Sunday 2 May 2010

Ibadah Membentuk Keperibadian Insan


Assalamualaikum…

Ibadah adalah bertakarub kepada Allah dengan mentaati segala perintah Allah dan berusaha menjauhi larangan Allah serta mengamalkan segala yang dibenarkan oleh Allah.

Ibadah merupakan bukti kepatuhan manusia kepada Allah yang didorong dan digerakkan oleh akidah tauhid. Ibadah dalam Islam bukan bermakna menjauhi pekerjaan yang bersifat duniawi tetapi seimbang antara dunia dan akhirat.

Apabila kita bersembahyang, sembahyang itu dapat mendekati diri kepada Allah. Orang yang bersembahyang, hatinya akan sentiasa ingat kepada Allah. Hatinya akan tenang dan batinnya akan merasa puas kerana dekat dengan Allah. Secara tidak langsung, ia akan mencegah nafsu daripada kemungkaran dan maksiat.

Kalau kita mendalami ibadah yang digariskan oleh Islam, ia akan dapat meningkatkan kualiti manusia sama ada secara zahir ataupun batin. Secara zahiriah, ibadah yang digariskan Islam akan meningkatkan kecerdasan badan, manakala dari segi batiniah, ibadah dalam Islam akan membawa ketenangan dan kebahagian hidup manusia.

Ibadah yang kita lakukan adalah kepatuhan kita sebagai hamba kepada penciptanya. Setelah kita mengetahui hikmah di sebalik ibadah yang kita lakukan, jiwa kita akan mengalami ketenangan.

Semoga ibadah yang kita lakukan akan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Semoga dengan penulisan ana kali ini akan membuka pintu hati umat Islam untuk sentiasa beribadah bagi meningkatkan keimanan di dalam diri di dunia dan di akhirat..

0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template