Friday 6 August 2010

Aduhai bertudung Labuh..




“Kak Imah, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh adik bongsu kepadaku. Adik bongsuku, Fatimah yang sedang mekar meniti usia remaja, bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Satu soalan yang sentiasa hinggap di telingaku, kenapa tak pakai tudung trend sekarang? kan lebih cantik. Soalan itulah yang sering dilontarkan oleh kawan-kawan sekerjaku kepadaku. Setiap kali ditanya dengan soalan itu, aku hanya mampu berdiam diri.

Salahkah aku bertudung labuh? tidak cantikkah seorang muslimah yang bertudung labuh?kenapa???
Tapi aku tetap dengan tudung labuhku, imej yang ku pilih dari ketika usia remajaku. Pandangan pertamaku dengan tudung labuh masih tersemat dalam kotak mindaku. Tudung labuh mempunyai keistimewaannya tersendiri. Yang tertutup itu Indah. ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, "Yang tertutup itu indah". jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59. Sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada tersampul? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Kepada Kawan-kawan yang masih dengan imejnya yang bertudung labuh, janganlah merasa diri kita adalah kolot. tapi, bukan yang tak bertudung labuh itu tidak menutup aurat. Tidak! aku cuma nak berkongsi rasa dengan sahabat-sahabat apa yang kami rasa istimewanya bertudung labuh..

Wallahu 'Alam





0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template