Monday 4 October 2010

Epilog Sebuah Kehidupan ....

2 comments

doa seorang anak yang solehah

" sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku."
(hadith riwayat al-tarmizi)

Itulah harga sebuah naluri seorang anak yang ingin menyerah seluruh kudratnya terhadap ayah dan ibu serta adik beradiknya. Dan harga sebuah kekeluargaan, tempatnya dibentuk menjadi seorang insan yang berguna. Titik mula pada sebuah kasih sayangnya yang dilayarkan dengan cinta, ilmu agama dan akademik, pendidikan yang menjadikannya seorang yang banyak mempunyai peluang untuk membalas jasa kedua orang tuanya. Dia akan menggunakan seluruh kudratnya untuk keluarganya yang sentiasa menyokong cita-citanya walaupun dalam kepayahan dan keperitan..

Sebagai seorang anak yang sentiasa dalam linangan airmata dengan kehidupan yang begitu payah dan perit untuk mencari erti sebuah kehidupan supaya dia menjadi seorang insan yang mempunyai harga diri dengan pendidikan. Dimana dia ingin kejayaannya dapat berjumpa dengan linangan airmata ayah dan ibu yang penuh dengan kebanggaan kedua-duanya..

Kejayaan anaknya disambut dengan airmata kegembiraan... (satu angan-angan yang ingin dicapai sekali lagi!)

Seorang anak yang begitu diharapkan oleh keluarganya untuk mengubah kehidupan mereka yang penuh dengan kepayahan dan keperitan untuk mencari erti kehidupan.

Adakah dia boleh mencapai harapan keluarganya?
Adakah boleh menempuh cabaran kehidupan yang sering datang menjelma untuk dia mencapai harapan keluarganya?
Adakah dia mampu untuk membawa kudratnya untuk ayah ibu dan adik beradiknya?

Seluruh kehidupannya hanya untuk keluarganya tanpa memikirkan kebahagiaan dirinya sendiri. Tanpa memikir sedikit pun tentang kehidupannya, hanya pentingkan keluarga yang dulunya tidak pernah tahu erti kegembiraan kehidupan seperti orang lain..

Kini, anak itu sentiasa dalam linangan airmata yang mengembirakan dan sentiasa dalam senyuman yang begitu manis kerana harapan keluarga dapat dia capai dengan kepahitan dan keperitan sekali sehingga menemui kemanisan madu lebah yang asli.

Perlukah sekarang dia memikirkan cinta dan bahagia untuk dirinya?

Sentiasa bermain di mindanya; 'aku tak perlukan semua itu, aku adalah makhluk Allah yang perlu menyaksikan kebahagiaan ayah ibu, kakak-kakaknya dan adiknya. Aku hanya perlukan kasih sayang dan cintaMu ya Ilahi.'

sedih + gembira ....


 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template