Saturday 1 December 2012

Peringatan !!

0 comments
Assalamualaikum WBT...

Rasanya sudah lama ana tak 'update' blog.. Tibe2 teringat dengan blog, my blog adalah salah satu cara ana mengajak sahabat2 merenung dan berfikir sejenak dan yang paling penting kita sama2 muhasabah diri..

Terasa kosong minda dan hati bila tidak diisi dengan ilmu. Terasa jauh dari dunia bila satu hari apatah lagi seminggu, 2 minggu atau sebulan tidak membaca atau mengorek ilmu baru. Asyik sibuk dengan kerja, ana rasa ada 'something' yang kosong di dada yang tidak diisi.. Oh, patut la rasa kosong, 2 hari dah tak buka ilmu (buku/kitab) untuk dibaca.. Tambahan juga, 2 minggu dah tak buat usrah dengan adik-adik, macam2 je halangan bila kami dah pilih tarikh.. 


Ya Allah, bersyukur dan terima kasih kepadaMu kerana masih diberi peringatan serta taufiq dan hidayah dalam tuntutan ilmuMu.. 

Sahabat-sahabat, renung dalam diri kita, muhasabah sebelum tidur.. apa yang kita dah buat and apa yang patut kita lakukan tetapi tidak dilakukan lagi.. Dalam setiap detik kita, pernafasan kita adakah sentiasa bersama Allah? Renung sejenak..

Adalah sangat rugi apabila diri seorang hamba yang lalai untuk tidak mengingatiNya.. Latih dalam setiap hembusan pernafasan kita dengan kalimah Allah.. Jangan ada sedetik pun terlepas dari menyebut namaNYA..

Kita akan merasa tenang dalam melakukan setiap langkah perjuangan atas titian yang membawa kepada ibadah.. Kita inginkan setiap perbuatan kita menjadi satu ibadah.. InsyaAllah, setiap yang kita lakukan tidak akan sia-sia..

Sengaja ana mengajak sahabat2 untuk berfikir dan ia juga menjadi peringatan kepada ana sendiri dan sahabat2 sekalian.. Jom sama-sama membentuk peribadi yang mulia..

Teringat satu kata-kata yang boleh ana kongsikan di sini :
" Peribadi yang mulia ialah pandai dan percaya akan kekuatan dirinya sendiri, akal, perasaan dan kemahuan yang sudah ada dalam jiwa sejak dalam kandungan. "

waallahu 'alam.. 

Monday 15 October 2012

Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan

0 comments

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang Allah bagi kepada kita semua dan keranaNya ana dapat berkongsi satu hadith kepada sahabat-sahabat sekalian. Semoga ia menjadi I’tibar kepada kita semua.. Jom, ana mengajak sahabat-sahabat semua merenung dalam masa seminit hadith ini dan fikir-fikirkan..


Islam Dan Ekonomi Saling Memerlukan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.”
 
Riwayat at-Thabrani

Huraian

i) Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan.

ii) Kedhaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya adalah berpunca daripada kegagalan mereka sendiri mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

iii) Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk tujuan keakhiratan dan melaksanakan ibadat. Contohnya untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan dengan secukupnya.

iv) Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri di mana selain daripada dapat mengelak ia dimanipulasi dan ditindas oleh orang lain, mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut oleh agama.

v) Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam itu sendiri. Dalam masa yang sama ia memudahkan umat Islam dieksploitasikan oleh orang lain.


Wallahu ‘alam…

Thursday 20 September 2012

Hilangnya KEBERKATAN Perkahwinan Itu...

0 comments

Assalamualaikum sahabat2 yang sentiasa berkunjung My blog “Dzatun Nithaqaini”

Bismillahirrahmannirrahim, ana mulakan..

Alhamdulillah, ana diberi peluang lagi untuk update blog kesayangan ana ini.. semoga entry kali ini sebagai perkongsian yang bermanfaat kepada kita semua. Semoga Allah SWT memberkati usaha penulisan ini..

                                                   sweetkan gambar ni... (^_^)

Perkahwinan adalah sebuah kehidupan yang menarik dan menggembirakan yang ditunggu oleh setiap insan. Yela, siapa yang tidak inginkan seorang teman yang sentiasa menemani di sisinya 24 jam setiap hari. Daripada teman ketika makan sehinggalah teman semasa bertahajud. Sungguh indah alam perkahwinan yang dibayangkan oleh setiap insan yang terbuka hatinya untuk menyempurnakan sunnah ini.

Perkahwinan yang bahagia dan diredhai bukanlah senang untuk diperoleh. Ada syarat-syarat yang perlu kita lakukan. Tapi bukanlah susah dan tidak logik seperti syarat untuk meminang Putri Gunung Ledang. Namun , ia memerlukan mujahadah yang tinggi dan pengorbanan yang tulus. Untuk mendapatkan kebahagiaan dan keredhaan memerlukan satu lagi elemen yang berkait rapat iaitu KEBERKATAN. Keberkatan adalah anugerah dari Allah kepada hambaNya yang sentiasa mengikuti garis panduan yang ditetapkan. Yang menjaga dosa dan pahala, halal dan haram.
Persoalannya bagaimanakah caranya untuk mendapatkan keberkatan ini?

Keberkatan ialah satu benda yang suci dan tidak akan sesekali diperoleh dengan cara yang kotor. Cuba kita lihat berapa banyakkah kes cerai di negara kita terutama di kalangan artis-artis terkenal. Bercinta bertahun-tahun bagai nak rak, berkahwin secara besar-besaran tapi akhirnya tidak sampai berapa bulan bercerai. Ya, mungkin kita kata tiada jodoh. Tapi faktor sebenarnya ialah tiadanya keberkatan.
Kenapakah saya mengatakan tiada keberkatan? Lihatlah bagaimana proses sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.

Kapel/Bercinta
Kapel pada masa ini sudah menjadi kebiasaan yang terlampau biasa. Dari budak sekolah hinggalah budak U. Majoriti berkapel. Kehidupan mereka yang berkapel ini seolah-olah seperti suami isteri yang sah. Bergayut, pawagam, shopping, bertukar-tukar hadiah dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan saat berkapel ini. Dan kadang-kadang terlanjur sedikit ‘beringan-ringan’(nauzubillah). Indah sangat saat ini dirasakan. Dunia ini seolah-olah milik mereka.  Tetapi kalian tidak sedar yang keseronokan ini hanyalah berdasarkan nafsu semata. Kalian ditipu bulat-bulat oleh Iblis laknatullah. Beginikah  perjalanan kalian untuk menjadi sah? Perjalanan yang penuh dengan dosa dan maksiat. Mengetepikan halal dan haram. Kenikmatan yang sepatutnya halal hanya ketika bergelar suami isteri sudah dikecapi. Cuba fikirkan bagaimana KEBERKATAN akan diperoleh jika perjalanan sebelum perkahwinan seumpama ini.

Pertunangan/Bait Muslim(BM)
Syabas bagi mereka yang bertunang atau telah melalui proses BM ini. Namun saya agak terkilan segelintir  mereka yang menyalahgunakan kaedah pertunangan atau BM ini. Walhal mereka adalah orang yang faqih atau faham pengertian ikhtilat. Kebanyakan mereka digoda secara halus oleh syaitan, sedikit demi sedikit akhirnya tewas.  Mungkin mereka tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang berkapel yang saya sebutkan di atas seperti tidak bertemu secara bedua-duaan. Tapi syaitan adalah seekor makhluk yang bijak memperdayakan manusia.  Dibisikkan di telinga berhubung atas dasar keperluan. Padahal perkara itu jika tidak dilakukan tidak mendatangkan mudarat pun terhadap hubungan. Lama kelamaan bila dah terbiasa perasaan bersalah akan hilang dan bermulalah dosa dan maksiat dalam pertunangan/BM. Mulalah episod yang tidak diredhai dalam pertunangan/BM. Bersms dengan panggilan-panggilan yang manja, bergayut  kerana kerinduan. Bila ini terjadi apakah bezanya dengan kapel yang kalian sendiri ingin tegah?

Kadang-kadang perkara ini terlampau kecil untuk dilihat dengan pandangan yang dikaburi nafsu. Lihatlah dengan mata hati. Duduk sejenak dan muhasabah dengan ilmu dan iman untuk melihat. Maksiat-maksiat ini lah yang nanti akan menutup pintu KEBERKATAN di alam perkahwinan nanti. Simpanlah kemanisan dan kenikmatan itu untuk dikecapi semasa bergelar suami isteri yang mana mendatangkan pahala kepada kita bukannya dinikmati sekarang yang menumpahkan dosa kepada kita.

“Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa itu seperti gunung yang akan menghempapnya bila-bila masa. Sedangkan orang munafik melihat dosa seperti lalat yang hinggap di hidungnya, ditepisnya begini dan begitu” -Hadis

 Ana doakan kalian dan ana sendiri dihindari dari maksiat-maksiat seumpama ini.. (^_^)

--Perkongsian dari sahabat ana kpd shabat2 perjuangan,insyAllah—

Saturday 25 August 2012

Ei'dul Fitri

1 comments

Salam Aidilfitri kepada sahabat-sahabat sekalian.
Maaf Zahir & Batin ...

Ikhlas Dari Kami Sekeluarga (^_^)




Monday 23 July 2012

Tersedar Dari Lamunan .....

0 comments
Assalamualaikum…
Marhaban Ya Ramadhan al-Karim..
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua..
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Amin..


Ramadhan datang lagi, pernahkah kita terfikir kenapa Allah SWT adakah bulan Ramadhan untuk hambaNya??

Hidup ini tak pernah rasa puas.. Sebagai seorang manusia, kita semua inginkan sesuatu yang memuaskan hati.. Apatah lagi zaman sekarang, zaman yang canggih.. Semua keinginan kita akan tercapai di hujung jari sahaja..

Tetapi sebagai seorang hamba pernahkah kita muhasabah diri? Pernahkah kita merasa puas dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada hambaNya.. Kadang-kadang terpikir, adakah kita termasuk dalam golongan orang yang tak pernah bersyukur, belum puas dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.. (Nauzubillah..)

Selain itu, setiap dugaan yang Dia uji kepada kita, pernahkah kita mengambil pengajaran dan iktibar dalam kehidupan ini.. kenapa kita diuji seperti ini? Adakah kerana pernah melakukan dosa yang tanpa kita sedari, maka kita diuji dengan cabaran dan dugaan yang begitu sukar untuk kita lalui tetapi Allah tidak akan memberi ujian dengan hambaNya yang tidak setimpal dengan kemampuanNya..
Muhasabah diri dan ujian yang datang kepada hambaNya adalah satu jalan hambaNya mengetahui bahawa Dia lah tempat hambaNya tempat bergantung..

Apabila kita menyedari hal ini, rasa bersyukurnya kerana masih mendapat rahmat daripadaNya Yang Esa.. Ketinggian kesyukuran yang tidak dapat diungkapkan dengan manisnya kata-kata hanya dapat diluahkan dengan turunnya setitik air jernih dari kelopak mata menuruni lurah pipi hambaNya.. Setitik demi setitik hingga menjadi tangisan kegembiraan sehingga terungkap ucapan Alhamdulillah yang tiba-tiba terkeluar dari bibir manis hambaNya.. Ya Allah besar sungguh keagunganMu.. Kasih sayangMu terhadap HambaMu…

Subhannallah, Alhamdulillah, Allahuakbar…

Wednesday 13 June 2012

Tenangnya Hati Ini.

0 comments
Salam kepada my blog..
Sudah lama ana  tak 'mengupdate' blog. Kerana masa yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak disangka-sangka bahawa saya boleh melibatkan diri dalam bidang yang saya minat dan impikan dari dulu lagi. Alhamdulillah, cantik sungguh Allah mengatur kehidupan kepada hambaNya.
Kalo tak silap ana, weekend minggu lepas baru free. dengan selama sebulan lebih sibuk dengan aktiviti tersebut..

Hari ini, ana berpeluang lagi untuk menulis entry dalam 'my diary' ini. 
Hari selasa lepas 12 Jun 2012, alhamdulillah ana dah submit my thesis untuk kali pertama lebih kurang pkul 2 lebih petang. Bersyukur yang teramat tinggi kepada Allah SWT, akhirnya ana selesaikan penulisan ana. Tidak juga dilupakan kepada semua kekawan yang sentiasa membantu mahupun dari segi zahir dan batin, 'sekalung emas syukran' ana ucapkan kepada mereka yang terlibat. Semoga jasa kalian dibalas oleh Allah SWT dengan dipermudahkan segala urusan. Amin... 
Dari sekarang, dalam masa 3 bulan ana  menunggu panggilan dari pihak UM untuk submit kali terakhir, baru menentukan ana boleh konvo dan maka tamatlah ana sebagai pelajar lagi. Alhamdulillah, dengan usaha dan pelbagai masalah dan halangan apatah lagi dengan jiwa yang kadang-kadang ada rasa 'down' dapat diatasi dan ditempuhi berakhir untuk bidang master syariah fiqh dan usul di Universiti Malaya. Tapi jangan lupa selagi kehidupan diteruskan di alam fana ini, kita akan sentiasa mendapat ujian daripada Allah SWT kerana kita berhak mendapatkannya.

InsyaAllah, ana akan pulang dan kembali ke kampung kelahiran ana pada 24 Jun 2012 ini. Menunggu dan menanti apa yang ditentukan kepada kita dan menerimanya..

Ya Allah, ampunkan dosa ana. Ampunkan dosa ana. Ampunkan dosa ana...
Hanya keampunan yang mampu yang ana minta kepadaMu Ya Rabb..
Kekalkan perasaan Cinta ini hanya untukMu Ya Fattah..
Amin Ya Rabb al-'Alamin.. 


Thursday 12 April 2012

Hormati Anakmu

0 comments
Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Sudah lama ana tak update blog untuk label 'Didik si Manja'.. Kerana sibuk dengan thesis ana sehingga tidak ada masa untuk berkongsi ilmu dengan sahabat2 sekalian.. Alhamdulillah, hari ini ana diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu sekali lagi di alam maya ini. Bersyukur ke atas Mu Illahi..

Apa yang dimaksudkan dengan tajuk di atas? Hormati anakmu?? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan.. Kenapa ibu ayah kene hormati anak mereka sedangkan anak pun tak hormat mereka??

Arhhh... Itu la yang ana nak kongsi dengan kalian.. Bagaimana kita atau mak ayah hendak mendidik anak yang bertanggungjawab dan menghormati Orang Tua mereka.. Fikirkan bagaimana latar belakang seseorang hasil didikan ibu bapa yang berbeza-beza. Ibu bapa mengambil proses yang lama ketika membenihkan sikap negatif dalam diri anak, sama ada secara sedar atau tidak. Mereka juga mahukan perubahan anak dalam sekelip mata..

Fikir-Fikirkan wahai ibu ayah dan yang bakal menjadi ayah dan ibu..

Selalu kita dengar pesanan bahawa anak-anak mesti menghormati ibu ayah mereka.. Tapi ada segelintir daripada anak-anak mengatakan ini tidak adil asyik anak yang diingatkan supaya hormat kepada ibu bapa..

Fikir-fikirkan la wahai anak-anak kenapa kita diingatkan supaya hormat kepada ibu bapa..

Apa yang perlu kita ketahui dan kita sedari di sini adalah ibu bapa pun perlu hormat kepada anak sekiranya mahu dihormati..

Didikan yang terbaik untuk anak-anak adalah didik mereka semasa kecil lagi. Ajarkan mereka apa itu hormat dan tanggungjawab.. Bermula dari ibu bapa dulu baru turun kepada anak-anaknya. Sebagai ibu bapa, hormati anak-anak sebagaimana ibu bapa mahu dihormati.. Maka kita akan melahirkan seorang anak yang bertanggungjawab..

Fahamilah disebalik kata-kata tersebut wahai ibu dan ayah.. Apakah yang dimaksudkan ibu bapa perlu hormati anak mereka untuk mendidik mereka..

Waallahu 'alam..

Keyakinan Kita Terhadap Allah SWT

0 comments
Assalamualaikum...

Bagaimana keyakinan kita terhadap Allah dalam kehidupan ini ?? Kadang-kadang kita mendapat hidayah daripada Allah adalah melalui pembacaan buku2, majalah2 dan banyak lagi..

Entry ana kali ini ingin berkongsi kepada sahabat2 sekalian dengan ilmu yang ana dapat daripada pembacaan satu novel "Sebarkan Cinta-Mu" yang ditulis oleh Fatimah Syarha.. Penulis yang ana sangat minati dan kagumi.. Semoga apa yang ana kongsikan hari ni medapat keberkatan dariNya dan apply its teaching as guidance in their daily lives. Amin..


Ana ambil sedikit part di dalam novel tersebut : -

" Kamu terlalu yakin pada masa hadapan," nilai Pak Musa.

" Allah yang memberi kayakinan. Biarlah masalah ini tidak dapat diselesaikan sekarang. Ia memberi ruang untuk kami mengadu kepada-Nya. Mungkin Dia suka pada rayuan kami, sebab itu Dia masih tidak memakbulkan doa kami. Kami juga tetap bahagia dapat merintih kepadaNya," kata Pak Yodong.

Apa yang ana dapat simpulkan daripada kisah di atas menunjukkan bahawa tidak salah untuk kita terlalu yakin dengan apa yang kita impikan tetapi perlu dengan usaha dan doa kita kepada Allah SWT.. Kita hendaklah bersangka baik dengan -Nya..

Jangan terlalu cepat berputus asa dengan setiap apa yang kita usahakan.. Allah pasti menguji hamba-Nya.. Ana ambil contoh ; jangan terus mengalah untuk berdoa atas sebab doa kita tidak dimakbulkan atau lambat untuk dimakbulkan.. Teruskan usaha kita dalam berdoa kerana kita percaya Allah merancang yang terbaik untuk hamba-Nya dan berbahagia dengan usaha kita itu kerana ia pasti menghasilkan kejayaan yang kita inginkan..

P/S :
Lupakah kamu pada sabda Nabi yang sangat menghiburkan, 'Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, meyelesaikan segala masalahnya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka.'

Waallahu 'alam....

Sunday 1 April 2012

Motivasi Diri..

0 comments
Assalamualaikum...

Kadang-kadang banyak masalah dan dugaan yang kita hadapi dalam menempuh kehidupan lebih-lebih lagi dalam menuju kejayaan.. Tidak semudah yang kita sangka untuk memperolehi kejayaan kalau tidak melalui keperitan dan kepahitan untuk mendapatkan sebuah kemanisan kejayaan..

Ketika kita bersendirian di alam fana ini, kita perlu ingat bahawa hanya Allah sahaja tempat kita bergantung dan ingatlah bahawa kita belum lagi bersendiri sebenarnya kerana Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya yang dikasihi..

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Allah yang berkehendak dengan setiap apa yang berlaku.. Allah juga yang tahu apa yang terbaik dan paling terbaik untuk hambaNya.. so, jangan terlalu bersedih dengan setiap dugaan dan ujianNya.. Semoga kita sentiasa di bawah naunganNya untuk menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan bersabar.. Amin..

Saturday 25 February 2012

Cerita NIKAH

0 comments
Assalamualaikum...

Terasa nak pos something untuk sahabat-sahabat..
Tahun ni, ramai sahabat-sahabat yang akan mendirikan masjid. So, tahniah untuk sahabat-sahabat sekalian. Semoga perkahwinan kalian mendapat keberkatan Allah SWT..

Ana terbaca satu posting kat blog adik ana ni, sangat menarik untuk dikongsikan bersama.
Jadi, ana pun nak kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian atau ada sahabat yang berniat untuk berkahwin dan yang masih berkawan tapi menghadapi masalah-masalah hati seperti :-

" Nak kawin ke tak ni?? alah... risau la pulak, nnti mak ayah dia kata ape?? arghh...pening!!"
" Perempuan ni dah la baik dan berpelajaran tinggi pulak tu, aku ni ape je di bandingkan dengan dia.. apa kata orang kampung pulak?? susah la!!"

Ni la ayat-ayat yang biasa berperang dalam diri kita..
So, entry kali ni ana ambik (minta izin la.huhu (^_^) dari blog adik ana. Semoga dengan entry kali ia dapat membantu mengatasi masalah-masalah hati sahabat-sahabat sekalian.
Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. Amin..

Tidak la disangkakan yang kita zaman ini senantiasa di tipu dunia dan suku sakat iblis, syaitan dan nafsu...termasuk la aku si cacai ni.. sebelum tu aku mohon maaf..ye la kita manusia nie...bukan lah kita bodoh cuma mungkin kita lupa kot..lalai la sedikit...tp x pe,,hari2 kite kene cari titik perubahan...walaupun aku ni nampak gaya rocker sakai-sakai gitu,,bukan ustaz, tak layak pun nak bercerita isu2 keagamaan ni.....kisah cerita nie aku potong sikit bagi pendek....ntah mane aku cilok,aku pun dah lupa dah..kalau tak,,boleh aku bagi link....

baik lah sebelum tu..perempuan dan lelaki kena la bersedia dengan persoalan-persoalan mcm
nie dari diri kita sendiri dan org tua kita :
nak kawen ngn sape? keje ape? kerajaan ke ? peniup seksefon? penguam? pemain muzik?? kelulusan dia ape?? ijazah? master? phd? boleh ke? eh mana boleh, cari la yang setaraf dengan kamu.... x kan nnti nak makan pasir?? eh jagan la..?? susah nnti?? untuk kebaikan kamu jugak...masa depan kamu jugak... "mak nak tengok anak mak hidup senang,bahagia"...
comel kan kata2 diri kita dan mak ayah kita.."tu untuk kebaikan tu".... bkn salah mereka, kesian mak dan ayah kita...sebenarnya itu bukan kata2 mak ayah kita,,itu kata2 dunia, iblis, syaitan dan nafsu..kadang-kadang iblis dan syaitan melalaikan manusia dengan kebaikan..tidak semestinya dengan kejahatan...jadi selamatkan lah kita sendiri dan mak dan ayah kita dari bisikan dan tipuan dunia ini...

.baik lah, ni kisah yang aku janjikan tadi...kisah nya aku potong terus sampai.......


Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.
Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?
Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.
Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.
Tapi cuba fikir, perlu tidak?
Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?
Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.
Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?
Fikir2kan lah sendiri...
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.
Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.
Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?
Harga lampin pakai buang?
Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.
Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.
Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.
Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.
Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.
Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.
Buat apa menyusahkan suami?
Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.
Berkahwinlah!
Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

Betul tak apa yang dia kata tu?

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

Sebelum tu aku kongsi kan sikit hadis-hadis Rasulullah :

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Wallahu 'alam segala silap dah salah itu terzahir oleh cacai diri ku....

Sekian..

Saturday 18 February 2012

Matlamat 1433H / 2012M

0 comments
Fuhhh... Berdebu nyee.. Lame dah tak update, sibuk memanjang je (^_^)

Pejam pelik, dah masuk 1433H /2012M.. Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari. .Adakah begitu juga perkara-perkara yang kita lakukan sepanjang kehidupan, semenjak kita sudah tahu membezakan baik buruk sehingga dewasa seperti ini ditimbang dengan betul?? Muhasabah diri kita setiap hari!

Alhamdulillah, kerna Iman dan Islam kita masih diberi kesempatan untuk menilai setiap nikmat yang Allah SWT kurniakan untuk kita dan bersyukur itu adalah satu ungkapan yang begitu indah untuk diluahkan kepadaNya..

Sehingga hari ini, sebagai hamba kita masih perlu bersyukur dan bersabar dengan setiap dugaan, cabaran dan kebahagian yang Allah berikan kepada kita.. Banyak dugaan yang ditempuhi dan begitu juga dengan kebahagiaan yang kita rasai.. Semuanya perlu diungkapkan dengan bersyukur walaupun pahit yang ditelan.. Jangan mudah mengeluh dengan sesuatu yang kita rasai susahnya dugaan tersebut tetapi disebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan yang besar Allah SWT ingin berikan di kemudian harinya..

Dan hari ini juga, kita akan teruskan dengan bersabar untuk setiap inci kehidupan dengan bermacam-macam onak duri di muka bumi ini yang sentiasa mengekori dari arah belakang kita.. Dengan bersyukur dan bersabar la yang akan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat..

Belajar untuk menjadi orang yang bersyukur dan bersabar..

Tahun 1433H sudah bermula.. Azam ana kali ini adalah untuk meningkatkan lagi keperibadian menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dan bersabar. Amin..

Wallahu'alam..
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template