Monday 23 July 2012

Tersedar Dari Lamunan .....

0 comments
Assalamualaikum…
Marhaban Ya Ramadhan al-Karim..
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua..
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Amin..


Ramadhan datang lagi, pernahkah kita terfikir kenapa Allah SWT adakah bulan Ramadhan untuk hambaNya??

Hidup ini tak pernah rasa puas.. Sebagai seorang manusia, kita semua inginkan sesuatu yang memuaskan hati.. Apatah lagi zaman sekarang, zaman yang canggih.. Semua keinginan kita akan tercapai di hujung jari sahaja..

Tetapi sebagai seorang hamba pernahkah kita muhasabah diri? Pernahkah kita merasa puas dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada hambaNya.. Kadang-kadang terpikir, adakah kita termasuk dalam golongan orang yang tak pernah bersyukur, belum puas dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.. (Nauzubillah..)

Selain itu, setiap dugaan yang Dia uji kepada kita, pernahkah kita mengambil pengajaran dan iktibar dalam kehidupan ini.. kenapa kita diuji seperti ini? Adakah kerana pernah melakukan dosa yang tanpa kita sedari, maka kita diuji dengan cabaran dan dugaan yang begitu sukar untuk kita lalui tetapi Allah tidak akan memberi ujian dengan hambaNya yang tidak setimpal dengan kemampuanNya..
Muhasabah diri dan ujian yang datang kepada hambaNya adalah satu jalan hambaNya mengetahui bahawa Dia lah tempat hambaNya tempat bergantung..

Apabila kita menyedari hal ini, rasa bersyukurnya kerana masih mendapat rahmat daripadaNya Yang Esa.. Ketinggian kesyukuran yang tidak dapat diungkapkan dengan manisnya kata-kata hanya dapat diluahkan dengan turunnya setitik air jernih dari kelopak mata menuruni lurah pipi hambaNya.. Setitik demi setitik hingga menjadi tangisan kegembiraan sehingga terungkap ucapan Alhamdulillah yang tiba-tiba terkeluar dari bibir manis hambaNya.. Ya Allah besar sungguh keagunganMu.. Kasih sayangMu terhadap HambaMu…

Subhannallah, Alhamdulillah, Allahuakbar…
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template