Wednesday 1 September 2010

Kesucian Ramadhan


Assalamualaikum..

Hari ini dah masuk ke 22 ramadhan, tak terasa cepatnya masa berlalu. Kejap pelik, raya pulak. Tapi, adakah puasa kita sempurna? dah khatam ke Al-Quran nyer? Ibadat kita cmne?

Entry kali ni, ana nak ajak semua berfikir, adakah puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni?ke sama je macam tahun2 lepas? ke lebih teruk dari tahun sebelumnya?nauzubillah.
Fikirkan!!

Ingat ye, bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin dan papa..

Dan ingat, jangan salah ertikan Ramadhan. Kebanyakan penduduk di bumi dunia yang sementara ini mengertikan bulan ramadhan adalah bulan kuih muih, seronok tiap2 petang pergi bazaar ramadhan. Fikirkan, kenapa pada bulan ramadhan itu ada bazaar? sedih kerana bulan ramadhan itu adalah bulan untuk beribadah, bukan untuk mengadakan bazaar ramadhan. Kenapa kita tidak namakan bazaar ifthor sahaja?kan lebih padan.

Jangan salah ertikan dengan kesucian ramadhan itu sendiri. Ramadhan berasal daripada bahasa arab yang bermaksud panas terik, yang bererti panas menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Daripada kata tersebut, kata ramadhan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Kenapa kata ramadhan digunakan kerana pada bulan itu, dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan di bulan ramadhan untuk serius menghapuskan dosa, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan sesuatu bahan.

So, kita ada beberapa hari lagi untuk habiskan puasa kita. Sempurnakan erti ramadhan itu dalam kamus hidup anda semua termasuk peringatan bagi diri ana sendiri. Kita cuba hargai kesucian ramadhan itu dengan sempurnakan ibadat di bulan ini. Sekurang-kurangnya khatamkan bacaan Al-Quran kita. Cuba cari Lailatul Qadar yang belum pernah atau tak sempat kita jumpai.

InsyaAllah kita sama-sama berdoa agar kita bertemu jodoh dengan lailatul Qadar pada tahun ini. Aminnn....

Wallahu 'Alam..

0 comments:

Post a Comment

 

Dzatun Nithaqaini Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template