Assalamualaikum…
Marhaban
Ya Ramadhan al-Karim..
Selamat
Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua..
Semoga
Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Amin..
Ramadhan
datang lagi, pernahkah kita terfikir kenapa Allah SWT adakah bulan Ramadhan
untuk hambaNya??
Hidup
ini tak pernah rasa puas.. Sebagai seorang manusia, kita semua inginkan sesuatu
yang memuaskan hati.. Apatah lagi zaman sekarang, zaman yang canggih.. Semua
keinginan kita akan tercapai di hujung jari sahaja..
Tetapi
sebagai seorang hamba pernahkah kita muhasabah diri? Pernahkah kita merasa puas
dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada hambaNya.. Kadang-kadang terpikir,
adakah kita termasuk dalam golongan orang yang tak pernah bersyukur, belum puas
dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.. (Nauzubillah..)
Selain
itu, setiap dugaan yang Dia uji kepada kita, pernahkah kita mengambil
pengajaran dan iktibar dalam kehidupan ini.. kenapa kita diuji seperti ini?
Adakah kerana pernah melakukan dosa yang tanpa kita sedari, maka kita diuji
dengan cabaran dan dugaan yang begitu sukar untuk kita lalui tetapi Allah tidak
akan memberi ujian dengan hambaNya yang tidak setimpal dengan kemampuanNya..
Muhasabah
diri dan ujian yang datang kepada hambaNya adalah satu jalan hambaNya
mengetahui bahawa Dia lah tempat hambaNya tempat bergantung..
Apabila
kita menyedari hal ini, rasa bersyukurnya kerana masih mendapat rahmat
daripadaNya Yang Esa.. Ketinggian kesyukuran yang tidak dapat diungkapkan
dengan manisnya kata-kata hanya dapat diluahkan dengan turunnya setitik air
jernih dari kelopak mata menuruni lurah pipi hambaNya.. Setitik demi setitik
hingga menjadi tangisan kegembiraan sehingga terungkap ucapan Alhamdulillah
yang tiba-tiba terkeluar dari bibir manis hambaNya.. Ya Allah besar sungguh keagunganMu..
Kasih sayangMu terhadap HambaMu…
Subhannallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar…