Saturday 8 May 2010

SEDIH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Memang hari ni ada sedikit beremosi.. Ada perasaan sedih yang tertanam dalam diri ini. Untuk entri kali ini ana ingin berbincang mengenai perasaan yang terdapat dalam hati manusia ini. Bercerita mengenai perasaan sedih, pasti setiap orang mengalaminya. Walaubagaimanapun terdapat juga manusia yang mempunyai hati sekeras batu dan tidak memiliki perasaan sedih.

Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi. Perasaan ini berlaku tatkala berlaku sesuatu peristiwa / keadaan yang menyedihkan. Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesedihan wujud dalam naluri kita. Antaranya ialah :-


  1. Kehilangan. Kebiasaannya apabila mengalami kehilangan sesuatu yang amat disayangi (samada manusia, binatang, barang) akan menimbulkan perasaan sayu. Memori bersama akan timbul sedikit demi sedikit yang menyebabkan timbul perasaan sedih..
  2. Dikecewakan. Apabila ditipu, dipermainkan akan menimbulkan perasaan sedih. Terutama apabila terlalu dikecewakan oleh orang yang dipercayai, disayangi.
  3. Melihat kesengsaraan orang lain. Bila memandang orang lain yang mengalami masalah-masalah yang tak sanggup dipikul. Ianya mampu mengundang kesedihan.
  4. Kesedihan buat-buat. Percaya atau tidak terdapat perasaan sedih yang dibuat-buat. Mungkin untuk mendapatkan simpati dari orang lain. Ini bahaya kerana manusia yang mudah percaya akan dijerat oleh manusia tidak bertanggungjawab ini.
  5. Tiba-tiba. Ini juga boleh dan pernah berlaku. Tanpa sebarang sebab tiba-tiba terasa hiba. Mungkin ianya disebabkan tindakan otak kita..
  6. Mengenang nasib diri. Ianya berlaku jika terlalu asyik memikirkan keadaan diri yang mungkin tidak sebaik orang lain. Ianya mampu memberikan kesedihan yang melampau.
  7. Menonton drama/filem. Biasalah tengok cerita yang sedih memanglah airmata bertakung. Kalau tengok cerita yang boleh memberikan keinsafan takpelah juga.


Saya yakin situasi di atas mungkin pernah berlaku pada diri anda. Kadangkala ianya mampu memberikan impak yang tidak baik terhadap emosi kalau tidak dikawal. Mungkin beberapa cara ini sesuai untuk anda

1. Luahkan masalah tersebut kepada rakan dipercayai atau pakar. Ia bukan perkara mudah sebab bukan semua orang boleh dipercayai. Kesilapan meluahkan mampu menambahkan lebih masalah.

2. Menangis.. Biasanya kaum hawa akan menangis kalau perasaan sedih datang. Dengan tangisan mampu meredakan emosi yang bersarang dalam hati.

3. MengingatiNya.. Melakukan solat, membaca Al-Quran mampu memberikan ketenangan dalam hati..

4. Elakkan melayan perasaan dan lakukan aktiviti lain. Ini sekaligus dapat mengurangkan situasi keseorangan yang mana perasaan sedih mudah wujud dalam diri.

Okey cukuplah setakat itu untuk entri kali ini. Semoga entri ini mampu meredakan hati yang sedih ini dn sesiapa saje yang ada perasaan sedih..HUhuhuhuhuhuuhuhu..

Semoga semua sahabat2 sentiasa dalam keredhaan dan rahmat Illahi..



0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template