
Tuesday, 24 May 2011
Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.Net

Saturday, 21 May 2011
Makan Bersama Kekawan..
Friday, 20 May 2011
Membentuk Anak Berbudi Bahasa
Assalamualaikum..
Anak-anak sememangnya sangat dekat dengan fitrah kejadian manusia yang sangat positif. Tiada sebarang keraguan kecuali pengaruh sekeliling yang membentuk pengaruh itu.
Contoh yang paling mudah, kita sering menakutkan anak-anak dengan lipas, cicak gelap dan pelbagai lagi. Sehingga mereka membentuk rasa takut kepada sesuatu dan mula timbul keraguan. Di sini, sifat negatif mula berakar di dalam hidup mereka. Amatlah besar peranan ibu bapa dalam pembentukan anak-anak sehingga ke sebesar-besar perkara sehinggalah kepada perkara yang remeh yang kita anggap tidak akan membawa apa-apa impak dan kesan kepada anak-anak kita. Di situlah mungkin kita terlepas pandang dan apabila tersedar perkara tersebut telah menjadi barah yang sukar untuk dipulihkan.
Begitu jugalah untuk membentuk anak menjadi orang yang berbudi bahasa dan tingkah lakunya sedap dipandang mata. Perkara yang menjadi keutama an dalam usaha ini ialah, mencipta suasana sekeliling yang solehah dan penuh dengan kesantunan. Di rumah, anak-anak ini perlu dibiasakan untuk meng ucapkan terima kasih, tumpang lalu, minta maaf dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang positif. Sedari kecil perkara ini perlu dititipkan.
Contohnya apabila meminta anak mengambilkan barang, mulakan dengan perkataan tolong. Begitu juga ucapan terima kasih sete lah permintaan tersebut ditunaikan. Ucapan-ucapan yang positif ini akan membina suasana yang positif di dalam rumah dan membentuk emosi dan peribadi yang positif .
Peri pentingnya, perkataan yang kecil dalam membentuk emosi yang stabil dan karakter yang baik. Ini kerana, apabila kanak-kanak ini sudah terbiasa menggunakan perkataan-perkataan ini di rumah mereka juga akan mempraktikkannya di luar rumah.
Belajar Meniru
Kebiasaannya manusia menyukakan sesuatu yang baik dan cantik. Justeru peribadi yang baik ini membantu anak untuk mendapat kawan-kawan yang baik juga di luar rumah. Akhirnya, kuasa positif tadi akan terus berkembang dan cukup kuat untuk menentang perkara-perkara negatif.
Tidak cukup dengan perkataan, budi pekerti yang baik juga perlu dipraktikkan menerusi perbuatan. Di sini, kita perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Minta izin dan membongkokkan sedikit badan untuk lalu di hadapan mereka yang lebih tua waima di hadapan suami.
Mengenakan pakaian yang sopan walaupun berada di rumah dan bersalaman sebelum keluar bekerja atau sebelum tidur dan pelbagai lagi contoh yang baik. Kanak-kanak hebat dari segi pemerhatian. Kuasa dan daya observasi mereka sangat tinggi.
Dari sini mereka akan belajar untuk meniru semua yang dilakukan oleh orang yang dekat dengan mereka. Pastikan mereka mendapat banyak contoh positif daripada kita dan cuba kurangkan kesilapan kerana ini sangat-sangat mempengaruhi pembentukan anak. Seperti juga perkataan, apabila mereka terbiasa dengan suasana yang bersopan dan berbahasa ini mereka akan dapat mempraktikkannya dengan baik.
Namun, tidak semua yang kita lakukan dan ucapkan akan dapat diikuti dengan baik kerana fi trah mereka yang ingin mencuba semua perkara. Di sini, ibu bapa perlu bercakap dengan anak-anak dengan cara lembut. Tegur kesilapan mereka dengan baik dan terangkan kenapa perlu bersikap sopan dan baik. Teguran dan peringatan yang acap kali diucapkan dan di demonstrasikan di hadapan mereka sedikit demi sedikit akan diadaptasi dengan baik malah menjadi sebati dengan jiwa mereka.
Anak-anak ini juga perlu dibawa ke tempat awam, majlis, rumah-rumah kenalan dan saudara mara. Di sini mereka akan mempraktikkan apa yang dipelajari di rumah. Contohnya, bagaimana untuk bercakap dengan orang yang lebih tua, yang sebaya atau yang lebih kecil. Semua ini perlu di bawah seliaan ibu bapa, jika mereka tersalah, kita tegur dengan baik. Pengalaman yang berbeza ini akan lebih mematangkan mereka untuk bersosial mengikut batasan yang ditetapkan dan sekali gus membentuk peribadi yang baik dan berbudi bahasa.
Sumber :
http://www.mingguanwanita.com.my, 9/5/2011
Friday, 13 May 2011
Penghargaan Untuk Mu Wanita.....
Assalamualaikum...
Penghargaan untukmu Wanita...Lelaki...hargailah dan sayangilah mereka... Semoga mereka menjadi SOLEHAH.... :)
Allah berfirman: bermksud
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu; kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."
Wallahu 'alam..
Monday, 2 May 2011
Didik Anak Berjalan Sopan
- Assalamualaikum wbt...
- Setiap orang mempunyai impian. Seperti ana sendiri, punyai impian membuka satu institut untuk kanak-kanak (impian dr kecik lg). Institut pendidikan dalam kaedah Islam untuk anak-anak. ( Doakan Impian ana :)). Pendidikan anak adalah tunjang untuk menggerak bangsa itu sendiri dan membentuk sebuah negara Islam. Pendidikan awal merupakan satu asas kepada membentuk satu masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. (^_^)
- Ini adalah entry ana kali pertama yang berkaitan pendidikan untuk anak-anak. Ana akan cuba buka satu label baru (Didik Si Manja) dalam blog anak untuk info Pendidikan Anak-anak. InsyaAllah ia akan berterusan..
- Menjadi seseorang yang mempunyai peribadi yang baik, soleh dan solehah adalah bermula dari pendidikan awal lagi. So, peranan ibu ayah adalah sangat penting dalam mendidik anak dari dalam kandungan selama 9 bulan lagi. Lihat kembali sejarah Luqman Hakim dalam melahirkan generasi soleh dan solehah, beliau mendidik anak 20 tahun sebelum lahir. Fikir-fikirkan wahai sahabat..
- Entry kali pertama dalam label Didik Si Manja, ana kongsikan info yang berguna kepada ibu bapa dan sahabat2 sekalian dalam mendidik anak berjalan sopan. Jom baca entry ini.
- Tidak kira sama ada di hadapan tetamu atau bersama ibu bapa di rumah, anak-anak hendaklah dididik adab berjalan yang betul, ini termasuklah :
- 1. ketika hendak lalu biasakan kepada anak2 dengan sebutan meminta izin seperti, "minta maaf, saya minta lalu."
- 2. berjalan dengan sopan dan tidak menghentak-hentakkan kaki
- berikan senyuman ketika sedang lalu.
- 3. sekiranya ibu bapa sedang duduk berehat di ruang tamu, anak-anak jangan dibiarkan melangkah-langkah kaki ibu bapa sesuka hati.
- 4. apabila berjalan bersama ibu bapa, anak-anak sebaiknya berjalan di belakang mereka sebagai menghormati ibu bapa, jangan sampai dianggap biadab.
- 5. ajarkan juga kepada anak-anak berjalan berkumpulan spaya selamat dari mara bahaya.
- Sekadar info kepada ibu bapa dan sahabat2 yang akan menjadi ibu ayah.. Awasi anak2 kita, jaga keselamatan mereka.
- Sekali lagi ana berpesan, didik anak kalian dengan ilmu agama yang cukup. Ini hasil temu ramah ana dan kekawan kepada beberapa guru besar dan pengetua sekolah dalam kajian keberkesanan pendidikan awal dalam menangani masalah sosial masa kini :
- 1. Memilih metod Islam sebagai pendekatan dalam mendidik kerana datang dari Allah.
- 2. Akhlak Islam mesti diutamakan dalam pendidikan.
- 3. Carikan mereka ilmu dunia untuk kehidupan di dunia dan ilmu akhirat sebagai penyelamat. Penguasaaan dua ilmu ini mampu membentuk akhlak.
Berkata Ibnu Maskawaih dalam Tahdzibul Akhlaq.
“ Sedangkan pendidikan dan pengajaran orang dewasa banyak menemui kesukaran,
“ sebagaimana dikatakan dalam ungkapan : ' Kucing dewasa tidak boleh dididik '.
Itulah yang dilukiskan seorang penyair :
“ Pendidikan di masa kecil akan bermanfaat sedangkan ketika tua tidak berguna. Sesungguhnya ranting jika engkau luruskan akan menjadi lurus sedangkan batang jika engkau luruskan tidak akan lurus.”