Wednesday, 24 February 2010

Semangat Hari Ini..

0 comments
Semangat hari ini …….


HARI ini seperti hari-hari yang berlalu. Ada sahaja perkara yang diinginkan, ada sahaja perkara yang diperjuangkan. Ia juga sebagai kesinambungan pada perjuangan-perjuangan yang telah berlalu.

Kehidupan ini tak menentu laksana angin yang menderu. Hidup bagaikan gelombang laut yang sering memulas dan menghempas. Perjuangan tak pernah putus malah silih berganti, namun kemenangan hanya untuk yang tabah dan berani.

Ada di kalangan kita apabila setiap kali menjelang pagi, mereka berkesempatan memperbaharui azam untuk menyemarakkan lagi perjuangan-perjuangan yang bakal tiba. Biar apa pun azamnya, biar apa pun alasannya walau beraneka dugaan yang tiba atau biar apa pun musibabnya walau yang datang dalam bentuk yang tiada diduga namun hidup mesti diteruskan , malah mesti dirempuh dan ditempuh.

Setiap saat kehidupan ini sebenarnya adalah perjuangan, sama ada dalam hal mencari rezeki, mengurus rumah tangga dan sebagainya. Malah memberi kemaafan juga adalah perjuangan kerana ianya adalah sifat terpuji serta ketinggian budi yang boleh membuat musuh besar menjadi teman.

Lantaran itu, keberanian perlu ada pada setiap manusia. Keberanian perlu ada pada setiap jiwa yang bersih, sihat dan luhur. Manakala jiwa yang cemar adalah jiwa yang sakit, lemah, mudah goyang oleh keadaan tiada pendirian. Mudah cemas dan bimbang bila ada pertembungan dengan kejadian malang, musibah dan sebagainya. Malah mungkin saja tumbang bila berhadapan dengan keadaan yang getir dan mencabar.

Prof. Dr. Hamka pernah berkata: “ Barang siapa tidak sanggup atau tidak berani menguasai diri, juga harap dia akan sanggup menguasai orang lain. Bukan keberanian kalau hanya sanggup berkelahi, tetapi keberanian ialah kesanggupan melawan nafsu. Tanda berani ialah sikap tenang walau bagaimana hebatnya dugaan yang datang. ”

Sunday, 22 November 2009

berdoa untuk keteguhan hati

0 comments
Kunci sukses ada di dalam hati.
Sukses di dunia dan di akhirat.
Hati adalah sumber akhlaq, tingkah laku, cara berpikir, perasaan,
dan tentu saja tempat iman dan taqwa.

Memang tidak mudah menjaga keteguhan hati. Dan, salah satu cara untuk menjaganya ialah dengan memohon kepada Sang Pemilik hati kita, iaitu Allah SWT. Bahkan Rasulullah saw pun, selalu berdo’a agar hati beliau tetap teguh.

Dalam hadits riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya ra., berkata,
"Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja."

Inilah kunci sukses. Saat hati kita sedang semangat, maka mintalah kepada Allah untuk meneguhkan hati kita agar tetap semangat. Semangat akan menghasilkan tindakan luar biasa dan tindakan luar biasa akan menghasilkan sukses luar biasa. Semua berawal dari hati, dan Allah yang membolak-balikkan hati kita, maka berdo’alah. Yang membolak-balikkan hati kita adalah Allah. Jadi mintalah keteguhan hati kepada Allah.

Wednesday, 16 September 2009

Sepanjang Kaki Melangkah

0 comments
Tanpa disedari waktu berlalu begitu pantas. Sepantas kilat yang menyambar. Islam mengajar kita agar menghargai waktu kerana setiap detik waktu adalah bernilai ibadah. Tidak perlu menunggu waktu tertentu utk membuat pahala kerana apa jua kerja yg kita lakukan asalkan baik dan diniatkan kerana Allah SWT akan diberi pahala. Namun tidak dinafikan kesibukan telah menjadikan kita lupa arah dan tujuan hidup. Cuba kita berhenti seketika utk merenung di mana kita sedang berada dan ke mana akhirnya kehidupan kita dan apa pula persiapan kita utk semua itu.

Sesuai dgn sifat zaman; masa yg berganti zaman juga berubah. Umat Islam terpaksa menghadapi realiti hidup yang terpisah-pisah dgn undang2 yg tidak lagi menyatukan mereka dgn umat Islam lain di negara yang berbeza. Perang di sana sini masih panjang dan masih berdarah. Bukankah ketenangan itu seharusnya menjadi milik kita? tetapi kenapa pula suasana hari ini berlawanan daripada hakikat itu semua; lahirnya pemuda pemudi dgn jiwa kosong dan sebagainya. Dimana silapnya? Bukankah manusia itu tidak hanya pada fizikalnya semata-mata. Tetapi sebaliknya memiliki jiwa utk diisi dgn keimanan dan ketakwaan yg akan menjadikan jiwa kita kuat dan kental, pasrah dan sabar seterusnya membangkitkan keazaman dan ketinggian jiwa? Berapa kali kita meneliti hati kita di depan cermin keimanan agar kita dapat melihat kecacatan jiwa kita dan berapa kali kita hiaskan jiwa kita dan mengemaskinikan akhlak kita?

Hakikatnya masa terus berlalu meninggalkan kita dan ketenangan akan tetap bersemadi kukuh menjadi lipatan sejarah. Jadilah semalam sebagai pengajaran, esok sebagai harapan dan hari ini sebagai medan beramal. Mukmin yg sedar akan hakikat ini akan tersungkur sujud kepada Yang Maha Pencipta dan menguruskan alam yang hebat ini dgn penuh keinsafan dan rendah diri lalu terlerailah keegoan yg menjadi benteng antara kebatilan dan kebenaran semasa kita semua akan terus bersatu sesama Islam . Apa jua pembaharuan dalam apa jua bentuk pastikan dapat mencerminkan imej yang positif terhadap Islam dari semasa ke semasa.
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template