macam2 je halangan bila kami dah pilih tarikh.. 


Ya Allah, bersyukur dan terima kasih kepadaMu kerana masih diberi peringatan serta taufiq dan hidayah dalam tuntutan ilmuMu.. 

Sahabat-sahabat, renung dalam diri kita, muhasabah sebelum tidur.. apa yang kita dah buat and apa yang patut kita lakukan tetapi tidak dilakukan lagi.. Dalam setiap detik kita, pernafasan kita adakah sentiasa bersama Allah? Renung sejenak..

Adalah sangat rugi apabila diri seorang hamba yang lalai untuk tidak mengingatiNya.. Latih dalam setiap hembusan pernafasan kita dengan kalimah Allah.. Jangan ada sedetik pun terlepas dari menyebut namaNYA..

Kita akan merasa tenang dalam melakukan setiap langkah perjuangan atas titian yang membawa kepada ibadah.. Kita inginkan setiap perbuatan kita menjadi satu ibadah.. InsyaAllah, setiap yang kita lakukan tidak akan sia-sia..

Sengaja ana mengajak sahabat2 untuk berfikir dan ia juga menjadi peringatan kepada ana sendiri dan sahabat2 sekalian.. Jom sama-sama membentuk peribadi yang mulia..

Teringat satu kata-kata yang boleh ana kongsikan di sini :
" Peribadi yang mulia ialah pandai dan percaya akan kekuatan dirinya sendiri, akal, perasaan dan kemahuan yang sudah ada dalam jiwa sejak dalam kandungan. "

waallahu 'alam.. 

Monday, 15 October 2012

Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan

0 comments

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang Allah bagi kepada kita semua dan keranaNya ana dapat berkongsi satu hadith kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga ia menjadi I’tibar kepada kita semua.. Jom, ana mengajak sahabat-sahabat semua merenung dalam masa seminit hadith ini dan fikir-fikirkan..


Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”
 
Riwayat at-Thabrani

Huraian

i) Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan.

ii) Kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

iii) Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.

iv) Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama.

v) Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.


Wallahu ‘alam…
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template