Tuesday, 6 April 2010

KEMATANGAN perlu ada dalam KOMUNIKASI

0 comments
Kehidupan ini perlukan KEMATANGAN untuk membuat setiap keputusan. Dan asas kebahagian dlm setiap perhubungan (keluarga, persahabatan,suami isteri dll.) perlukan KOMUNIKASI yang baik..

Kita tidak akan lari daripada membuat keputusan yang salah. Sekiranya terjadi keputusan yang salah…. siapa yang anda hendak salahkan?

Orang yang berjaya menyalahkan diri sendiri apabila tersilap membuat keputusan. Walaupun, sekiranya terdapat pihak lain yang menyebabkan kesilapan dalam keputusan yang anda lakukan, ataupun perancangan anda tidak menjadi oleh kerana pihak yang lain, jangan menyalahkan pihak yang lain.

Salahkan diri anda sendiri dan letakkan tanggungjawab tersebut pada diri anda. Dengan menerima kesalahan tersebut adalah dari pihak anda sendiri, ia akan menjadikan anda lebih kritikal dalam membuat keputusan pada masa hadapan.

Dengan menyalahkan pihak lain, anda seperti melepaskan tanggungjawab dan sukar untuk anda perbaiki diri sendiri.

Untuk membuat keputusan hendaklah dengan keputusan yang matang. Dari kematangan inilah menyebabkan kita boleh membuat keputusan yang betul. kene ingat setiap keputusan tidak semestinya betul.

So, kita sama-sama mencari samaada diri kita mempunyai kepakaran kematangan or sudah matang ke diri ini? or perlukah utk kita mencapaikan diri ke tahap KEMATANGAN?
Renung dan teliti diri kita...


KOMUNIKASI adalah satu perkara yang amat penting juga di dalam kehidupan. Dengan komunikasi ni la kadang-kadang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini. kerana apa?

Komunikasi adalah salah satu cara untuk kita
menyampaikan maklumat atau messange yang ada dalam hati kita. Untuk sampaikan maklumat atau messange tersebut perlukan komunikasi yang baik dari setiap orang. Sampaikan maklumat atau messange itu dengan sebaik-baiknya sehingga sampai apa yang ada dalam hati kita.

Tapi ingat kadang-kadang apa yang kita katakan tidak semua benar dan mungkin yang sampai itu
hanya separuh kebenaran. So, hati-hati dengan setiap maklumat atau messange yang akan kita lontarkan kepada orang lain sehingga boleh memberi kesan yang buruk terhadap mereka.

Dan perlu kita ingat,
" kematanganlah perlu ada bersama-sama dengan komunikasi kita...."

Fikirkan apa maksud saya dengan kenyataan di atas..
Kalo masih keliru dengan kenyataan tersebut, boleh tanya saya sendiri..

Friday, 2 April 2010

Kisah Pemuda Malas Solat

0 comments
Assalamualaikum sahabat2 ana yg sudi utk baca blog ini.


Hari ni ana rasa nk posting something yang boleh memberi satu semangat utk muslim dan muslimat. Seperti yang kita lihat sekarang, pelbagai gelagat zionis-yahudi dan mubaligh kristian terhadap umat Islam. Sanggup tunggu bertahun-tahun untuk murtadkan orang Islam. Bagaimana cara pendekatan mereka sehingga berjaya memurtadkan orang Islam??


So, entry ana hari ini adalah untuk bercerita bagaimana pendekatan mereka yahudi dan kristian terhadap kita. Pendekatan inilah yang harus dipraktikkan oleh pendakwah2 Islam di malaysia khususnya..


Islam itu mudah apabila pertama, menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban asas agama. Setelah yang asas-asas berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau kita punyai kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.


Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat- peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.


Setakat ini dulu yer sahabat2..I'Allah, ana akan sambung pada minggu depan.
Wassalam...






Wednesday, 24 March 2010

TUJUH PULUH RIBU HIJAB

0 comments
Assalamualaikum...

Hidupku segalanya demi Allah....
Puisi yang memahamkan kita akan hakikat hidup....
Tanya semula pada diri kita adakah selama ini hidup kita demi Sang Pencipta???

Renung dan hayatilah....
Sebuah puisi tentang "TUJUH PULUH RIBU HIJAB"

betapa jauh perjalanan....
tujuhpuluhribu hijab ini,
ya Allah....
betapa tebalnya mega....
tujuhpuluhribu hijab....
menerawangi cahaya-Mu,
ya Allah....
betapa tak terdaya ....
untuk menempuh satu makam nafsu....
ke satu makam nafsu....
selaksa tujuhpuluhribu hijab,
ya Allah....
di tengah gurun pasir kafilah....
kamilah unta-unta yang bebal dan tersesat....
memikul beban dosa mencari-Mu,
ya Allah....
di tengah lautan perjuangan....
kamilah armada yang tewas....
dikeroyok nafsu maha dahsyat maha gelora,
ya Allah....
di manakah tersimpan kunci ajaib....
untuk membuka tujuhpuluhribu peti laduni....
di dasar langit-Mu,
ya Allah....
di manakah taman-taman cahaya....
yang bersemadi para kekasih bertasbih memuji-Mu....
dalam setiap detik dalam setiap titik....
dalam setiap fana dalam setiap syuhud....
di sebalik kami yang igau....
dalam tembok-tembok penjara dunia....
sesempit tujuhpuluhribu hijab ini,
ya Allah....
ya Allah
betapa rindunya kami kepada-Mu....
terasing siang dan malam....
tanpa bicara tanpa pendengaran tanpa penglihatan....
terkambus asyik di syurga kencana....
lepaskan kami, ya Allah....
dari tujuhpuluhribu pintu gerbang....
yang menutupi mata hati kami....
ya Allah,
betapa jahilnya kami....
tidak mengenal-Mu....
dalam pernafasan tujuhpuluhribu hijab....
yang kami sedut yang kami hembuskan....
dari setiap denyutan nadi....

ya Allah,
betapa kami ini buta huruf....
kami sebenarnya tak mampu mengeja....
tujuhpuluhribu huruf maknawi....
yang terhijab pada nama-Mu....
ya Allah,
betapa dekatnya Kau....
lebih dekat dari urat leher kami....
namun kami masih engkar mencari-Mu....
di luar diri kami yang tujuhpuluhribu hijab....

ya Allah
kurniakan kami rindu Musa....
bukan serpihan debu Thursina....
mata kamilah yang buta....
kerana tak memandang Wajah-Mu....
di benua tujuhpuluhribu hijab ini....
telinga kamilah yang tuli....
kerana tak mendengar ayat-ayat-Mu....
lidah kamilah yang bisu....
kerana tak bersyukur kepada-Mu....

Puisi yg digarap oleh Adik ana sendiri.
Ingin ana kongsikan kepada semua..
Wassalam..
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template