Saturday 10 September 2011

Kaedah Mengekalkan Perpaduan Dalam Islam

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Isu Perpaduan Dunia Islam.

Isu perpaduan dunia Islam merupakan isu lama yang berulang. Bermula sejak kewafatan Sayidina Uthman bin ‘Affan dan Sayidina Ali bin Abi Talib. Ekoran peristiwa itu muncullah kumpulan Sunni dan Syi’ah yang membawa perpecahan besar masyarakat Islam, terutama pada zaman peralihan Kerajaan Bani Umaiyah kepada Kerajaan ‘Abbasiyah. Rentetan daripada itu muncullah kerajaan-kerajaan kecil yang berselerakan di seluruh dunia Islam. Bagaimanapun usaha ke arah perpaduan mestilah diusahakan, terutama pada peringkat Negara bangsa yang boleh dianggap sebagai tahap awal yang perlu dilakukan umat Islam.

Firman Allah SWT bermaksud:

“ Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam) edan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan antara hati-hati kamu, maka jadilah kamu dengan nikmat Allah (Islam) itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu daripadanya…”

(Ali ‘Imran: 103).

Demikian juga sabda Rasulullah SAW:

“ Hampir masanya di mana seluruh bangsa (kuffar) bertungkus lumus ingin menguasai kamu (umat Islam) bagaikan orang yang lapar menyantap hidangan yang sedang terhidang. “ Para sahabat bertanya: “ Adakah kami sedikit bilangannya wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW: “Bahkan (tidak)! Kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu (bagaikan) buih banjir…”

(H.R. Dawud, Sunan, Kitab al-malahim, bab 5).

Dalil ini jelas menunjukkan bahawa perpaduan itu sangat penting di kalangan umat Islam. Disimpulkan sebagai berikut:

  • Selamat daripada kemurkaan Allah
  • Umat Islam akan sentiasa kuat
  • Selamat daripada ancaman musuh
  • Perpaduan membawa keberkatan

Kaedah Mengekalkan Perpaduan Dalam Islam.

Antara kaedah mengekalkan perpaduan itu sendiri harus diusahakan oleh mereka yang menyedari tanggungjawab ini, antara lain ialah:

  • Menghayati Tuntutan Jihad Dan Dakwah

Menurut Ibn Taimiyah: Jihad ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dikasihi Allah dari segi meningkatkan keimanan dan amal salih dan bersungguh-sungguh juga berusaha untuk membasmi segala bentuk kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan dalam masyarakat.”Dakwah pula ialah menyeru atau mengajak kea rah kebenaran dan kebaikan sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Mengajak masyarakat ke arah perpaduan adalah sebahagian daripada kerja dakwah yang dituntut oleh Islam. Oleh itu bersungguh-sungguh melakukannya adalah sebahagian daripada jihad.

  1. Kepentingan jihad dan dakwah dalam Islam

Jihad dan dakwah adalah ibarat pagar kepada tanaman atau pengawal kepada barangan berharga. Oleh kerana agama merupakan asas dan dasar dalam kehidupan. Sekiranya ia tidak dikawal dan dipagar nescaya ianya mudah rosak dan hilang. Antaranya kepentingannya dapat digariskan seperti berikut:

a) Membendung hawa nafsu yang sentiasa cintakan sesuatu yang dilarang Allah dan RasulNya SAW.

b) Menentang syaitan yang menyesatkan umat manusia daripada landasan sirat al-mustaqim (jalan yang benar dan lurus menuju keredhaan Allah SWT).

c) Menentang kafir yang memusuhi dan memerangi agama Islam dan umat Islam.

d) Menentang golongan munafiq yang sentiasa berhasrat melaga-lagakan umat Islam dan anggota masyarakat, kerana sifat dengki yang menyelubungi jiwanya.

e) Menyekat kezaliman dan kefasikan yang berlaku dalam masyarakat agar keamanan dapat ditegakkan dan penganiayaan dihapuskan.

  1. Uslub (Kaedah dan Pendekatan) Jihad dan Dakwah

a) Dengan cara berhikmah dan bijaksana (dengan ilmu dan pengalaman) bukan secara bernafsu.

b) Dengan pengajaran yang terbaik selaras dengan tuntutan wahyu iaitu, berasaskan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

c) Mujahadah (perdebatan) secara harmoni tidak dalam bentuk pertengkaran yang bertujuan mencari menang atau menegak benang basah.

Firman Allah SWT: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…

(al-nahl 125)

  1. Pendekatan Teknikal

a) Kerjasama Ulama dan Pemimpin

Para ulama dan para pemimpin adalah dua kumpulan yang berpengaruh dalam masyarakat. Kebaikan dan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat merekalah yang akan dipertanggungjawab. Rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana ulama. Oleh itu dua golongan ini mesti wujudkan meja rundingan dan muzakarah secara ikhlas dan terbuka bagi mencari jalan penyelesaian dam mengembalikan semula umat Islam ke titik pertemuan yang boleh dipersetuui bersama, iaitu kembali kepada perpaduan yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

b) Menyekat pintu-pintu kerosakan

Kebejatan social ibarat penyakit pada fizikal. Tidak ada gunanya berubat jika terus terlibat dengan pembawa kuman penyakit tanpa inisiatif untuk berpantang. Demikian juga penyakit social tidak ada gunanya ceramah, nasihat dan motivasi tanpa untuk menyekat pintu-pintu yang membawa kerosakan tersebut. Contoh, gagalnya membasmi penagih dadah jika tidak dihukum pengedarnya. Pengedar tidak mungkin disekat tanpa dibasmi segala sarang-sarang maksiat dan pusat-pusat hibuuran dan media-massa yang menjurus kea rah kegiatan tersebut. Demikian juga soal perpaduan dalam masyarakat. Kiranya tidak disekat segala punca yang boleh membawa kea rah permusuhan bermakna mendedahkan masyarakat kea rah kehancuran.

c) Mempelbagaikan program kesedaran

Program yang boleh memantapkan jati diri khususnya para remaja, terutama di peringkat kolej dan universiti haruslah diperbanyakan. Sebagai contoh; ceramah, motivasi, kursus dan sebagainya termasuk kegiatan sukan, rekreasi dan aktiviti bermanfaat lainnya yang dilaksanakan secara betul dan diawasi oleh para fasilitator yang berpegalaman. Program-program seperti ini sebagai usaha tambahan bagi memantapkan kualiti diri, sekaligus sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit minda, jiwa dan akhlak yang menjadi punca terancamnya ketamadunan manusia.

d) Mata pelajaran pendidikan agama sivik dan adab

Perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah, kursus-kursus kesedaran kekeluargaan dan penjagaan anak-anak perlu dipertingkatkan. Termasuk juga mata pelajaran ko-kurikulum yang boleh membina kecergasan minda dan semangat patriotic di kalangan rakyat.

e) Media massa mestilah diwujudkan kerjasama erat dengan kerajaan dan rakyat

Agar berita dan rencana yang dimuatkan boleh membantu kea rah membudayakan ilmu dalam masyarakat, membina nilai-nilai murni dam memupuk perpaduan. Selain itu juga elemen hiburan yang melampaui batas syarak dan gambar-gambar selebriti yang mendedahkan aurat yang membangkitkan kemarahan di kalangan ulama dan umat Islam perlu ditapis dan disekat.

  1. Wasilah (Media) Jihad dan Dakwah

a) Melalui bahasa badan seperti menunjukkan memek muka, senyum yang menyenangkan hati orang yang didekati, menunjukkan sifat penyayang, marah dan seumpamanya.

b) Melalui lisan pengajaran dan nasihat yang berguna dan boleh meyakinkan org yang didekati. Boleh dilakukan melalui ceramah, tazkirah, forum dan lain-lain.

c) Melalui kuasa politik yang boleh membuat pengarahan dan seumpamanya.

d) Melalui pendidikan dan pengajaran di sekolah dan di institute pendidikan.

e) Melalui kegiatan penulisan, seperti majalah, akhbar, buku dan lain-lain.

Wednesday 7 September 2011

10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri

0 comments

Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini saya berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri.

1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri anda, anda baikinya.

3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.

4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu.

7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.

9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

10. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.

Insya-Allah anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda.

Sesungguhnya anda ialah insan yang mulia dan cemerlang.

Insan yang mulia dan cemerlang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya!

- Artikel iluvislam.com

Monday 18 July 2011

Sedia! kegaaariiiisan...Mulaaaa...

0 comments

” Barang siapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan bagimu jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka – sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan {keperluannya}…. "
”[Surah Ath Thalaaq : 2-3]


Tinggal beberapa hari lagi menunggu saat ramadhan tiba lagi.. Rasa tak sabar.. Berusaha untuk habiskan beberapa lembaran al-Quran lagi hingga juzuk 30 untuk khatamkan bacaan sebelum datangnya ramadhan .. InsyaAllah..

Setiap malam sebelum tidur, merenung dan muhasabah diri untuk menyiapkan diri ke ramadhan akan datang tak lama lagi.. Ahleen ya Ramadhan Karim..

Mampukah lagi untuk khatamkan 30 juzuk untuk ramdahan kali ini seperti tahun-tahun sebelum ini.. mampukah untuk beribadat kepad Nya.. Mampukah berhijrah kepada yang lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya.. Mampukah untuk berdiri menghadapNya sepertiga malam..

Ku serahkan segalaNya.. Hanya Allah tempat berserah dan berdoa untuk kesejahteraan diri dalam menempuh bulan yang berkah serta rahmat..

Ya Allah, didiklah hambaMu yang lemah ini dan berikan kekuatan dalam menempuh dugaanMu..
Semoga ramadhan kali ini memberi satu dan seribu karahmatan dan keberkatan, kesejahteraan dan keimanan yang teguh..

Amin Ya Rabbal'alamin...





Thursday 14 July 2011

Tip Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus

0 comments

Assalamualaikum...

Entry kali ini, ana nak kongsi ilmu kepada pembaca dan sahabat2 sekalian..
Ada seorang sahabat yang bertanya kepada ana, macam mana nak cari jodoh yang baik ek akak? dan bagaimana melayari hidup selepas berkahwin?
Ana terkejut gak, ye lah.. ditanya dengan soalan macam ni, terkejut gak..

" Ana ni dah la tak kawin lagi, macam mane nak jawab ni, (tergelak gak ana time tu..)..

Tapi, apa pun ana tidak akan menghampakan sahabat ini. Dengan berbekalkan ilmu di dada dan ana pernah membaca satu artikel yang berkaitan, ana jawab gak soalan sahabat ni..
So, ana kongsi tip ini di dalam blog yang usang ini kepada sahabat2 blogger sekalian juga..
Semoga ilmu ini menjadi panduan kepada kita semua..

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

Waalahu'alam..

Sunday 10 July 2011

Agenda Hijrah Kita / Bagaimana pula BERSIH ?

0 comments
Assalamualaikum...

Fuh, fuh...berdebu dah blog ni. Lama dah ana tak update blog.. Kesian kat blog ni sampai berhabuk. huhu...

Bismillahirrahhmanirrahim..

Pada 9 Julai 2011, baru dikhabarkan dengan peristiwa BERSIH.. Tak dapat bayangkan ketika itu, dengan begitu ramai rakyat Malaysia yang membanjiri jalan raya untuk menghadirkan diri ke perhimpunan tersebut tetapi dihalang oleh para polis.. Salahkah perhimpunana itu? Salahkah rakyat hadir ke perhimpunan itu sehingga dihalang sebegitu rupa.. Sehingga kaum wanita ditengking bagaikan melakukan perkara yang tidak baik..Betul ke tindakan pihak polis yang memukul anak2 muda..

Ana terpikir gak, salahkah rakyat untuk bersuara dengan politik sekarang.. Ke manakah 'maknanya demokrasi' untuk rakyat Malaysia?? Ana mengajak Mahasiswa2 dan Mahasiswi2 merenung dan berfikir demi keamanan negara dan adakah kita sebuah negara Islam??

mm..., pikirkan juga, kenapa rakyat sanggup hadiri perhimpunan ini? kalo betul pemimpin kita bertindak atas jaringan Islam dan rakyatnya duduk dalam keadaan zon selesa serta diberi peluang untuk bersuara.. kenapa Diadakan perhimpunan seperti ini dan kenapa rakyat menyokong perhimpunan ini? Kenapa, Why, Li maza ???

Dalam catatan sejarah, ada dua tokoh besar Islam yang telah mencatat kemenangan ke atas musuhnya. Pada kurun ke 14, muncul Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya membebaskan kota Constantinople daripada penjajahan empayar Rom Timur.

Seorang lagi Sultan Salehuddin al-Ayyubi yang telah membebaskan Baitul Maqdis. Berita ketakwaan, kejujuran, kesantunan dan keadilan mereka berdua sudah tersohor bukan sahaja dalam kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam.

Barat sendiri mengakui kehebatan peribadi dan ketangkasan kedua-duanya. Bukan rahsia lagi bahawa tentera barisan hadapan Sultan Muhammad al-Fateh dan Sultan Salehuddin terdiri daripada mereka yang istiqamah mengerjakan solat tahajud, membaca al-pQuran dan berpuasa sunat.

Dua pemimpin besar itu patut kita jadikan 'timbang tara' untuk mengukur keupayaan pemimpin Islam masa kini. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, pemimpin Islam masa kini belum benar-benar serius untuk mencapai keunggulan tersebut. Mereka belum benar-benar serius membina takwa dan juga kekuatan lahiriah.

Fikir-fikirkan..

Apakah perubahan yang perlu dan segera dilakuakn??



Tuesday 21 June 2011

PERKARA AJAIB TERSEMBUNYI DALAM MINDA

0 comments

1. Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari. Padahal hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Sebaliknya apabila anda mula berkata “ aku malaslah hari ini” “aku boring la hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan Berjaya, bijak – bijak la berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, “kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

Berkomunikasi dengan minda ke minda

apabila anda mengingatkan seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telahpun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik- baik, dalam masa yang sama insyaAllah dia akan mengingatkan yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

3. Daya magnet dalam fikiran beremosi

tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telahpun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negative yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikir negative. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4. Mengawal minda untuk lebih Berjaya

tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jika anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang di tarik-tarik, diiya-iyakan, di ransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol keatasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang Berjaya adalah dapat mengawal emosinya.

5. Dua pemikiran dalam masa yang sama.

Anda munkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada suatu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah..ingat! , orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tandanya permulaan bagi seseorang yang dapat mengawal emosi. Seorang yang ingin mencapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6. Minda teransang melalui solat dan doa

solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yang erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-NYA. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seseorang yang Berjaya adalah orang yang tenang dan ketenangan yang mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa..

(Tinta Usang)

jadilah insan yang mengenal erti kehidupan...

Saturday 18 June 2011

Rintihan Qalbu

0 comments

Usai solat isyak, hatinya terasa tenang setelah mengadu kepadaNya. Menerima apa saja dengan setiap ketentuan dan ketetapanNya. Menangis kerana bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada dirinya. Kalimah SubhanaAllah, Alhamdulillah dan Allahuakbar tidak pernah lekang dari bibirnya.

Tetapi ada sesuatu perkara yang membuatkan hatinya tidak tenang. Sentiasa berfikir dan berfikir..dirinya merintih dan mengadu kepada Yang Satu..Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui isi hati ini. Berikan ketenangan seperti ketenangan dalam hati hambaMu yang soleh dan solehah..aminn

Sekali lagi airmata menitis entah kali keberapa..

Al-Quran terus dibuka untuk terus bersyukur kepadaNya. Satu lembaran ke lembaran yang lain sehingga diri ini begitu merasa kemanisan dan ketenangan hati dengan setiap barisan ayat yang menenangkan jiwa. Ya Allah begitu indah kalam-kalamMu..

……….

Alhamdulillah, kehidupan ini begitu indah sekali sekiranya diteliti dengan kebesaran Allah SWT. Izzah yang pasti seseorang akan dapat dalam diri setiap hambaNya.. Jangan terlalu alpa dengan kehidupan yang sudah menyenangkan kita di dunia tanpa mengingati akirat..

Pengetahuan adalah sangat penting dalam kita menjalani kehidupan seharian kita. Dalam era globalisasi ini kita haruslah bijak menyusun kehidupan kita dan juga keluarga untuk menempuh hari-hari mendatang dengan lebih baik bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna.

Dahulu, Umar bin Khattab ra mengatakan, "Dahulu, kami adalah orang-orang yang terhina. Lalu Allah meninggikan kemuliaan kami dengan Islam. Demi Allah, andai saja kami mencari kemuliaan selain dari Islam. Pasti Allah akan membuat kami menjadi terhina lagi." ....

"Barang siapa yang memuliakan Allah, maka Allah akan memuliakannya. Barangsiapa yang menghinakan Allah maka Allah akan rnenghinakannya. (Hasan Al Bashri)

Sahabat-sahabatku,

Semoga kita tidak tertipu oleh kemuliaan duniawi. Karena, kemuliaan itu sesungguhnya hanya datang dari Allah SWT. Kemuliaan, tidak datang dari makhluk. Kemuliaan, tidak pernah datang dari harta benda. Kemuliaan, tidak muncul dari banyaknya ilmu. Kemuliaan, juga tidak hadir dari profesion, jabatan dan kedudukan, bagaimanapun tingginya. Kemuliaan, penghormatan, penerimaan terhadap seseorang, hanya akan ada jika seseorang mendapat izzah (kemuliaan) dari Allah swt. "Izzah (kemuliaan) itu seluruhnya milik Allah." (QS. Yunus : 65)


Wallahu’ alam..


Monday 13 June 2011

Disertasi Bab 3

0 comments
Alhamdulillah..

Huuh.. Siap da..Terima kasih Allah, kerna di beri kesihatan dan keupayaan untuk ana siapkan draf bab 3..
Soalan soal selidik dan soalan temubual untuk responden pun dah siap.. Tinggal nak hantar untuk semakan dari penyelia..

Tarikh nak balik buln 7 ni ke tempat kajian, Kuching tak pasti lagi.. Ya Allah, permudahkan.. Aminn.. Bila dah selesaikan temubual dan agihkan soal selidik kepada responden, baru buat analisis dan siapkan bab 4.. InsyaAllah, kalo tak ader halangan boleh siapkan bab seterusnya, bab 5.. Bab terakhir, buat rumusan dan cadangan..Mudahan2..

Target nak siapkan disertasi dalam bulan 8 gak.. Ya Allah, permudahkan segala urusan hambaMu ini. Aminn...

Hanya doa yang dapat menyenangkan hati dan perasaan seseorang. Kita yang merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..
Sebagai hamba, kita perlu berdoa kerna kita adalah hamba yang lemah dan ingat pastikan kita sentiasa bersyukur dan menjadi orang yang bersyukur..

Wallahu 'alam..

Thursday 9 June 2011

Rahsia Mendapat Anak Yang Soleh/Solehah..

0 comments

Assalamualaikum Wbt…

Ana nak kongsi info ni bersama..

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al Furqan, 74]

Tips Untuk Kaum Bakal Ibu/Ibu Bagi Mendapat Anak Soleh - Dari Satu Diskusi

· Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.

· Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, jangan under estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.

· Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih". Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.

· Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.

· Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.

· Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.

· Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.

Akhir kalam :

"Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim."

Wallahu 'alam..

- Artikel iluvislam.com

Friday 3 June 2011

Panorama Pantai Tanjung Kembang Di Kabong

0 comments
kat bahagian bawah pantai
kat bawah
pantaiku
ni kat bahagian atas
bahagian atas, chalet..

Assalamualaikum....

Sebelum balik Kabong, kami sekeluarga balik kampung nenek dulu.. Rasa lama dah tak jenguk nenek, cik dan cu di kampung.. Semalam 2 hari je di rumah nenek sebab kak angah esoknya kerja..

Sampai kampung sendiri, seronoknye. Melangkah je kaki kanan depan pintu rumah, terasa lepasnya beban rindu yang teramat sangat, dengan senyuman yang menguntum di bibir membuatkan hati girang sekali (^_^) ..

Lusanya, kami pergi Sarekai (Ckei) teman bapa beli alat perkakas2 untuk melengkapkan lagi "rumah burung".. Penat gak, lagi2 teman my mother g shopping.huhu.. tu la pompuan..hehe

Satu tempat yang palingku suka pergi bila balik kampung.. "Pantai Tanjung Kembang".. Tapi, balik kali ini tak sempat nak singgah melihat panorama pantaiku.. Masa dah banyak di isi dengan aktiviti2 lain.. Kalo tak ada aktiviti2 lain, Pantai la tempat kunjungan utama.. hehe..
Tapi xpe, ku abadikan panorama2 nya di dalam mindaku dan blogku yang sentiasa bersamaku..

Subhanallah, cantiknya ciptaanNya kepada hambaNya untuk kita nikmati.. Bersyukur la dengan apa dengan pemberiaanNya..Alhamdulillah..

InsyaAllah, kalo balik kampung lagi.. Boleh jenguk Pantai.. Jom, datang la Pantai Tanjung Kembang Di Kabong, Sarawak..

Wallahu'alam..
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template