Tuesday 24 May 2011

Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.Net

0 comments
SEGMEN BLOG REVIEW OLEH JAMALUDDIN.NET

http://www.jamaluddin.net/2011/05/segmen-blog-review-oleh-jamaluddinnet.html


Assalamualaikum wbt...
Terima kasih kepada JAMALUDDIN.NET kerana mewujudkan "segmen khas" seperti ini.. Saya budak baru belajar, tolong tunjuk ajar dalam dunia blogger ini..

Kepada sesiapa pembaca entry kali ini dan yang mempunyai blog, dan ingin blog mereka diberi komen dan untuk menambahbaik pulihkan blog anda.. Boleh la join Jamaluddin.Net dan sila ke link di atas..

Selamat Maju Jaya kepada blog Jamal dengan usaha untuk membantu rakan-rakan blogger semua.. Blog juga adalah salah satu cara kita semua menyampaikan dakwah dan berkongsi ilmu.. So, Semoga usaha Jamal ini akan mendapat pahala yang berpanjangan dan mendapat balasan Allah SWT..

Wallahu a'lam...

Saturday 21 May 2011

Makan Bersama Kekawan..

0 comments

tengah makan..




Teringatt....

Seronok, masa tu ngan kekawan serumah makan malam kat luar. Kami makan kat restoran seafood..

Makan dari pukul 8 sampai pukul 10 malam. hehehe...kenyangg sangatt....

Friday 20 May 2011

Membentuk Anak Berbudi Bahasa

0 comments

Assalamualaikum..

Anak-anak sememangnya sangat dekat dengan fitrah kejadian manusia yang sangat positif. Tiada sebarang keraguan kecuali pengaruh sekeliling yang membentuk pengaruh itu.

Contoh yang paling mudah, kita sering menakutkan anak-anak dengan lipas, cicak gelap dan pelbagai lagi. Sehingga mereka membentuk rasa takut kepada sesuatu dan mula timbul keraguan. Di sini, sifat negatif mula berakar di dalam hidup mereka. Amatlah besar peranan ibu bapa dalam pembentukan anak-anak sehingga ke sebesar-besar perkara sehinggalah kepada perkara yang remeh yang kita anggap tidak akan membawa apa-apa impak dan kesan kepada anak-anak kita. Di situlah mungkin kita terlepas pandang dan apabila tersedar perkara tersebut telah menjadi barah yang sukar untuk dipulihkan.

Begitu jugalah untuk membentuk anak menjadi orang yang berbudi bahasa dan tingkah lakunya sedap dipandang mata. Perkara yang menjadi keutama an dalam usaha ini ialah, mencipta suasana sekeliling yang solehah dan penuh dengan kesantunan. Di rumah, anak-anak ini perlu dibiasakan untuk meng ucapkan terima kasih, tumpang lalu, minta maaf dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang positif. Sedari kecil perkara ini perlu dititipkan.

Contohnya apabila meminta anak mengambilkan barang, mulakan dengan perkataan tolong. Begitu juga ucapan terima kasih sete lah permintaan tersebut ditunaikan. Ucapan-ucapan yang positif ini akan membina suasana yang positif di dalam rumah dan membentuk emosi dan peribadi yang positif .

Peri pentingnya, perkataan yang kecil dalam membentuk emosi yang stabil dan karakter yang baik. Ini kerana, apabila kanak-kanak ini sudah terbiasa menggunakan perkataan-perkataan ini di rumah mereka juga akan mempraktikkannya di luar rumah.


Belajar Meniru

Kebiasaannya manusia menyukakan sesuatu yang baik dan cantik. Justeru peribadi yang baik ini membantu anak untuk mendapat kawan-kawan yang baik juga di luar rumah. Akhirnya, kuasa positif tadi akan terus berkembang dan cukup kuat untuk menentang perkara-perkara negatif.

Tidak cukup dengan perkataan, budi pekerti yang baik juga perlu dipraktikkan menerusi perbuatan. Di sini, kita perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Minta izin dan membongkokkan sedikit badan untuk lalu di hadapan mereka yang lebih tua waima di hadapan suami.

Mengenakan pakaian yang sopan walaupun berada di rumah dan bersalaman sebelum keluar bekerja atau sebelum tidur dan pelbagai lagi contoh yang baik. Kanak-kanak hebat dari segi pemerhatian. Kuasa dan daya observasi mereka sangat tinggi.

Dari sini mereka akan belajar untuk meniru semua yang dilakukan oleh orang yang dekat dengan mereka. Pastikan mereka mendapat banyak contoh positif daripada kita dan cuba kurangkan kesilapan kerana ini sangat-sangat mempengaruhi pembentukan anak. Seperti juga perkataan, apabila mereka terbiasa dengan suasana yang bersopan dan berbahasa ini mereka akan dapat mempraktikkannya dengan baik.

Namun, tidak semua yang kita lakukan dan ucapkan akan dapat diikuti dengan baik kerana fi trah mereka yang ingin mencuba semua perkara. Di sini, ibu bapa perlu bercakap dengan anak-anak dengan cara lembut. Tegur kesilapan mereka dengan baik dan terangkan kenapa perlu bersikap sopan dan baik. Teguran dan peringatan yang acap kali diucapkan dan di demonstrasikan di hadapan mereka sedikit demi sedikit akan diadaptasi dengan baik malah menjadi sebati dengan jiwa mereka.

Anak-anak ini juga perlu dibawa ke tempat awam, majlis, rumah-rumah kenalan dan saudara mara. Di sini mereka akan mempraktikkan apa yang dipelajari di rumah. Contohnya, bagaimana untuk bercakap dengan orang yang lebih tua, yang sebaya atau yang lebih kecil. Semua ini perlu di bawah seliaan ibu bapa, jika mereka tersalah, kita tegur dengan baik. Pengalaman yang berbeza ini akan lebih mematangkan mereka untuk bersosial mengikut batasan yang ditetapkan dan sekali gus membentuk peribadi yang baik dan berbudi bahasa.


Sumber :

http://www.mingguanwanita.com.my, 9/5/2011

Friday 13 May 2011

Penghargaan Untuk Mu Wanita.....

0 comments

Assalamualaikum...

Penghargaan untukmu Wanita...Lelaki...hargailah dan sayangilah mereka... Semoga mereka menjadi SOLEHAH.... :)



Allah berfirman: bermksud

"Ketika Aku menciptakan

seorang wanita, ia diharuskan untuk

menjadi seorang yang istimewa. Aku

membuat bahunya cukup kuat untuk

menopang dunia; namun, harus cukup

lembut untuk memberikan kenyamanan "



"Aku memberikannya

kekuatan dari dalam untuk mampu

melahirkan anak dan menerima penolakan

yang seringkali datang dari anak-anaknya "



"Aku memberinya

kekerasan untuk membuatnya tetap tegar

ketika orang-orang lain menyerah, dan

mengasuh keluarganya dengan penderitaan

dan kelelahan tanpa mengeluh "



"Aku memberinya kepekaan

untuk mencintai anak-anaknya dalam

setiap keadaan, bahkan ketika anaknya

bersikap sangat menyakiti hatinya "



"Aku memberinya kekuatan

untuk mendukung suaminya dalam

kegagalannya dan melengkapi dengan

tulang rusuk suaminya untuk melindungi

hatinya "



"Aku memberinya

kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa

seorang suami yang baik takkan pernah

menyakiti isterinya, tetapi kadang

menguji kekuatannya dan ketetapan

hatinya untuk berada disisi suaminya

tanpa ragu"



"Dan akhirnya, Aku

memberinya air mata untuk dititiskan dan

ini adalah khusus miliknya untuk

digunakan bilapun ia perlukan."



"Kau tahu; kecantikan

seorang wanita bukanlah dari pakaian

yang dikenakannya, susuk yang ia

tampilkan, atau bagaimana ia menyisir

rambutnya."



"Kecantikan seorang

wanita harus dilihat dari matanya,

kerana itulah pintu hatinya.. Tempat

dimana cinta itu ada."


Wallahu 'alam..

Monday 2 May 2011

Didik Anak Berjalan Sopan

0 comments
  • Assalamualaikum wbt...

  • Setiap orang mempunyai impian. Seperti ana sendiri, punyai impian membuka satu institut untuk kanak-kanak (impian dr kecik lg). Institut pendidikan dalam kaedah Islam untuk anak-anak. ( Doakan Impian ana :)). Pendidikan anak adalah tunjang untuk menggerak bangsa itu sendiri dan membentuk sebuah negara Islam. Pendidikan awal merupakan satu asas kepada membentuk satu masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. (^_^)

  • Ini adalah entry ana kali pertama yang berkaitan pendidikan untuk anak-anak. Ana akan cuba buka satu label baru (Didik Si Manja) dalam blog anak untuk info Pendidikan Anak-anak. InsyaAllah ia akan berterusan..
  • Menjadi seseorang yang mempunyai peribadi yang baik, soleh dan solehah adalah bermula dari pendidikan awal lagi. So, peranan ibu ayah adalah sangat penting dalam mendidik anak dari dalam kandungan selama 9 bulan lagi. Lihat kembali sejarah Luqman Hakim dalam melahirkan generasi soleh dan solehah, beliau mendidik anak 20 tahun sebelum lahir. Fikir-fikirkan wahai sahabat..

  • Entry kali pertama dalam label Didik Si Manja, ana kongsikan info yang berguna kepada ibu bapa dan sahabat2 sekalian dalam mendidik anak berjalan sopan. Jom baca entry ini.

  • Tidak kira sama ada di hadapan tetamu atau bersama ibu bapa di rumah, anak-anak hendaklah dididik adab berjalan yang betul, ini termasuklah :

  • 1. ketika hendak lalu biasakan kepada anak2 dengan sebutan meminta izin seperti, "minta maaf, saya minta lalu."

  • 2. berjalan dengan sopan dan tidak menghentak-hentakkan kaki
  • berikan senyuman ketika sedang lalu.

  • 3. sekiranya ibu bapa sedang duduk berehat di ruang tamu, anak-anak jangan dibiarkan melangkah-langkah kaki ibu bapa sesuka hati.

  • 4. apabila berjalan bersama ibu bapa, anak-anak sebaiknya berjalan di belakang mereka sebagai menghormati ibu bapa, jangan sampai dianggap biadab.

  • 5. ajarkan juga kepada anak-anak berjalan berkumpulan spaya selamat dari mara bahaya.
(sumber : Majalah Anis, bil. 163, mac 2011.)
  • Sekadar info kepada ibu bapa dan sahabat2 yang akan menjadi ibu ayah.. Awasi anak2 kita, jaga keselamatan mereka.

  • Sekali lagi ana berpesan, didik anak kalian dengan ilmu agama yang cukup. Ini hasil temu ramah ana dan kekawan kepada beberapa guru besar dan pengetua sekolah dalam kajian keberkesanan pendidikan awal dalam menangani masalah sosial masa kini :

  • 1. Memilih metod Islam sebagai pendekatan dalam mendidik kerana datang dari Allah.

  • 2. Akhlak Islam mesti diutamakan dalam pendidikan.

  • 3. Carikan mereka ilmu dunia untuk kehidupan di dunia dan ilmu akhirat sebagai penyelamat. Penguasaaan dua ilmu ini mampu membentuk akhlak.
4. Asas dia kena kenal agama.


Berkata Ibnu Maskawaih dalam Tahdzibul Akhlaq.

“ Sedangkan pendidikan dan pengajaran orang dewasa banyak menemui kesukaran,

“ sebagaimana dikatakan dalam ungkapan : ' Kucing dewasa tidak boleh dididik '.


Itulah yang dilukiskan seorang penyair :

“ Pendidikan di masa kecil akan bermanfaat sedangkan ketika tua tidak berguna. Sesungguhnya ranting jika engkau luruskan akan menjadi lurus sedangkan batang jika engkau luruskan tidak akan lurus.”


Justeru daripada ungkapan ini, ana mendapati bahawa kenyataan di atas adalah satu teori yang digunakan dalam pendidikan anak-anak di peringkat awal lagi. Pendidikan awal ini mempunyai kuasa tersendiri.

wallahu 'alam..

Sunday 1 May 2011

12 Wajah Di Padang Mahsyar

0 comments
Assalamualaikum wbt....

Tahun demi tahun berlalu....sudah 2011. Hari demi hari berlalu...hari ini dah masuk bulan Mei 2011. Maka apakah yang telah kita lakukan??

Setelah dipanjangkan umur sehingga hari ini, maka laluilah hidup ini dengan muhasabah dan penuh kesedaran. Seriuslah kita semua dalam menjadi hamba Allah SWT dan umat Nabi Muhammad SAW..

Entry bulan 5 ini, ingin ana kongsikan tentang keadaan pada hari kiamat. Semoga entry kali ini memberi keinsafan dan kesedaran kepada semua khususnya ana sendiri. Pada hari kiamat, umat Islam akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan dengan membawa amalan mereka sendiri.

Hadis riwayat daripada Aisyah r.a. menjelaskan :

"Aku pernah mendengar Rsulullah SAW bersabda : " Umat manusia ini pada hari kiamat dikumpulkan pada suatu padang gondol (tidak berpohon, tidakberumput dan tidak berair), padang pasir putih seperti roti. Di sini mereka dikumpulkan dengan keadaan bertelanjang bulat. Masing-masing saling melihat aurat mereka. Dalam riwayat lain, dikatakan masing-masing mereka itu saling melihat".
(Riwayat Bukhari)

Keadaan Di Padang Mahsyar

Maka dinyatakan oleh Rasulullah 12 barisan berkenaan iaitu :

1. Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah SWT : " Mereka itu adalah orang2 yang ketika hidupnya meyakiti hati jiran, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

2. Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah yang berfirman : "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka ..."

3. Mereka datang dalam bentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
Allah SWT menjelaskan : " Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

4. Diiring dari kubur dalam keadaan darah seperti air pancutan keluar daripada mulut mereka.
Allah SWT menegaskan : " Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

5. Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Allah SWT menegaskan : " Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

6. Diiring dari kubur dalam keadaan kepala mereka terputus daripada badan.
Allah SWT berfirman :"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

7. Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
Allah SWT menegaskan : " Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

8. Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
Allah SWT berfirman : " Mereka adalah orang yang berzina, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

9. Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api yang bernyala.
Allah SWT menyatakan : " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

10. Diiring dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.
Allah SWT berfirman : " Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

11. Diiring dari kubur dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut, dan keluar berbagai-bagai kotoran.
Allah SWT menegaskan : " Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka ..."

12. Diiring dari kubur dengan wajah bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih menegaskan : " Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak melakukan kebaikan. Mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia mereka sempat bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang, dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih ..."


Subhanallah, begitu sekali Allah SWT menyayangi hambaNya. Semoga kita termasuk dalam golongan yang ke 12. Amin..
Dan nauzubillah, berdoa semoga kita bukan dari 11 golongan tersebut di atas. Amin..

Maka, di sini sama-sama kita rentasi hidup kita dengan penuh muhasabah dan kesedaran. Kita perlu mendalami diri kita, kehidupan kita, memandang semula ke belakang, melihat pula masa hadapan, dan memerhatikan apa yang patut kita lakukan sekarang.

Tepuk dada, tanyalah Iman..
(^_^)








 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template