Thursday, 6 February 2014
Saturday, 1 December 2012
Peringatan !!
Terasa kosong minda dan hati bila tidak diisi dengan ilmu. Terasa jauh dari dunia bila satu hari apatah lagi seminggu, 2 minggu atau sebulan tidak membaca atau mengorek ilmu baru. Asyik sibuk dengan kerja, ana rasa ada 'something' yang kosong di dada yang tidak diisi.. Oh, patut la rasa kosong, 2 hari dah tak buka ilmu (buku/kitab) untuk dibaca.. Tambahan juga, 2 minggu dah tak buat usrah dengan adik-adik, macam2 je halangan bila kami dah pilih tarikh..
Teringat satu kata-kata yang boleh ana kongsikan di sini :
" Peribadi yang mulia ialah pandai dan percaya akan kekuatan dirinya sendiri, akal, perasaan dan kemahuan yang sudah ada dalam jiwa sejak dalam kandungan. "
waallahu 'alam..
Monday, 15 October 2012
Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan
i) Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan.
ii) Kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
iii) Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.
iv) Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama.
v) Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.
Thursday, 20 September 2012
Hilangnya KEBERKATAN Perkahwinan Itu...
Perkahwinan adalah sebuah kehidupan yang menarik dan menggembirakan yang ditunggu oleh setiap insan. Yela, siapa yang tidak inginkan seorang teman yang sentiasa menemani di sisinya 24 jam setiap hari. Daripada teman ketika makan sehinggalah teman semasa bertahajud. Sungguh indah alam perkahwinan yang dibayangkan oleh setiap insan yang terbuka hatinya untuk menyempurnakan sunnah ini.
Kenapakah saya mengatakan tiada keberkatan? Lihatlah bagaimana proses sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.
Saturday, 25 August 2012
Ei'dul Fitri
Monday, 23 July 2012
Tersedar Dari Lamunan .....
Wednesday, 13 June 2012
Tenangnya Hati Ini.
Thursday, 12 April 2012
Hormati Anakmu
Keyakinan Kita Terhadap Allah SWT
Sunday, 1 April 2012
Motivasi Diri..
Saturday, 25 February 2012
Cerita NIKAH
Saturday, 18 February 2012
Matlamat 1433H / 2012M
Pejam pelik, dah masuk 1433H /2012M.. Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari. .Adakah begitu juga perkara-perkara yang kita lakukan sepanjang kehidupan, semenjak kita sudah tahu membezakan baik buruk sehingga dewasa seperti ini ditimbang dengan betul?? Muhasabah diri kita setiap hari!
Alhamdulillah, kerna Iman dan Islam kita masih diberi kesempatan untuk menilai setiap nikmat yang Allah SWT kurniakan untuk kita dan bersyukur itu adalah satu ungkapan yang begitu indah untuk diluahkan kepadaNya..
Sehingga hari ini, sebagai hamba kita masih perlu bersyukur dan bersabar dengan setiap dugaan, cabaran dan kebahagian yang Allah berikan kepada kita.. Banyak dugaan yang ditempuhi dan begitu juga dengan kebahagiaan yang kita rasai.. Semuanya perlu diungkapkan dengan bersyukur walaupun pahit yang ditelan.. Jangan mudah mengeluh dengan sesuatu yang kita rasai susahnya dugaan tersebut tetapi disebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan yang besar Allah SWT ingin berikan di kemudian harinya..
Dan hari ini juga, kita akan teruskan dengan bersabar untuk setiap inci kehidupan dengan bermacam-macam onak duri di muka bumi ini yang sentiasa mengekori dari arah belakang kita.. Dengan bersyukur dan bersabar la yang akan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat..
Belajar untuk menjadi orang yang bersyukur dan bersabar..
Tahun 1433H sudah bermula.. Azam ana kali ini adalah untuk meningkatkan lagi keperibadian menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dan bersabar. Amin..
Wallahu'alam..
Saturday, 10 September 2011
Kaedah Mengekalkan Perpaduan Dalam Islam
Isu Perpaduan Dunia Islam.
Isu perpaduan dunia Islam merupakan isu lama yang berulang. Bermula sejak kewafatan Sayidina Uthman bin ‘Affan dan Sayidina Ali bin Abi Talib. Ekoran peristiwa itu muncullah kumpulan Sunni dan Syi’ah yang membawa perpecahan besar masyarakat Islam, terutama pada zaman peralihan Kerajaan Bani Umaiyah kepada Kerajaan ‘Abbasiyah. Rentetan daripada itu muncullah kerajaan-kerajaan kecil yang berselerakan di seluruh dunia Islam. Bagaimanapun usaha ke arah perpaduan mestilah diusahakan, terutama pada peringkat Negara bangsa yang boleh dianggap sebagai tahap awal yang perlu dilakukan umat Islam.
Firman Allah SWT bermaksud:
“ Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam) edan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan antara hati-hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmat Allah (Islam) itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu daripadanya…”
(Ali ‘Imran: 103).
Demikian juga sabda Rasulullah SAW:
“ Hampir masanya di mana seluruh bangsa (kuffar) bertungkus lumus ingin menguasai kamu (umat Islam) bagaikan orang yang lapar menyantap hidangan yang sedang terhidang. “ Para sahabat bertanya: “ Adakah kami sedikit bilangannya wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW: “Bahkan (tidak)! Kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu (bagaikan) buih banjir…”
(H.R. Dawud, Sunan, Kitab al-malahim, bab 5).
Dalil ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan itu sangat penting di kalangan umat Islam. Disimpulkan sebagai berikut:
- Selamat daripada kemurkaan Allah
- Umat Islam akan sentiasa kuat
- Selamat daripada ancaman musuh
- Perpaduan membawa keberkatan
Kaedah Mengekalkan Perpaduan Dalam Islam.
Antara kaedah mengekalkan perpaduan itu sendiri harus diusahakan oleh mereka yang menyedari tanggungjawab ini, antara lain ialah:
- Menghayati Tuntutan Jihad Dan Dakwah
Menurut Ibn Taimiyah: Jihad ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dikasihi Allah dari segi meningkatkan keimanan dan amal salih dan bersungguh-sungguh juga berusaha untuk membasmi segala bentuk kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan dalam masyarakat.”Dakwah pula ialah menyeru atau mengajak kea rah kebenaran dan kebaikan sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Mengajak masyarakat ke arah perpaduan adalah sebahagian daripada kerja dakwah yang dituntut oleh Islam. Oleh itu bersungguh-sungguh melakukannya adalah sebahagian daripada jihad.
- Kepentingan jihad dan dakwah dalam Islam
Jihad dan dakwah adalah ibarat pagar kepada tanaman atau pengawal kepada barangan berharga. Oleh kerana agama merupakan asas dan dasar dalam kehidupan. Sekiranya ia tidak dikawal dan dipagar nescaya ianya mudah rosak dan hilang. Antaranya kepentingannya dapat digariskan seperti berikut:
a) Membendung hawa nafsu yang sentiasa cintakan sesuatu yang dilarang Allah dan RasulNya SAW.
b) Menentang syaitan yang menyesatkan umat manusia daripada landasan sirat al-mustaqim (jalan yang benar dan lurus menuju keredhaan Allah SWT).
c) Menentang kafir yang memusuhi dan memerangi agama Islam dan umat Islam.
d) Menentang golongan munafiq yang sentiasa berhasrat melaga-lagakan umat Islam dan anggota masyarakat, kerana sifat dengki yang menyelubungi jiwanya.
e) Menyekat kezaliman dan kefasikan yang berlaku dalam masyarakat agar keamanan dapat ditegakkan dan penganiayaan dihapuskan.
- Uslub (Kaedah dan Pendekatan) Jihad dan Dakwah
a) Dengan cara berhikmah dan bijaksana (dengan ilmu dan pengalaman) bukan secara bernafsu.
b) Dengan pengajaran yang terbaik selaras dengan tuntutan wahyu iaitu, berasaskan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.
c) Mujahadah (perdebatan) secara harmoni tidak dalam bentuk pertengkaran yang bertujuan mencari menang atau menegak benang basah.
Firman Allah SWT: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…
(al-nahl 125)
- Pendekatan Teknikal
a) Kerjasama Ulama dan Pemimpin
Para ulama dan para pemimpin adalah dua kumpulan yang berpengaruh dalam masyarakat. Kebaikan dan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat merekalah yang akan dipertanggungjawab. Rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana ulama. Oleh itu dua golongan ini mesti wujudkan meja rundingan dan muzakarah secara ikhlas dan terbuka bagi mencari jalan penyelesaian dam mengembalikan semula umat Islam ke titik pertemuan yang boleh dipersetuui bersama, iaitu kembali kepada perpaduan yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
b) Menyekat pintu-pintu kerosakan
Kebejatan social ibarat penyakit pada fizikal. Tidak ada gunanya berubat jika terus terlibat dengan pembawa kuman penyakit tanpa inisiatif untuk berpantang. Demikian juga penyakit social tidak ada gunanya ceramah, nasihat dan motivasi tanpa untuk menyekat pintu-pintu yang membawa kerosakan tersebut. Contoh, gagalnya membasmi penagih dadah jika tidak dihukum pengedarnya. Pengedar tidak mungkin disekat tanpa dibasmi segala sarang-sarang maksiat dan pusat-pusat hibuuran dan media-massa yang menjurus kea rah kegiatan tersebut. Demikian juga soal perpaduan dalam masyarakat. Kiranya tidak disekat segala punca yang boleh membawa kea rah permusuhan bermakna mendedahkan masyarakat kea rah kehancuran.
c) Mempelbagaikan program kesedaran
Program yang boleh memantapkan jati diri khususnya para remaja, terutama di peringkat kolej dan universiti haruslah diperbanyakan. Sebagai contoh; ceramah, motivasi, kursus dan sebagainya termasuk kegiatan sukan, rekreasi dan aktiviti bermanfaat lainnya yang dilaksanakan secara betul dan diawasi oleh para fasilitator yang berpegalaman. Program-program seperti ini sebagai usaha tambahan bagi memantapkan kualiti diri, sekaligus sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit minda, jiwa dan akhlak yang menjadi punca terancamnya ketamadunan manusia.
d) Mata pelajaran pendidikan agama sivik dan adab
Perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah, kursus-kursus kesedaran kekeluargaan dan penjagaan anak-anak perlu dipertingkatkan. Termasuk juga mata pelajaran ko-kurikulum yang boleh membina kecergasan minda dan semangat patriotic di kalangan rakyat.
e) Media massa mestilah diwujudkan kerjasama erat dengan kerajaan dan rakyat
Agar berita dan rencana yang dimuatkan boleh membantu kea rah membudayakan ilmu dalam masyarakat, membina nilai-nilai murni dam memupuk perpaduan. Selain itu juga elemen hiburan yang melampaui batas syarak dan gambar-gambar selebriti yang mendedahkan aurat yang membangkitkan kemarahan di kalangan ulama dan umat Islam perlu ditapis dan disekat.
- Wasilah (Media) Jihad dan Dakwah
a) Melalui bahasa badan seperti menunjukkan memek muka, senyum yang menyenangkan hati orang yang didekati, menunjukkan sifat penyayang, marah dan seumpamanya.
b) Melalui lisan pengajaran dan nasihat yang berguna dan boleh meyakinkan org yang didekati. Boleh dilakukan melalui ceramah, tazkirah, forum dan lain-lain.
c) Melalui kuasa politik yang boleh membuat pengarahan dan seumpamanya.
d) Melalui pendidikan dan pengajaran di sekolah dan di institute pendidikan.
e) Melalui kegiatan penulisan, seperti majalah, akhbar, buku dan lain-lain.
Wednesday, 7 September 2011
10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri
Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini saya berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri.
1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri anda, anda baikinya.
3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu.
7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.
9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
10. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.
Insya-Allah anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda.
Sesungguhnya anda ialah insan yang mulia dan cemerlang.
Insan yang mulia dan cemerlang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya!


