Thursday 24 February 2011

SEM 2 DI UNI. MALAYA

0 comments
Assalamualaikum..

lama dah tak berceloteh di alam blooger.. hari ni malas nk g maktabah. so, terluang ckit untuk cek segala2nya di alam cyber. lamak dah tak cek emel n buka blog. hari ini ada kesempatan, sy buat segala2nya..

Kini, sy dah masuk sem kedua di Universiti Malaya. Sem pertama dah berlepas dengan jayanya. Alhamdulillah, keputusan amat membanggakan. Terima kasih Allah.. Bermula fasa penulisan untuk disertasi sem ini. Selesai je jumpa penyelia hari tu, lega sangat sebab prof. kata tajuk ok dan boleh la isi borang pertama untuk pengesahan tajuk. maka bermulalah penulisan research proposal merangkap bab pertama dalam penulisan disertasi sy. Sebenarnya bukan senang nak amik master ni. betapa susahnya juga nak cari masa utk deal ngan penyelia dan macam2 lagi dugaan dan menguji sangat kesabaran. begitulah hidup seorang pelajar master..

Paling sy tak boleh bayangkan. setiap kali nak g maktabah je, mesti pikirkan sakit kepala. balik je umah mesti sakit kepala di buatnya dan migrain pun datang bertandang..salah satu faktor yang menyebabkan sy jadi malas nak g library zaba kt UM tu. Kene membaca banyak thesis2 yang lepas, kertas2 kerja seminar, koleksi persidangan dan banyak lagi..huhh.. kemudian analisis dan simpulkan, ni kerja sy tiap2 hari untuk menyiapkan bab pertama disertasi sy. mencabar gak sambung master ni..

Tapi itulah kehidupan sy kini. sakit kepala gak nak pikirkan, kene wat planning. tentukan bila kene baca thesis, bila pula kene menaip dan nak wat ayat untuk penulisan dan paling susah untuk idea bab ke bab..mengajar sangat untuk berdisiplin dan masa itu bagaikan emas..
Apapun, sy harus buat dan lakukan yang terbaik kerana Allah suka hambaNya yang sentiasa melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Sy sentiasa berdoa untuk kuat hadapi semua ini dan dipermudahkan..

Rabu kelmarin sy dah pun siapkan bab pertama. Ingatkan nk jumpa penyelia sy khamis tu untuk semakankan, tapi penyelia sibuk mggu ni. I'Allah mingggu depan baru boleh jumpa. so, terpaksa tukar perancang balik.. Kita merancang, tapi Allah yang tentukan. Walaupun dah wat perancangan, tapi tak semestinya kita boleh ikut 100% apa yang kita rancang. Itulah cabaran yang paling 'tinggi ckit' tak berapa tinggi la setakat ni :) yang perlu dihadapi oleh seorang pelajar master..

Sebenarnya, sy rindu sangat ngan keluarga. nak balik kampung. tapi, sy kene selesai semuanya dulu. jumpa penyelia untuk semakan bab pertama itu amat penting. kalo dah boleh diterima, baru cari tarikh presentation untuk proposal tu dan kemudian baru blh cari tarikh nak balik sarawak. kene balik gak sebelum wat bab seterusnya. dah 5 bulan dok sini, masti la rindu ngn keluarga dan kampung halaman. nak nangisss...wawawawawa....

Insya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.
Ameen..



 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template