Sunday 22 November 2009

berdoa untuk keteguhan hati

0 comments
Kunci sukses ada di dalam hati.
Sukses di dunia dan di akhirat.
Hati adalah sumber akhlaq, tingkah laku, cara berpikir, perasaan,
dan tentu saja tempat iman dan taqwa.

Memang tidak mudah menjaga keteguhan hati. Dan, salah satu cara untuk menjaganya ialah dengan memohon kepada Sang Pemilik hati kita, iaitu Allah SWT. Bahkan Rasulullah saw pun, selalu berdo’a agar hati beliau tetap teguh.

Dalam hadits riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya ra., berkata,
"Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja."

Inilah kunci sukses. Saat hati kita sedang semangat, maka mintalah kepada Allah untuk meneguhkan hati kita agar tetap semangat. Semangat akan menghasilkan tindakan luar biasa dan tindakan luar biasa akan menghasilkan sukses luar biasa. Semua berawal dari hati, dan Allah yang membolak-balikkan hati kita, maka berdo’alah. Yang membolak-balikkan hati kita adalah Allah. Jadi mintalah keteguhan hati kepada Allah.

Wednesday 16 September 2009

Sepanjang Kaki Melangkah

0 comments
Tanpa disedari waktu berlalu begitu pantas. Sepantas kilat yang menyambar. Islam mengajar kita agar menghargai waktu kerana setiap detik waktu adalah bernilai ibadah. Tidak perlu menunggu waktu tertentu utk membuat pahala kerana apa jua kerja yg kita lakukan asalkan baik dan diniatkan kerana Allah SWT akan diberi pahala. Namun tidak dinafikan kesibukan telah menjadikan kita lupa arah dan tujuan hidup. Cuba kita berhenti seketika utk merenung di mana kita sedang berada dan ke mana akhirnya kehidupan kita dan apa pula persiapan kita utk semua itu.

Sesuai dgn sifat zaman; masa yg berganti zaman juga berubah. Umat Islam terpaksa menghadapi realiti hidup yang terpisah-pisah dgn undang2 yg tidak lagi menyatukan mereka dgn umat Islam lain di negara yang berbeza. Perang di sana sini masih panjang dan masih berdarah. Bukankah ketenangan itu seharusnya menjadi milik kita? tetapi kenapa pula suasana hari ini berlawanan daripada hakikat itu semua; lahirnya pemuda pemudi dgn jiwa kosong dan sebagainya. Dimana silapnya? Bukankah manusia itu tidak hanya pada fizikalnya semata-mata. Tetapi sebaliknya memiliki jiwa utk diisi dgn keimanan dan ketakwaan yg akan menjadikan jiwa kita kuat dan kental, pasrah dan sabar seterusnya membangkitkan keazaman dan ketinggian jiwa? Berapa kali kita meneliti hati kita di depan cermin keimanan agar kita dapat melihat kecacatan jiwa kita dan berapa kali kita hiaskan jiwa kita dan mengemaskinikan akhlak kita?

Hakikatnya masa terus berlalu meninggalkan kita dan ketenangan akan tetap bersemadi kukuh menjadi lipatan sejarah. Jadilah semalam sebagai pengajaran, esok sebagai harapan dan hari ini sebagai medan beramal. Mukmin yg sedar akan hakikat ini akan tersungkur sujud kepada Yang Maha Pencipta dan menguruskan alam yang hebat ini dgn penuh keinsafan dan rendah diri lalu terlerailah keegoan yg menjadi benteng antara kebatilan dan kebenaran semasa kita semua akan terus bersatu sesama Islam . Apa jua pembaharuan dalam apa jua bentuk pastikan dapat mencerminkan imej yang positif terhadap Islam dari semasa ke semasa.

Tuesday 15 September 2009

Pengalaman jadi Pensyarah d UITM

0 comments
dah lama tak jenguk blog..hari ini ada peluang, so terus nak posting,hehehe.

Minggu ni dah masuk 4 minggu ana jd seorang pensyarah sambilan sepenuh masa di UITM Sarawak. Pengalaman yang cukup menarik sebenarnya. sebab menarik sangat, sampai terdemam ana. Hri ni dah 5 hari ana demam dengan selsema, batuknya n pening, tapi ana kuatkan jg semangat utk datang kje.

Mula2 ana jd pensyarah kn, penaaatt sgt. dah la kelas ana jauh2 dari tmpt bilik pejabat ana. Sampai lenguh kaki ni..huhuhuhu. Tapi, sebagai seorang pendidik mereka tak kenal penat, lenguh dll demi utk mendidik anak bangsa utk mjdi orang yg berguna.

Ana pensyarah CITU (Pemikiran dan Kefahaman Islam). Di UITM, ana ada 9 kelas. Ada 4 kelas utk students muslim ana ajar dan 3 kelas utk students non muslim. Mula2 kekok rasanya mgajar students non muslim tentang agama kita tetapi lama2 ana jd biasa. Sebab nak fahamkan mereka tentang kejadian manusia dri perspektif Islam dan kenapa manusia perlu ada agama. Alhamdulillah, ana sampai hari ni dah tak kekok malah rasa seronok pula mgajar mereka tentang agama kita iaitu Islam. kadang2 mereka persoalkan tetapi mereka paling banyak boleh memahami dan menerima pelajaran tersebut. Ada yg berkata banyak persamaan dari segi kejadian manusia dari agama mereka kristian cuma ada sedikit perbezaan dan penambahan. cth, kejadian manusia.

Sebagai pensyarah ni, ana rasa paling senang utk kita barda'wah. Mengajak dan memberi kesedaran kepada pelajar2 universiti apa yg berlaku dengan Islam sekarang. Ajak mereka meneliti dan renung balik kenapa kita Islam.. Terutama sekali mengajak mereka kepada muhasabah diri sendiri dalam ibadah kepada Allah..

Okey la. nanti ana bercerita lagi pengalaman ana.. nak kene study ni utk bersedia masuk kelas.
Ni pun ana dapat coret isi hati ana dalam blog ni sebab td tgh wat nota utk students, dah penat mata mngadap komputer, terus teringat ngan blog yg dah lama tak di update..

bobai.....

Sunday 21 June 2009

Haflah Takhrij...

0 comments
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat juga ana meluangkan masa petang ni nak posting. Entry kali ni nak berkongsi pengalaman Majlis Konvo kami di Jordan..

17 Jun 2009 hari yang paling manis dalam hidup ana dan kawan-kawan seperjuangan. Hari graduasi kami pelajar-pelajar fakulti Syariah dan pengajian Islam Universiti Yarmouk kali ke- 30 di Universiti Yarmouk, Jordan. Perasaan bercampur baur. Ada rasa gembira, sedih, takut dan macam-macam rasa dalam hati. Tak tahu macam maner nak gambarkan..

Bermacam-macam cabaran dan liku-liku kehidupan kami sebagai perantau dan penuntut ilmu di bumi anbiya' ini selama 4 tahun. Sedar atau tidak sedar, kami sudah bergelar graduan dari Universiti Yarmouk. Dengan berkat doa ayah, ibu dan kekawan kami berjaya membawa segulung ijazah untuk mereka. Terima kasih Allah.

Jam 2 petang majlis bermula. Suasananya seperti pasar borong atau mungkin seperti menonton pesta bola di stadium.. Suasana hingar-bingar dengar suara pekikan, nyayian dan pukulan gendang yang kuat membuatkan telinga hampir pekak dibuatnya.. Tetapi inilah dia suasana haflah khirij di sini.


ketibaan rais jamiah dan pensyarah2

Kami graduan2 diarah untuk berdiri dengan ketibaan rais jamiah dan barisan doktor2, pensyarah-pensyarah falkulti Syari'ah dan yang lain. Kami diperdengarkan dengan nyanyian lagu negara Jordan dan lagu Universiti Yarmouk. Kami semua dibenarkan duduk. Selepas itu, Pengerusi Majlis menjemput seorang wakil pelajar naik di atas pentas untuk memberi ucapan. Sewaktu ucapan tersebut, ana menitiskan airmata tatkala, ucapannya yang mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir diatas kejayaan anak2 mereka. Tiba-tiba teringat kepada bapa dan mak ana di Sarawak.. Terbayang di kotak minda ana, alangkah seronoknya kalau mereka ada bersama dengan ana pada hari itu berkongsi kejayaan ini.


Ana tak nak bercerita panjang macam maner sebenarnya suasana konvokesyen di Jordan, sebab kekawan ana yang lain dah ceritakan suasana tersebut dalam blog mereka. Kalo nak tahu ceritanya, sila tengok my blog list di sebelah kanan anda. Tapi point pentingnya, Majlis Konvo di Jordan berbeza sangat dengan Mjlis Konvo di Malaysia.


ini la suasana masa konvonya, yang kat tengah2 tu semua graduan2..



Thursday 4 June 2009

Berkat Doa Ayah Ibu....

0 comments
Hari ini dh masuk hari ke 3 ana cuti, dah habis exam. So, tamat la ana bergelar sebagai mahasiswa di Universiti Yarmouk Irbid, Jordan.. sedih la juga. Akhirnya....dengan menghitung tahun, bulan dan hari genaplah ana 3 tahun ...........? kalo ana dan kekewan balik awal bulan 7 ni, malas la nk kira berapa bulan dan hari, sebab tak dapat tarikh lagi nak balik bila yang pasti balik bulan 7 (dalam usaha cari tiket)..
Ya Allah, dengan berkat doa ayah, ibu, kakak, adik dan kekawan sampai juga ana ke penghujungnya (untuk peringkat ijazah). Tanpa mereka semua, kejayaan kita semua tidak akan sempurna.
"Ya Allah permudahkanlah kami semua menduduki imtihan duniaMu, jadilah debaran dijiwa kami disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu, dengari rintihan kami yang sanggup bersusah demi ilmuMU, terimalah air mata kami sebagai penyejuk kemurkaanMu, belailah jiwa kami disaat kami terkulai lemah agar terhindar kami dari mengharapkan selainMu..

Inilah doa yang ana sering lafazkan. Ana sentiasa risau, takut bila musim peperiksaan dan saat menunggu keputusan atau markah pekse. Kekawan semua, kita sebagai pelajar kekadang kita tak dapat keputusan seperti apa yang kita usahakan. Lagi-lagi kalo kita dah berusaha, ada yang sampai tak tidur semalaman tapi keputusan markah sangat mengecewakan..Itulah lumrah kehidupan, banyak dugaan dan cabaran. Kenape? Kalo kita gagal, itu tandanya Allah nak kita merendah diri dan bersyukur kepadaNya. Dan kenape kita dah berusaha tapi markah mengecewakan? maknanya, Allah nak kita berusaha lagi, ada sesuatu yang kita tak usahakan lagi, maksudnya mungkin dari segi ibadat, doa dan tawakal kita kepadaNya. Sebab itu ada slogan kata "usaha + doa + tawakal.. Kekawan, jangan lupa, selepas kita usaha, kita perlu iringkan dengan doa dan tawakal.. Tawakal adalah penting, jangan kita buat sesuatu tapi tak bersandarkan kepada Allah. Itulah satu kesalahan seorang hambaNya..
Seorang pelajar cemerlang adalah seorang yang sentiasa menjaga ibadahnya kepada Allah, gerak gerinya hendaklah semua berpandukan syariat, keberkatan guru, ayah dan ibu perlu dijaga, yang paling penting adalah doa dan doa dari ayah ibu... Ini yang ana selalu buat, jangan lupa untuk minta doa diorang. setiap kali nak pekse mesti ana akan call mak n apak ana. Seorang pelajar yang cemerlang juga adalah atas usaha ayah dan ibu. Ana nak cita sikit pengalaman ana kat Maahad Johor dulu..
Masa tu ana amik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kat sana kita orang ada exam semester, 2 kali, lps tu ada percubaan dan last sekali exam yang sebenarnya untuk STAM seluruh Malaysia. STAM ni, dikira semua lulus baru boleh lulus. Kalo gagal satu, gagal semua. Takut masa tu.. Bila ana dapat keputusan semester kali 1, ana gagal. Sama juga dengan keputusan semester ke 2 sampai ke percubaan, ana tetap gagal disebab satu madah je ana gagal semua gagal. Sedih masa tu. Tapi bapa dan ibu tak pernah marah dan sentiasa bagi kata semangat kat ana.
"Ada hikmah disebalik semua tu sebab bukan dik tak berusaha, tapi Allah nak uji.. Apak selalu doakan dik. Berusaha lagiiii.. Doa apak dan mak sentiasa mengiringi usaha dik, "bapa ana bagi nasihat masa ana call dari Maahad Johor.
Ana sedih sangat masa tu, tapi ana percaya Allah itu Maha Adil. Ana berusaha hinggalah ana menduduki peperiksaan sebenar STAM pada bulan 9 2004. Selesai pekse ana balik sarawak pada bulan 10 2004.. dalam fatrah menunggu ana sering berdoa supaya lulus dengan cemerlang.
Tiba masa yang ditunggu, bulan 6 2005 keluar keputusan. Ana terus call Maahad Johor.
Alhamdulillah ana dapat keputusan Mumtaz..Ana menanggis menitik airmata kegembiraan. Tak tergambar, 3kali pekse ana gagal tapi tak sangka keputusan sebenar ana dapat mumtaz..Ana kongsi kegembiraan ini ini dengan keluarga. Masa tu bapa tak ada kat rumah pergi kebun. Ana bagitau mak sehingga mak menitis airmata kegembiraan. mak cita, masa ana kat Maahad Johor, bapa sering bangun tiap2 malam solat dan berdoa untuk diri ana..Sedih sangat!!! Itulah usaha bapa dan mak ana tambah dengan doa + usaha ana sehingga ana berjaya. Ana rasa tak sabar nk kongsi kegembiraan ini dengan bapa ana. Tepat jam 6 petang, bapa sampai depan pintu dapur rumah ana, tidak hilang lagi kepenatan orang tua itu. Ana dah bagitau yang ana dapat keputusan mumtaz dalam STAM. Bapa terkejut dan sama macam mak menitis airmatanya. Dia kata, hilang terus rasa kepenatannya dan tak sia2 doa kami dan usaha dik.. Ana menanggis masa tu didepan semua keluarga ana. "Terima kasih semua, tanpa doa korang dik tak akan dapat kejayaan ini, "ucap ana kepada mereka semua..
Bukan ana nak berbangga dengan cerita ana ni kepada semua. Tapi ana nak semua tahu kejayaan kita adalah bergantung dengan keberkatan kita kepada ayah ibu dan doa mereka. Jangan sekali2 derhaka kepada mereka dan jangan lupakan mereka bila kita dah berjaya. Satu lagi, jangan kita rasa kecewa sangat bila dapat keputusan exam yang tidak memuaskan bila kita dah berusaha sungguh2. Ingat kalo kita gagal, mungkin Allah nak beri kejayaan yang lebih besar lagi kepada kita. Sering berdoa untuk bagi semangat dengan diri kita. Doa pastikan dengan usaha..Percaya Allah itu Maha Adil dan sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar..

Tuesday 19 May 2009

Anda ingin kelihatan lebih cantik dan menarik???

0 comments
Apa kata jika anda serikan diri anda dengan make-up tradisional yang dianjurkan oleh saloon keimanan muslimah.
  • Jadikan "Ghaddul Basar" sebagai hiasan mata, nescaya mata anda kelihatan lebih bening dan jernih buat selama-lamanya.
  • Oleskan "Lipstik kejujuran" pada bibir, nescaya bibir anda semakin manis dan memikat hati semua orang.
  • Gunakan "Pemerah Pipi" dengan kosmetik yang diperbuat dari rasa malu yang boleh didapati secara langsung di Saloon Keimanan, nescaya pipi anda akan kelihatan bersih dan suci serta menyenangkan hati sesiapa sahaja.
  • Gunakan "Sabun Istiqfar" yang amat mujarab bagi menghilangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan , nescaya anda akan lebih berseri dan memikat hati.
  • Rawatlah rambut dengan "Jilbab Islami" yang dapat mengelakkan dari pandangan ajnabi, nescaya rambut anda akan kelihatan lebih bermaya dan menawan.
  • Hiasilah kedua tangan dengan "Gelang Tawaduk" dan jari jemari anda dengan "Cincin Ukhuwah", nescaya tangan serta jari anda lebih manis dan cantik.
  • Bedaklah wajah dengan "Air Wudhuk", nescaya wajah anda lebih bercahaya dan anggun walaupun anda telah mengembara hingga ke akhirat.

TAZKIRAH

Sabda Rasulullah SAW:
" kebekuan air mata itu dari kerasnya hati, kerasnya hati itu dari banyaknya dosa, banyaknya dosa itu daripada lupa mati, lupanya mati itu dari banyaknya angan-angan dan mencintai dunia itu sumber segala dosa. "


Friday 8 May 2009

La Tahzan....

0 comments
La Tahzan.......

Allah menguji KEIKHLASAN apabila kita BERSENDIRIAN,

Allah beri KEDEWASAAN apabila kita BERMASALAH,

Allah melatih KESABARAN dalam setiap KESAKITAN,

dan Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita SAYANG kecuali dengan menggantikan dengan yang LEBIH BAIK.


Renunglah....
Pengalaman mengajar erti KEDEWASAAN....


"Gunalah tiap detik untuk bertasbih, tiap minit anda untuk berfikir, dan tiap jam anda untuk beramal.."

Sunday 3 May 2009

Renungkan....

0 comments
"Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya. Bila tanggisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segala tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. Bila tidak yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya....."

"eeeeee....Hari ini, semua tak kene....knape ngan aku hari ini???," ngomel tasya.
Astaqhfirullah al a'zim...Tasya beristiqhfar dengan keadaan dirinya.

Tasya tidak tahu kenape dengan dirinya. Tidak bersemangat, apatah lagi untuk membuka buku mengulang kaji pelajarannya. Ada je yang tak kene, buat ni salah buat tu pun salah. Kesian kawan2 serumahnya habis kne marah tanpa sebab. Masanya banyak terbuang begitu saje dengan asyik melayan moodnya yang tak tentu pasal tanpa sebab..

"Tasya adalah seorang yang bukan macam tu, tak pernah marah kecuali sebab tertentu tapi cepat reda. Dia tidak suka membuang masa. Masanya sentiasa diisi dengan perkara yang berfaedah, ulang kaji. Masa kosongnya sentiasa diisi dengan membaca Al-Quran. Dia seorang yang sangat tenang dan sangat sopan," kata aisyah kawan serumahnya kepada kawan2 yang lain.
Semua kawan2nya hairan melihat keadaan tasya seperti itu...

Assalamualaikum semua..

Baru dapat jenguk balik my blog sebab kekangan masa. Hari ni saje je ana nak bawa kepada kalian tentang realiti kehidupan kita sebagai mahasiswa dan seorang hambaNya.Apa yang dapat kite renung daripada cerita di atas??

Kekadang, dalam seharian hidup kite tak semestinya best. Ada yang hari mereka dengan penuh kemurungan, ada yang tenang, seronok dan ada yang moody..

So, apa hikmah kite diatur kehidupan sebegini oleh Allah?

Sebab Allah nak kite sebagai hambaNya sentiasa bergantung kepadaNya. Amalan yang kite lakukan seharian pada siang dan malam la yang memandu setiap gerakan feel and mood kite. Begitu juga dengan kekhusyukan solat kite. Dan dengan amalan kite seharian juga la yang akan memberi keberkatan kepada masa kite. How?

Masa bangun pagi tu, kite dah mulakan dengan berdoa, doa bangun tidokan? dan selepas berdoa, kite mula la buat plan apa yang kita nak buat pada hari tu sampai kite tido balik. Tapi hendak la disertai dengan niat kerana Allah.

Insya Allah, dalam seharian kita jika semua perkara kite buat kerana Allah ia akan menjadi satu ibadah kepada kite. contoh: nak mandi, dengan niat mandi kerana Allah. So, mandi kite dah menjadi satu ibadah kepada kita.. InsyaAllah, kalo kita jaga setiap kelakuan dan setiap perbuatan kita supaya dalam jagaan Allah dan RahmatNya, Kita pasti akan mendapat keberkatan masa itu kerana masa kita tidak disia-siakan dengan perkara2 yang tak berfaedah. Bila suatu hari, kita merasa keje kita tak cukup masa, asyik nak cepat tapi kje tak siap2, semua benda tak kne dalam sehari tu dan tak seperti hari2 biasa di mana kite sentiasa dalam ketenangan utk hadapi seharian kite. Apa maknanya?

Tu maknanya, kite telah ditinggalkan oleh keberkatan masa dan muhasabah balik kenape dan di mana salah kita dari bangun pagi tu? Sebab tu orang kata, bila dari pagi tu mood kite dah tak baik pasti akan dibawa ke petang..

Renunglah.. Tekad dalam diri kite, kite tak nak jadi orang yang ditinggalkan oleh masa dan dalam seharian kita akan sentiasa mendapat keberkatan masa..

Syukran semua, sudi dengar ana bercoloteh..


Thursday 2 April 2009

Naikilah Perahu Keselamatan

0 comments
Assalamualaikum....

Al-Quran dalam bahasa Arab,
Nabi kita dari bangsa Arab,
dan Risalah di datangkan kepada org arab,
Apa yang korang buat utk Agama???
begitulah bait2 yang doktor lontarkan kepada kami dalam muhadharah selasa lepas. Soalan ini dia tujukan khas kepada budak2 arab...

Aku bermonolog sendirian, aku sebagai ISLAM...Apa aku buat utk agama?
Jangan kita fikir doktor hanya tujukan soalan tu kepada arab saje, disebabkan bait tu berakhir dgn arab. Kita boleh bersenang lenang dan tidak ada perasan langsung utk memahami soalan tersebut...

Kepada kekawan semua, APA KITA BUAT UTK AGAMA KITA???
Apa jawapannya??
Jawapannya ada pada kita sendiri dan sebelum jawab soalan ni, tanyer dulu pada diri kita. Adakah aku ISLAM SEJATI?adakah Islam aku hanya pada nama?

Wahai Tuhan semesta alam,
Sesungguhnya aku berserah diri kepada Engkau.
Ya Tuhanku,kasihilah kelemahan kami.
Engkau adalah Maha Penyayang.

Aku telah membaca puluhan kisah tentang artis lelaki dan perempuan dari majalah2, sering aku dengar cerita2 dimana mereka suka kepada hal2 yang tidak berguna, hal2 yang melalaikan, dan hal2 yang main2..Aku berkata kepada diriku: "Alangkah bodohnya!"

Di manakah kaum muslimin, muslimat, orang2 mukmin, orang2 yang jujur, orang2 yang selalu menahan dirinya, orang2 yang selalu beribadah. Apakah umur yang terbatas dan pendek ini akan berlalu dengan aktiviti yang sia2 dan yang mudah membawa kepada maksiat? Apakah engkau memiliki umur yang lain? Apakah engkau memiliki hari2 yang lain? Apakah engkau memiliki perjanjian dgn Allah bahawa engkau tidak akn mati? Demi Allah, ini mustahil! Ini kebodohan, kebohongan yang nyata dan cita2 yang tidak akan pernah tercapai.

Kalau demikian, lakukan penghisaban terhadap diri sendiri (muhasabah diri), perbaharuilah arah tujuan (tajdid niat), bersemangat dalam melangkah. Segeralah bergabung dengan kekawan kita utk kembalikan cahaya Islam dan naikilah perahu keselamatan! (fikirkan apa yang saya maksudkan dengan NAIKILAH PERAHU KESELAMATAN.....

Friday 27 March 2009

Gubahanku

0 comments
Assalamualaikum.....

Leganyerrrrrrr....dah habis ulang tajuk yang masuk exam esokkkk:) "eh,dah tahun terakhir rupanye aku ni. Tinggal 2 bulan lagi utk berjihad dalam ilmu Allah di bumi anbia ni," aku bermonolog sendirian. Terasa nak posting sesuatu kat blog la pula.

Teringat semalam, kte tido pkul 1.30pagi sebab nak habiskan gubahan hantaran kawin untuk Ma'rad Yarmouk. Untuk tahun ni kami pelajar malaysia memilih tema perkahwinan.
Tahun ni kte wat gubahan lagi utk ma'rad. Tahun 1+3 dulu kte wat gubahan sejadah : payung dan kipas, gubahan telekung : baju kebaya, gubahan tuala: buah anggur dan gubahan cincin.

Apa pula gubahan kte tahun ni?



Nampak takkk?

gubahan telekung: BUNGA


(pandangan dari depan..)

gubahan sejadah: KERUSI
kegunaan utk letak Al-Quran


(pandangan dari tepi..)




TENGKOLOK

ni pula bunga telur....

yang ni bukan kte gubah, adik2 yang gubah sndiri..

lepas kte ajar diorag mlm tu. sampai2 je kt umah, siap dah bunga telurnyer.....

pandai diorang, xsia2 kte turunkan ilmu kat diorag..hehehe


Ni la salah satu kenangan yang paling best yang hampir 4 tahun kte kat jordan bersama-sama dgn kekawan. Sampai sini la kte paling banyak curahkan ilmu seni kite ni...

"Terima kasih mak....darimu ku belajar semua ini dan keranamu ku punyai bakat keseniaan yang ku amik dari minatmu......"

Sayang makkkkkk...arkkkkk,rindunyer kat mak..

Thursday 19 March 2009

JADILAH HARI ANDA PENUH DENGAN KEBERKATAN

0 comments
Assalamualaikum...

Bersabarlah bila bencana datang menimpa
nescaya Tuhan akan mendatangkan jalan keluarnya.

Cubalah ketika anda mendirikan solat subuh, untk duduk dengan khusyuk dan menghadapkan diri anda ke arah kiblat sepuluh minit atau seperempat jam, kemudian lanjutkan dengan memperbanyakkan zikir dan berdoa. Mintalah kepada Allah hari yang indah, hari yang baik penuh keberkatan, hari yang berbahagia, serta hari yang berisi kejayaan, kesolehan, dan keberuntungan. Mintalah kepadaNya hari tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari yang rezekinya berlimpah, kebaikannya banyak, perlindungannya luas, atau hari yang tiada kekeruhan di dalamnya, yang tiada pula kesusahan dan kesedihan.

Dari Allahlah kebahagiaan dipinta. Dari Allahlah rezeki diharapkan. Dari Allahlah kebaikan diharapkan. Duduk seperti, InsyaAllah akan menjadi jaminan bagimu dalam menghadapi hari yang penuh berkah dan bermanfaat.

Dan ingatlah, bila anda melakukan pekerjaan atau sedang duduk adalah hendaklah anda mendengar sesuatu daru Kitabullah, baik dari kaset mahupun dari radio yang bacaannya dilakukan oleh seorang qari' yang patuh khusyuk', lagi merdu suaranya.
Dia memperdengarkan kepada anda sebahagian dari ayat-ayat Allah SWT yang ada dalam kitabnya dan anda mendengarkannya dengan penuh perhatian dan khusyuk. Maka akan menjadi bersihlah hati anda dari kekeruhan, keraguan dan kecurigaan yang mencemarinya, lalu anda akan kembali menjadi baik keadaannya dan lebih lapang dadanya daripada sebslumnya.

Pesanan saya ngan kekawan, jangan lupa untuk sentiasa membuka lembaran kitab Allah dan membaca dan bertadabbur untuk beberapa minit dalam sehari. paling kurang pun, selepas solat 5 waktu..Renung balik dengan zaman kita sekarang, xyah jauh2. tgk je negara kita malaysia atau negeri atau kampung kita sendiri. Ada berapa orang Islam yang nak membaca dan bertadabbur dengan ayat Quran? Sedangkan org kristian sekarang, memandang agama dan orang islam itu adalah sangat buruk dan teruk di mata mereka. Dengan perbuatan orang Islam,cth kes2 rogol, mencuri, dadah dn sebagainya. semua palakunya dari org Islam. Macamaner tak nya islam itu dipandang buruk oleh mereka. lebih2 lagi memang tujuan mereka utk hapuskan Islam. Yang paling saya nak tekankan, bukannya agama Islam yang teruk tetapi ' PENGANUT ISLAM ' nya yang tidak tahu menilai betapa CANTIK DAN INDAHNYA ISLAM itu.

Kita ubah la diri kita dahulu untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Matlamat kita adalah ALLAH SWT.. Mulai hari ini kita berhijrah dan bantu diri kita dan kawan2 utuk bangkit balik Islam di mata semua orang bahawa ISLAM ITU SANGAT CANTIK.
Wallahu'alam...
Luahan dari hatiku..

Tag dari Ahiasah

2 comments
Assalamualaikum....

Sekian lama dah tak jenguk my blog, pagi ini baru ada kesempatan,huhuhu. Sibuk dengan imtihan dalam minggu ni... Bila buka je, saya dapat tag dari cik Alhanin. Jadi dengan kesempatan ni, saya nk jawab tag ni, ye cik alhanin..


1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenape anda memilih nama itu?

Nama blog saya "Dzatun Nithaqaini". Saya memilih nama ini kerana saya teringat kisah kehidupan Asma' iaitu anak kepada saiyidina Abu Bakar yang dijuluki Dzatuun Nithaqaini (Wanita yang memiliki 2 ikat pinggang). Kisah Asma' ni boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita. Dia melalui hidupnya penuh dengan kesabaran dalam menghadapi kesulitan hidup kemiskinan. Selain itu, ia juga selalu berkeinginan kuat untuk taat kepada suaminya dan mencari keredhaan Allah SWT. Kalo nk tahu kisah dia lebih lanjut, cari n baca sendiri:)


2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

(Http://dzatunnithaqaini.blogspot.com). Nama ni sedap je bila didengar, jadi saya amik je terus dari nama blog saya tu, simple jee.. Senanggg.. tak payah la nak cari banyak nama tok blog lain link pun lain..hehehe


3. Apakah metod penulisan dalam blog anda?

Berkongsi yang bermanfaat. Sabda Rasulullah SAW :
بلغوا عني ولو اية


4. Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar(dakwah)?

Alhamdulillah. Kira tengah2 la. Setakat ni, tak ada la sampai tak pernah aktif kat luar(dakwah). Sebagai hamba Allah kita perlu ada berdakwah, sekurang2nya dakwah fardiyah la yang penting kita lakukan terlebih dahulu. Kalo ikutkan, penulisan ni pun tak la aktif sgt, Sebab malas juga nk duduk depan tenet 24jam...


5.Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Setakat ni, tak terasa pun nak wat camtu. Blog ini, bagi saya adalah salah satu cara kita hendak menyampaikan dakwah dari segi penulisan dan berkongsi yang bermanfaat..


6. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Soalan yang sgt best, hehehe. Blog cik Alhanin ini saya suka buka dan baca penulisannya. sebab ilmu pengetahuan bertambah. Yang paling best, bila kita baca blog cik Alhanin ni. Saya rasa dengar dia bercakap je. hahahahaha


Apa-apa pun, terima kasih bebanyak tag saya. Dengan soalan yang diajukan, menyebabkan kita ingat balik apa tujuan kita menulis blog dan yang paling penting. Kenape kita pilih nama n link blog kite seperti itu dan ini? Nama yang kita pilih itu melambangkan identiti blog dan empunyer blog itu tersendiri...

Jadi, dikesempatan ini. Saya nak tag kawan saya yang mempunyai blog juga. Saya tag yang ada nama di bawah ini:

-encik hafizul
-musafir di bumi Syam
-ukthie hajar (just)

Tuesday 10 March 2009

Sejarah Maulidur Rasul

1 comments
Assalamualaikum...

SEJARAH MAULIDUR RASUL

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.
Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

P/S :
Kepada semua kekawan...
Setiap kali menjelang 12 rabiulawal, pasti ramai umat Islam tidak akan lupa utk menyambut maulidur Rasul..
Dengan ini saya ingin mengetahui apa hukum sebenarnya kita menyambut perayaan Maulidur Rasul ini. Adakah ia wajib, sunat atau haram?
Saya akan cuba mencari hukum maulid ini atau ada sesiapa yang boleh membantu saya di dalam pencarian ini...
Syukran...

Sunday 1 March 2009

BERSOLAT GANTI BERYOGA UTK KESIHATAN

0 comments
Assalamualaikum....
Kepada semua kekawan, di sini saya ingin berkongsi ilmu dengan kalian daripada apa yang saya dapat di laman web (www.pkpim.net/v2/orga).
Bersolat ganti beryoga utk kesihatan.....
Sama ada halal atau haram senaman yoga, umat Islam tidak perlu kecoh- kecoh atas kesedaran bahawa mereka mampu memelihara kesihatan tanpa senaman berkenaan. Kalau masih ada pihak yang mempertikaikan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa amalan senaman berkenaan haram, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa yang mempertikainya sedang terlena dalam kejahilan yang teramat sangat. Cuba perhatikan kenapa alim ulama kebanyakannya lebih lanjut usianya. Jarang benar guru-guru sekolah pondok umpamanya mati pada usia masih muda gara-gara diserang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Kebanyakan mereka mati kerana sakit tua.

Antara rahsianya adalah kerana mereka banyak sembahyang sunat selain daripada sembahyang wajib lima waktu sehari semalam. Alim ulama akan tidur selepas Isyak dan akan bangun selepas pukul 12.00 tengah malam melakukan sembahyang malam.
Mereka akan tidur sekejap sebelum masuk waktu Subuh. Sebaik-baik sahaja bangun dari tidur, mereka akan sembahyang sunat Fajar, sunat Subuh dan tidur sekejap untuk kemudiannya akan bangun dan menunaikan sembahyang sunat Dhuha.

Rukun sembahyang yang rata-rata melibatkan kegunaan anggota badan itu sendiri lebih bersifat kepada gerakan senaman sama ada rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, bersimpuh ketika membaca tahyat, malah ketika berpaling kanan kiri ketika memberi salam.
Semalas-malas umat Islam menunaikan sembahyang yakni dengan hanya menunaikan sembahyang fardu sahaja pun, mereka akan melakukan 17 rukuk, 17 iktidal, 68 kali sujud, 32 bersimpuh dan 10 paling muka ke kanan dan 10 paling muka ke kiri.
Kebanyakan alim ulama akan memastikan jumlah sembahyang yang dilakukan adalah 50 rakaat sehari semalam bila dicampur jumlah sembahyang sunat dan fardu. Lazimnya sembahyang sunat dilakukan sebanyak dua rakaat.

Maknanya setiap hari mereka melakukan 50 rukuk, 50 iktidal, 318 sujud 164 kali bersimpuh, 76 memalingkan muka ke kanan dan 76 lagi memalingkan muka ke kiri.
Dengan sebanyak itu pergerakan anggota badan dilakukan, maka ia sudah lebih daripada cukup bagi tujuan senaman untuk kesihatan badan.
Lagi pun dengan memperbanyakan sembahyang, bukan sahaja badan akan sihat tetapi akan mendapat pahala berganda di samping otak dan dada akan menjadi lapang.
Antara tujuan direnggangkan waktu-waktu sembahyang juga adalah untuk mengingatkan kita bahawa pemikiran dan badan perlukan rehat.
Kebanyakan alim ulama juga suka berkebun, memancing dan pelbagai aktiviti berbentuk riadah, seperti menunggang kuda, menembak dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sedemikian juga ada kaitan dengan penjagaan kesihatan, kerehatan mental dan fizikal serta kawalan perbelanjaan harian.

Kenapa kita mesti ikut tatacara untuk kesihatan badan yang bertentangan dengan Islam? Kenapa kita tidak 'fotostat' kehidupan alim ulama ke dalam kehidupan kita. Bukankah alim ulama juga mencontohi kehidupan Rasulullah SAW ke dalam kehidupan mereka. Memilih kehidupan yang bercanggah dengan sunnah bermakna kita memilih kecelakaan.

Wednesday 25 February 2009

Segenggam Tabah

0 comments
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah pun setitis
gugur berderai di pipi


Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian


Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan diperjalanan
kau beban luka yang berdarah
kau balut hati yang calar


Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu


Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya..
 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template