Thursday 20 September 2012

Hilangnya KEBERKATAN Perkahwinan Itu...

0 comments

Assalamualaikum sahabat2 yang sentiasa berkunjung My blog “Dzatun Nithaqaini”

Bismillahirrahmannirrahim, ana mulakan..

Alhamdulillah, ana diberi peluang lagi untuk update blog kesayangan ana ini.. semoga entry kali ini sebagai perkongsian yang bermanfaat kepada kita semua. Semoga Allah SWT memberkati usaha penulisan ini..

                                                   sweetkan gambar ni... (^_^)

Perkahwinan adalah sebuah kehidupan yang menarik dan menggembirakan yang ditunggu oleh setiap insan. Yela, siapa yang tidak inginkan seorang teman yang sentiasa menemani di sisinya 24 jam setiap hari. Daripada teman ketika makan sehinggalah teman semasa bertahajud. Sungguh indah alam perkahwinan yang dibayangkan oleh setiap insan yang terbuka hatinya untuk menyempurnakan sunnah ini.

Perkahwinan yang bahagia dan diredhai bukanlah senang untuk diperoleh. Ada syarat-syarat yang perlu kita lakukan. Tapi bukanlah susah dan tidak logik seperti syarat untuk meminang Putri Gunung Ledang. Namun , ia memerlukan mujahadah yang tinggi dan pengorbanan yang tulus. Untuk mendapatkan kebahagiaan dan keredhaan memerlukan satu lagi elemen yang berkait rapat iaitu KEBERKATAN. Keberkatan adalah anugerah dari Allah kepada hambaNya yang sentiasa mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Yang menjaga dosa dan pahala, halal dan haram.
Persoalannya bagaimanakah caranya untuk mendapatkan keberkatan ini?

Keberkatan ialah satu benda yang suci dan tidak akan sesekali diperoleh dengan cara yang kotor. Cuba kita lihat berapa banyakkah kes cerai di negara kita terutama di kalangan artis-artis terkenal. Bercinta bertahun-tahun bagai nak rak, berkahwin secara besar-besaran tapi akhirnya tidak sampai berapa bulan bercerai. Ya, mungkin kita kata tiada jodoh. Tapi faktor sebenarnya ialah tiadanya keberkatan.
Kenapakah saya mengatakan tiada keberkatan? Lihatlah bagaimana proses sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.

Kapel/Bercinta
Kapel pada masa ini sudah menjadi kebiasaan yang terlampau biasa. Dari budak sekolah hinggalah budak U. Majoriti berkapel. Kehidupan mereka yang berkapel ini seolah-olah seperti suami isteri yang sah. Bergayut, pawagam, shopping, bertukar-tukar hadiah dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan saat berkapel ini. Dan kadang-kadang terlanjur sedikit ‘beringan-ringan’(nauzubillah). Indah sangat saat ini dirasakan. Dunia ini seolah-olah milik mereka.  Tetapi kalian tidak sedar yang keseronokan ini hanyalah berdasarkan nafsu semata. Kalian ditipu bulat-bulat oleh Iblis laknatullah. Beginikah  perjalanan kalian untuk menjadi sah? Perjalanan yang penuh dengan dosa dan maksiat. Mengetepikan halal dan haram. Kenikmatan yang sepatutnya halal hanya ketika bergelar suami isteri sudah dikecapi. Cuba fikirkan bagaimana KEBERKATAN akan diperoleh jika perjalanan sebelum perkahwinan seumpama ini.

Pertunangan/Bait Muslim(BM)
Syabas bagi mereka yang bertunang atau telah melalui proses BM ini. Namun saya agak terkilan segelintir  mereka yang menyalahgunakan kaedah pertunangan atau BM ini. Walhal mereka adalah orang yang faqih atau faham pengertian ikhtilat. Kebanyakan mereka digoda secara halus oleh syaitan, sedikit demi sedikit akhirnya tewas.  Mungkin mereka tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang berkapel yang saya sebutkan di atas seperti tidak bertemu secara bedua-duaan. Tapi syaitan adalah seekor makhluk yang bijak memperdayakan manusia.  Dibisikkan di telinga berhubung atas dasar keperluan. Padahal perkara itu jika tidak dilakukan tidak mendatangkan mudarat pun terhadap hubungan. Lama kelamaan bila dah terbiasa perasaan bersalah akan hilang dan bermulalah dosa dan maksiat dalam pertunangan/BM. Mulalah episod yang tidak diredhai dalam pertunangan/BM. Bersms dengan panggilan-panggilan yang manja, bergayut  kerana kerinduan. Bila ini terjadi apakah bezanya dengan kapel yang kalian sendiri ingin tegah?

Kadang-kadang perkara ini terlampau kecil untuk dilihat dengan pandangan yang dikaburi nafsu. Lihatlah dengan mata hati. Duduk sejenak dan muhasabah dengan ilmu dan iman untuk melihat. Maksiat-maksiat ini lah yang nanti akan menutup pintu KEBERKATAN di alam perkahwinan nanti. Simpanlah kemanisan dan kenikmatan itu untuk dikecapi semasa bergelar suami isteri yang mana mendatangkan pahala kepada kita bukannya dinikmati sekarang yang menumpahkan dosa kepada kita.

“Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa itu seperti gunung yang akan menghempapnya bila-bila masa. Sedangkan orang munafik melihat dosa seperti lalat yang hinggap di hidungnya, ditepisnya begini dan begitu” -Hadis

 Ana doakan kalian dan ana sendiri dihindari dari maksiat-maksiat seumpama ini.. (^_^)

--Perkongsian dari sahabat ana kpd shabat2 perjuangan,insyAllah—

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template