Sunday, 2 May 2010

Ibadah Membentuk Keperibadian Insan

0 comments

Assalamualaikum…

Ibadah adalah bertakarub kepada Allah dengan mentaati segala perintah Allah dan berusaha menjauhi larangan Allah serta mengamalkan segala yang dibenarkan oleh Allah.

Ibadah merupakan bukti kepatuhan manusia kepada Allah yang didorong dan digerakkan oleh akidah tauhid. Ibadah dalam Islam bukan bermakna menjauhi pekerjaan yang bersifat duniawi tetapi seimbang antara dunia dan akhirat.

Apabila kita bersembahyang, sembahyang itu dapat mendekati diri kepada Allah. Orang yang bersembahyang, hatinya akan sentiasa ingat kepada Allah. Hatinya akan tenang dan batinnya akan merasa puas kerana dekat dengan Allah. Secara tidak langsung, ia akan mencegah nafsu daripada kemungkaran dan maksiat.

Kalau kita mendalami ibadah yang digariskan oleh Islam, ia akan dapat meningkatkan kualiti manusia sama ada secara zahir ataupun batin. Secara zahiriah, ibadah yang digariskan Islam akan meningkatkan kecerdasan badan, manakala dari segi batiniah, ibadah dalam Islam akan membawa ketenangan dan kebahagian hidup manusia.

Ibadah yang kita lakukan adalah kepatuhan kita sebagai hamba kepada penciptanya. Setelah kita mengetahui hikmah di sebalik ibadah yang kita lakukan, jiwa kita akan mengalami ketenangan.

Semoga ibadah yang kita lakukan akan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Semoga dengan penulisan ana kali ini akan membuka pintu hati umat Islam untuk sentiasa beribadah bagi meningkatkan keimanan di dalam diri di dunia dan di akhirat..

Saturday, 10 April 2010

Epilog Permusafiranku dulu..

0 comments
ketika aku dalam tahun kedua (bermonolog sendirian ketika itu..)

Permusafiran di bumi Urdun ini nikmatnya masih terasa walaupun peritnya sesekali turut melanda.

Mata semakin kuyu untuk bertentang mata dengan si kitab...sesekali terhenti...hilanglah rasa untuk membaca..ya, saat ini. Ketika inilah terasa sesuatu kehilangan...sebuah semangat baru yang dulu aku gemakan. Mungkin bukan aku seorang yang mengalaminya juga bukan kamu seorang. Malah mungkin semua teman seperjuangan turut merasainya. Semangat yang hilang di mana akan dicari lagi????

Semangat aku kian luntur kini mengenangkan tanah arab ini yang aku bayangkan sebelum menjejak kaki ke sini. Sebuah negara yang bakal mengubah sikap dan pendirianku juga keperibadian yang belum mampu mengikut segala peraturan Ilahi.

Aku bayangkan, sebuah negeri yang bakal menemukan aku dan sahabat kepada satu sahsiah muslim dan muslimah yang sebenar.
Tetapi sehingga ke hari ini, aku masih tertanya-tanya apakah perubahan yang aku lakukan ??? Apakah aku, lalaikah aku, atas tanggungjawab aku terhadapNya.. masih mencari-cari di manakah sinar yang diredhai Ilahi...
Berjayakah negeri ini memuslimahkan aku sebagai sebenar-benarnya muslimah sebagaimana yang kita cita-citakan??? Bila mana disebut tanah berkat sebagai Dataran Syam ianya seketika menyenangkan hatiku.
Namun bila terbayang kehidupan dan budaya mereka yang menakutkan jiwaku dan juga turut meresahkan aku, aku gelisah, masih adakah sinar untuk umat arab membetulkan diri mereka.

Segalanya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Kita sebagai pendatang bukanlah ingin mencari satu budaya yang sebegitu di sebuah negara Islam yang di diami oleh penduduk arab ini. (sapa yg pernah g jordan mengetahui bi'ah mereka).
Semuanya bergantung kepada keimanan yang tersimpan di lubuk hati. Tepuk dada, tanyalah iman...

Kepada sahabat2 yang masih meneruskan pengajian kalian di Bumi Urdun semua semoga kita tabah dalam meneruskan perjuangan ini.
Wallahu'alam...



Thursday, 8 April 2010

sambungan kisah pemuda malas solat

0 comments
Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

Sahabat2 sekalian, kita cuba ajak kawan2 kita yang tak solat dengan pendekatan seperti ini. kita berusaha untuk sesaudara muslim memperbaiki diri dalam masa yang sama kita berdakwah untuk Islam kepada non muslim.

Perlu ada sikap persaingan yang tinggi untuk ajak orang bukan Islam ke agama kita. jangan kita biarkan sahaja telinga kita mendengar mereka iaitu mubaliqh kristian memperjuangkan untuk memurtadkan orang2 Islam.

Akhir sekali, kita sama2 berdoa untuk kemenangan ISLAM. Semoga kita semua dalam RAHMAT dan REDHA ILAHI.

Waalahu 'Alam..
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template