Tuesday 22 March 2011

Apa Nilai Facebook Kepada Diri Anda? Bermanfaat ke?

1 comments
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, semalam ana pergi maktabah Zaba' UM. Dah semiggu tak pergi sebab kemalasan menular. hehehe..

Tapi, semalam memang hari yang memberi kepuasan dan berjaya bagi ana kerana telah menyiapkan draf bab 1 untuk disertasi. Ingat nak pergi lagi hari ni, untuk cari bahan2 lagi untuk tambahan isi dalam draf bab 1. Tapi hujan lebat pula. So, tak jadi pergi.

Pada kali ini, entry ana bukan berkisarkan tentang perkara di atas. Tapi kali ini topik yang ana nak bawakan kepada pembaca semua adalah mengenai facebook (fb). Facebook merupakan salah satu layanan jaringan sosial internet yang gratis di mana kita dapat membentuk jaringan dengan mengundang teman kita. Seperti yang kalian semua ketahui, kini fb sudah menjadi salah satu benda yang sangat penting dalam kehidupan masa kini. Tanpa fb hidup ini tidak lengkap dan tidak update la sekira anak2 muda, ibu2 and bapa2 yang tidak mempunyai fb pada zaman sekarang. Betul x?

Ana bukannya nak mengata orang ada fb tu tak baik. Kalo fb itu 'dilukis dan diwarnai' dengan warna atau cat yang baik, Insya Allah ia membawa kepada 'lukisan' yang baik serta cantik untuk dilihat dan sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama. Selain itu, sekiranya ia digunakan dengan jalan dan tujuan yang betul, ia akan membawa kepada tanggapan yang positif kepada orang yang tidak atau belum mempunyai fb dan orang yang mengunjungi fb kita.

Semua sedia maklum bahawa fb adalah satu layanan jaringan sosial internet yang digunakan untuk mencari dan menyambung kembali silaturrahim kekawan kita zaman sekolah dulu2 yang sudah lama tidak berhubung. So, fb inilah yang akan menemui tali yang dah lama putus untuk di sambung kembali. Sungguh unik dan menarik apabila kita memberi huraian tentang fb ni kan..sungguh bermakna bagi kehidupan kita.

Persoalannya. Adakah fb yang diterangkan di atas seperti itu pada masa ini? ana pernah mengunjungi beberapa fb anak2 remaja. Perlukah kita meletak status tentang diri kita and bercerita apa yang berlaku kepada diri kita pada hari itu. Kalo cerita itu bermanfaat untuk dikongsi, itu tidak mengapa. Ini bercerita sehingga membawa kepada perkara2 yang mungkar seperti mengumpat dan seterusnya menjadi fitnah. Adakah itu baik bagi kita semua?

Kawan2, ingat fb itu yang akan melambangkan peribadi orang yang mempunyai fb itu. Seseorang boleh menilai kita melalui tulisan dan gambaran apa yang dia 'lukis dan warnai' dalam fb-nya. Gambar2 yang di upload, chek balik dan nilai balik. Adakah patut aku letak gambar ini? dan adakah perlu letak gambar aku yang berbagai-bagai ragam? Ingat, gambar juga satu benda yang boleh membawa kepada kemungkaran!!

So, di sini ana ingin mengajak kalian untuk muhasabah balik tentang facebook. Apa nilainya fb kepada kalian. Jawapan di tangan anda dan anda yang meletakkan fb itu bertujuan apa. Kalo ia baik bagi pendapat anda teruskan. Tapi bagi yang terasa bahawa fb dia membawa kepada perkara2 mungkar setelah dianalisis dan dinilai semula oleh kalian sendiri. Boleh ubah 'corak lukisan' tersebut menjadi corakan yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan entry ana kali ini. Bukannya ana tidak menyokong dan tidak bersetuju dengan adanya fb. Tapi kita perbetulkan yang baik kepada lebih baik. Sekian..
Wallahu 'alam..

Wednesday 16 March 2011

Motivasikan Diri Anda.

0 comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana masih dikurniakan Islam dan Iman kepada semua dan termasuk diri ana sendiri masih diberi kesempatan untuk menulis entry kali ini. Semoga ia memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kehidupan ini penuh dengan perkara-perkara yang baik dan buruk. Oleh dengan demikian, motivasikan diri dan perasaan kita dengan perkara-perkara positif. Perlulah setiap diri kita ini menentukan perkara-perkara yang perlu kita lakukan pada hari-hari yang kita lalui dengan suatu yang berfaedah. Maksudnya, "jadikanlah hari anda dengan penuh keberkatan".

Cubalah ketika kita mendirikan solat subuh, untuk duduk dengan khusyuk dan menghadapkan diri ke arah kiblat 10 minit, lanjutkan dengan perbanyakkan zikir dan berdoa. Mintalah kepada Allah hari yang indah, hari yang baik dan penuh keberkatan, hari yang bahagia, serta hari yang berisi kejayaan, kesolehan, dan keberuntungan. Mintalah kepadaNya hari tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari yang rezekinya berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungannya luas, atau, hari yang iada kekeruhan di dalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan.

Semua itu datangnya dari Allah. Dari Allahlah kebahagiaan dipinta. Dari Allahlah rezeki diharapkan. Dari Allahlah kebaikan diharapkan. Duduk seperti ini - isya Allah - akan menjadi jaminan bagimu dalam menghadapi hari yang penuh berkah dan bermanfaat.

Janganlah anda hiraukan segala sesuatu yang
tidak mampu anda selesaikan, sebagai
penggantinya, curahkanlah waktu anda
untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu
yang mampu anda perbaiki.
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template