Wednesday, 18 February 2009

Wahai Umat Islam, SEDARLAH KALIAN.....


Di sini saya akan mengajak kalian semua mengimbas kembali sirah Nabi Muhammad SAW dalam mu'jizat baginda iaitu isra' dan mi'raj secara ringkas dan apa pengajaran dan renungan yang dapat kita simpulkan.
Tentang kisah pengembaraan baginda, di mana pada malam yang bersejarah ini Rasulullah telah menunggang "Buraq". Binatang ini melangkah kakinya sejauh mata memandang. Setelah baginda sampai dan masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa serta menunaikan sembahyang dua rakaat, Jibril membawa baginda dua biji gelas, satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. Rasulullah memilih susu, lalu Jibril pun berkata: "Engkau telah memilih yang fitrah dan semulajadi" . Setelah itu barulah Rasulullah naik ke langit pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya dibawa ke "Sidratul Muntaha" dan di situlah Allah menyampaikan kepada baginda segala apa yang telah disampaikan. Antaranya Allah menyampaikan kewajipan sembahyang lima waktu sehari semalam ke atas tiap2 Muslim lelaki dan perempuan yang mana pada mulanya diwajipkan 50 rakaat sehari semalam.
Pada keesokan pagi baginda menceritakan segala-segalanya dan apa yang ternampak oleh mata kepalanya kepada umum. Cerita dari baginda menyebabkan orang musyrikin semuanya bergelak ketawa dan membawa berita yang pelik dan mengetawakan ini, kepada yang lain utk diketawakan. Di samping itu terdapat di antara mereka yang mencabar Rasulullah dengan meminta supaya menceritakan dan membuat gambaran tentang "Baitul Muqaddis" yang telah dilihat oleh baginda kalaulah betul baginda telah pergi dan sembahyang di dalamnya. Sebenarnya untuk membuat gambaran atau laporan memang sukar kerana di masa itu tidak terlintas di ruangan mata kepala dan ingatan baginda SAW utk meneliti. Walaupun begitu Allah SWT telah menampakkan di mata kasar Rasulullah gambar dan pemandangan Baitul Muqaddis secara terperinci. Ini membawa Rasulullah dapat menjawab pertanyaan yang dihadapkan kepada baginda dan dengan ini juga baginda dapat menjawab cabaran mereka tadi dengan menjawab selengkapnya segala pertanyaan mereka.
Sayyidina Abu bakar juga terperanjat dan kebingungan dengan apa yang berlaku tetapi Sayyidina mempercayai Nabi Muhammad SAW dan juga mempercayai tentang perkara2 lain yang lebih dari itu.
Pada subuh pagi hari Isra' itu Jibril telah datang dan mengajar Nabi Muhammad cara-cara, rukun-rukun dan segala sesutu mengenai fardhu sembahyang dan waktu-waktunya. Adapun Rasulullah sebelum diturunkan sembahyang itu padanya, baginda sembahyang 2 rakaat pagi dan petang. Segala-galanya adalah mengikut sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina Ibrahim 'alaihissalam.
Di sini saya ingin mengulas sedikit mengenai Rasulullah dan mu'jizat:-
Setengah2 pengaji sejarah Rasulullah begitu gemar memperbesar-besarkan tentang penghidupan Nabi Muhammad sebagai manusia biasa. Mereka mengatakan bahawa kehidupan seharian baginda sebagai tidak berpaut dan bertaut dengan perkara luar biasa iaitu mu'jizat. Mereka mengatakan bahawa baginda pernah menegaskan bahawa ia tidak ada kena-mengena dengan mu'jizat. Pengulasan mereka itu bersandarkan kepada sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi:-
قل انما الايت عند الله
surah Al-An'am 6:109
"katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya perkara2 mu'jizat itu berada di sisi Allah"
Gambaran ini menyebabkan sipembaca sejarah Nabi Muhammad akan mendapat gambaran di kepalanya bahawa penghidupan seharian Nabi Muhammad itu memang jauh dan tidak berbau langsung dengan perkara 2 mu'jizat yang selalunya dikurniakan Oleh Allah kepada para anbiya'Nya yg terdahulu utk menyokong dan memperkuatkan risalah dan pengutusan mereka.
Timbulnya pendapat dan teori ini adalah disebabkan oleh ketiadaan iman dan kepercayaan mereka terhadap pencipta mu'jizat tadi iaitu Allah SWT kerana apabila keimanan dengan Allah tidak menetap di sanubari seseorang itu maka persoalan dan perkara yang lain menjadi keliru.
Malangnya pendapat ini telah disambut baik oleh setengah2 orang Islam dan memang malang nasib dunia Islam di mana kalangan orang Islam sendiri telah berusaha dan bertungkus lumus utk menyebarkan hasil pemikiran asing ini. Sedihkan? Usaha penyebaran yg merosakkan ini dilakukan kerana mereka tertawan dan tertipu dengan keindahan putar belit barat, terpesona dengan godaan kemajuan sains dan teknologi barat.
Dan bila berlaku seperti ini, maka semakin bertambah luas lagi jalan dan peluang baru kepada penyerang ideologi ini utk memasukkan dengan lebih banyak lagi racun-racun berbisa ke dalam masyarakat ummat Islam dan tidak perlu lagi taktik yang tradisional utk melancar serangan terang-terangan terhadap aqidah Islam dan menanam fahaman athies di otak kepala orang Islam.
Dan dari kisah td juga, mengapa Rasulullah memilih susu? Ianya adalah sebagai simbolik kepada Islam, agama fitrah dan semulajadi. Jelasnya aqidah dan hukum2 agama ini sesuai dan seiring dengan kehendak semulajadi manusia seluruhnya, tanpa ada suatu apapun di dalam Islam bercanggah dengan sifat2 semulajadi manusia. Andai kata alam ini dan tabiat semulajadi diibaratkan dengan sesuatu badan dengan dimensinya maka Islam pula ialah baju yang terpotong mengikut ukuran yang benar2 menepati ukuran badan tadi.
Dan banyak lagi kesimpulan yg kita dapat dari peristiwa isra' dan mi'raj yang kita boleh fikir dan keluarkan dari penjara otak kita yang serba canggih yang telah dicipta oleh Allah SWT.
Jadi, Di sini saya ingin mengajak kawan2 berfikir dan renung balik sirah nabi dan kaitkan balik apa yang berlaku dengan umat Islam zaman sekarang..
Moga kita semua dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu.
Walallahua'lam...

0 comments:

Post a comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template